Thursday, February 05, 2026

MAKAN MINUM UNTUK SIHAT

 TIPS SIHAT CM

TIPS 1: REHATKAN PERUT
Latih badan tak makan dalam tempoh 14-16 jam sehari. Contoh makan Last pukul 8 malam dan makan pagi keesokannya pada pukul 10 pagi.
Bagi perut rehat. banyak manfaatnya. Antaranya ialah:
1. Dapat mengubati masalah Insulin resistance (IR). Siapa ada IR ni, insulin kekal tinggi dalam badan untuk jangka masa lama. Tak bagus untuk badan. Bawa banyak penyakit.
2. Membuatkan insulin sensitif. Untuk badan dapat kawal naik turun insulin dalam badan.
3. Merendahkan kadar insulin dalam badan. Dapat elak banyak penyakit dan dapat akan membuatkan badan rasa kenyang lebih lama.
4. Apabila insulin dapat dikawal, ia dapat membantu organ lain berehat dan berfungsi dengan baik.
5. Lemak akan digunakan untuk jadi tenaga. Sihat dapat, kurus dapat.
12-16 jam tu tak susah. Awal2 sahaja rasa susah. Lama kelamaan menjadi senang.
Berhenti makan jam 8 malam. Hingga 8 pagi esoknya dah dapat 12 jam. Rehat masa tidur. Lajak sikit lagi 2 jam. Pukul 10 pagi baru makan.
Sepanjang rehat tu, boleh minum air masak, air teh O kosong, kopi O kosong, Nescafe O kosong. Nak guna stevia pun boleh.
TIPS 2. HENTI GULA
Faktor terbesar penyakit disebabkan dari gula. Hentikan minum air manis. Gula, susu pekat, susu tepung, air kotak, air botol, air tin tu semuanya banyak kandungan gula.
Jika nak manis, boleh guna stevia. Ataupun, minum air masak/air suam/Ais kosong.
Peringkat awal jika pening, kurangkan bilangan ambil air manis. Kalau sehari tu minum 5x air manis, kurangkan ke 3x, 2x, 1x dan akhirnya bebas air manis. Insya Allah.
Cukup 2 tips ini dulu. Nanti CM akan kongsikan lagi tips lain.
Niatkan buat kerana Allah. Nak sihat kerana Allah, nak senang buat ibadah, cari rezeki. Insya Allah ada ganjarannya.
Jika nak buat rehat 14-16 jam tu pada waktu siang hari dengan puasa sunat pun boleh. Mana2 yang memudahkan
Didoakan anda diberi kekuatan dalaman untuk menjadi sihat.
Sekian, terima kasih
Nota:
Orang kencing manis dah ramai reverse kencing manis (dah pulih) amalkan 'puasa' ni. 2 tips ni memang mereka buat. Ada lagi.. Nanti dulu, cukup amal 2 tips ni dulu, sebanya 2 tips ni la yang utama. Didoakan berjaya.








No comments:

Post a Comment

SADAR DIRI