Penjelasan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor Daeul Ehsan
https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=3979
Kifarah ialah balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Manakala Kaffarah pula ialah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah atau puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.
Ringkasnya,
Kafarah adalah tindakan untuk menghapuskan dosa, manakala kifarah adalah akibat daripada dosa itu sendiri.Perbezaan utama antara kafarah dan kifarah ialah kafarah merujuk kepada denda atau penebusan dosa yang dilakukan oleh seseorang untuk menghapuskan dosa yang dilakukan, manakala kifarah adalah balasan atau hukuman yang Allah SWT berikan kepada seseorang akibat daripada perbuatan dosa yang dilakukan
Doa :
No comments:
Post a Comment