AKHIRAT ITULAH KEHIDUPAN KITA YANG SEBENAR-BENARNYA
Kita semua, kita mencari keredhaan Allah, kerana kita yakin manfaat cuma datang dari Allah dan mudarat cuma datang dari Allah. Kerana itu Allah sentiasa ingatkan kita Syurga, dan Neraka.
“Ini Syurga dan Nerakaku.”
Di sini manusia takda Syurga atau Neraka, manusia takda apa-apa.
Kata Syeikh Abdul Qadir,
“Bila seseorang hamba itu mengenali Allah, akan lenyap pengaruh manusia daripada dalam hatinya. Pengaruh itu akan jatuh berguguran umpama dedaunan yang kering jatuh berguguran dari pepohonan. Akhirnya hatinya kosong daripada manusia, dia membutakan mata daripada melihat mereka, memekakkan telinga daripada mendengar kata-kata mereka dari segi hatinya dan batinnya.
Bila jiwa itu tenteram terserah kepadanya soal memelihara anggota, lalu hati itu akan berangkat kepada Allah Taala untuk memohon apa yang ada di sisiNya. Kemudian datanglah dunia untuk mengatur persoalan diri dan menjalankan maslahatnya. Inilah jalan Allah Taala dan caranya pada kumpulan orang-orang yang menujukan (menghambakan) diri kepadaNya.”
Orang yang seumpama ini dia melihat dunia seumpama seorang perempuan tua yang datang membawa sesuatu dan diberi sesuatu kepadanya.
Maka dia tak mungkin berkenan dengan perempuan tua yang memberi sesuatu kepadanya, dia tak mungkin berkenan.
Kenapa?
Dia hanya diambil benda diberi, dia tak mungkin terpengaruh dengan perempuan yang membawa itu.
Contoh kita naik kapal terbang, bila datang pramugari yang lawa, pramugara lawa kita terpengaruh rosak hati kita! Cuba bayangkan pramugari itu bak seorang nenek yang bawak makanan, kita tak terasa langsung terikat apa-apa baik pada orang itu atau makanan.
Makan hanya untuk keperluan, tak lebih daripada itu.
Manusia bila dia jual dunia, didatangkan perempuan lawa-lawa. Jual kereta cari model perempuan paling lawa, lelaki paling lawa. Iklan syampo, sabun. Hatta jual makanan, jajan pun dicari model lawa.
Cuba dibuat iklan, cari makcik tua?
Tak laku!
Orang melihat kepada orangnya.
Dunia ini, bila kita lihat ia disampaikan oleh wanita tua, kita tak ingin memilikinya melainkan sekadar menggunakannya. Kita takkan terpengaruh dengan kecantikan, keindahan dunia. Demikian Syeikh Abdul Qadir menunjukkan orang-orang yang pergantungannya kepada Allah maka gugur seluruh manusia bagaikan daun kering, dan gugur segala pengaruh dunia pada dirinya.
Kita tahu dunia sementara, dunia ini tempat kita cari bekal, kita dalam perjalanan menuju Allah SWT maka apa kita nak daripada dunia? Melainkan untuk kita menambah bekal, untuk melaksanakan ketaatan bukan menciptakan dosa.
Di sini kita mencari segala kebaikan,
Di sini kita cari segala ketaatan,
Di sini kita cari segala bekal untuk dibawa pulang –
Ke kampung kita yang sebenar, kehidupan kita sebenar iaitu:
وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ لَهِىَ ٱلْحَيَوَانُ ۚ
“Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya.”
(Surah Al-Ankabut, 64)

No comments:
Post a Comment