Betapa indahnya jika setiap kali kita menunaikan solat, kita juga meluangkan waktu sejenak untuk berzikir dan berdoa.
Adakah anda tahu, banyak dari kita yang terus bangkit selepas solat tanpa mengucap zikir atau berdoa?
Kami telah bertanya kepada beberapa orang mengapa mereka tidak mengamalkan wirid atau doa selepas solat.
Jawapan yang sering diterima ialah mereka tidak tahu apa yang patut dibaca. Namun, sebenarnya ia amat mudah.
Untuk permulaan yang ringkas, anda boleh mengamalkan langkah berikut:
1. Ucapkan "Alhamdulillah."
2. Istighfar sebanyak tiga kali.
3. Amalkan Tasbih Fatimah, iaitu mengucap tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali.
4. Baca Ayat Kursi.
5. Baca Surah Al-Fatihah.
6. Berdoalah dengan khusyuk.
Ini adalah cara yang paling asas dan mudah untuk anda amalkan setelah menunaikan solat.
Berdoa bukan sekadar ritual, tetapi ia merupakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
Sungguh merugikan jika kita melepaskan peluang untuk berwirid dan berdoa selepas solat, kerana Allah sendiri telah berjanji akan mengabulkan permintaan kita.
Sumber : dari penulis asal untuk posting di fb page Viral Johor
No comments:
Post a Comment