Saturday, April 04, 2026

SETIAP ILMU ADA ADABNYA

 


Ilmu ini penuh dengan Adab. Nak wuduk bagaimana adabnya. Nak ke masjid bagaimana adabnya.

Jika seseorg tinggi ilmunya tapi kurang adabnya maknenye ada something wrong dengan ilmunya itu.
Ilmu datang bersama dengan adab yang memberi kesan kepada hati kita.
Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu.
Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.
Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.
Imam As-Syafie berkata :
"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)"
Kata Imam Az-Zarnuji :
"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"
"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)

No comments:

Post a Comment