Saturday, April 11, 2026

 Tidak ada solat-solat sunat yang dapat menandingi kelebihan SOLAT TAHAJJUD.

Macam mana nak buat Solat Tahajjud?
1. Jangan tidur terlalu lewat. Biasakan tidur anggaran 11.30pm dan maxima 12.30am. Tidur lewat adalah PEMUSNAH IMPIAN UNTUK BANGUN TAHAJJUD.
2. Jam berapa nak bertahajjud? Waktu terbaik tahjud adalah pada 1/3 malam yang akhir anggaran lagi 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Jika subuh jam 5.50am maka bangunlah sekitar 4.45am untuk bersihkan diri, gosok gigi bersih2 dan basuh muka.
3. Cara buat solat tahajjud adalah dilakukan secara 2 rakaat, 2 rakaat dan terus dibuat hingga mendekati subuh. Jangan buat tahjud hanya 2 rakaat shj lepas tu terus stop dan baring. Tetapi, buatlah secara berterusan secara 2 rakaat salam sehingga anggaran 10 minit lagi nak azan subuh maka kita buat 1 rakaat witir. Selang2 antara 2 rakaat tahajjud tu kita boleh banyakkan istighfar, berzikir, panjangkan doa.
4. Usahalah agar dapat MENANGIS ketika tahajjud. Kenanglah dosa-dosa kita, kenanglah salah kita pada mak ayah/suami dan pada orang lain. Kenang dosa-dosa yg lama dan berazamlah setiap hari utk lakukan yg terbaik.
5. Panjangkan doa setiap selesai 2 rakaat solat kerana ketika 1/3 malam yang akhir itu adalah merupakan waktu yang mustajab, justeru berdoa selepas solat ketika itu juga adalah mustajab.
6. Doa yang baik untuk kita minta adalah, mohon keampunan utk diri kita sendiri serta mak ayah kita. Minta Allah berikan kita istiqomah, mohon diberikan kesabaran dan ketabahan atas setiap ujian. Doakan kepada orang-orang yang kita rasa bermasalah agar diberikan hidayah buat mereka. Doa kebahagian untuk kita sekeluarga dan dipermudahkan urusan seharian.
7. Untuk solat witir tu, kalau kita dah buat selepas isyak atau sebelum tidur maka ketika tahajjud tidak perlu buat lagi witir. Hanya sekali sahaja witir pada satu malam iaitu samada selepas isyak atau ketika tahajjud. Disunnahkan membaca doa qunut ketika witir namun tidak perlu dirutinkan qunut setiap hari. Buatlah secara berselang-selang.
8. Doa yang banyak dibacakan oleh Nabi s.a.w ketika sujud tahjud berdasarkan hadith dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan:
فَقَدْتُ رَسُولَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ سَاجِدٌ وَقَدَمَاهُ مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ،
Saya kehilangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di suatu malam, ternyata aku dapati beliau dalam keadaan sedang sujud, dan dua kaki beliau dipancangkan , sementara beliau membaca: ALLAHUMMA INNII A-‘UUDZU BI RIDHAA-KA MIN SAKHATIK… (HR. Ahmad 25655, An-Nasa’i 1100, Ibn Majah 3841, Ibnu Hibban dalam shahihnya 1932, Ibn Khuzaimah dalam shahihnya 655, dan dishahihkan al-Albani)
SEMOGA KITA ISTIQOMAH UNTUK BANGUN TAHAJJUD. PAHALA TAHAJJUD TERSANGATLAH BESAR, JANGAN KITA SIA-SIAKAN AMALAN HEBAT INI.
~MRJ

No comments:

Post a Comment

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

  NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal, "Kenapa aku tak beramal banyak?" Kita kena berlumba-l...