Tips Persediaan Iman dan Amal Menghadapi Bulan Ramadan
Ramadan bukan datang untuk kita ‘terkejut’ tetapi untuk disambut dengan persediaan hati dan amalan.
Sama-sama kita lakukan sedikit demi sedikit, yang penting konsisten.
1. Latih diri untuk berinfaq
Tak perlu tunggu Ramadan. Biasakan bersedekah walaupun sedikit, asalkan ikhlas. Hati jadi lembut, rezeki pun terasa lapang.
2. Solat pada waktunya
Ramadan akan jadi lebih tenang bila solat lima waktu dijaga awal waktu. Ini asas sebelum tambah amalan lain.
3. Lazimi berdoa
Perbanyak doa, bukan hanya minta tetapi mengadu. Latih hati bergantung pada Allah sebelum Ramadan tiba.Doa bukan waktu susah sahaja.
4. Kawal pemakanan
Biasakan makan bersederhana. Perut yang terkawal bantu hati lebih fokus beribadah bukan asyik mengantuk.
5. Berusaha dirikan solat malam
Tak perlu lama. Dua rakaat pun cukup sebagai permulaan. Yang penting istiqamah.
6. Latih puasa sunat
Puasa Isnin Khamis atau puasa Ayyamul Bidh bantu tubuh dan jiwa bersedia untuk Ramadan sebenar.
7. Kawal waktu tidur
Tidur cukup, jangan berlebihan. Waktu yang terurus memudahkan bangun sahur dan qiamullail.
8. Manfaatkan waktu yang ada
Kurangkan perkara melalaikan. Gantikan dengan bacaan, zikir atau perkara bermanfaat walaupun sekejap.
9. Mendalami ilmu fiqh Ramadan
Faham hukum puasa, sahur, berbuka dan ibadah supaya amalan kita lebih yakin dan diterima Allah.
10. Akrab dengan Al-Quran
Mulakan sekarang. Tak perlu terus banyak, yang penting hubungan dengan Al-Quran dibina sebelum Ramadan tiba.

No comments:
Post a Comment