Rumah di dunia,berlumba-lumba berlawan buat.Tengok jiran sebelah besarkan rumah, kita pun kalut jugak nak tambah luaskan lagi rumah. Biar rumah kitalah yang paling besar dan paling cantik. Dah ada sebijik rumah pun masih rasa tak cukup lagi. Nak tambah rumah lagi. Yang pandai buat rumah, bertukang lagi buat rumah baru. Yang tak pandai buat rumah sendiri, sanggup buat loan untuk beli rumah baru sebijik lagi. Yang penting ada aset katanya. Beli rumah tak rugi. Boleh dok situ bila dah tua nanti. Tak mau dok situ, boleh sewakan atau dibuat homestay sahaja nanti. Begitu cerdik akal kita mencari-cari alasan untuk memenangkan nafsu sendiri , bagi memenuhi kehendak kita yang tak pernah habis terhadap dunia ini.
Tapi bagaimana pula dengan rumah yang bakal dihuni di Akhirat?
Sudahkah bersungguh-sungguh rumah itu dibuat?
Tidak takutkah kita cuma punya rumah besar tersergam indah hanya di dunia , namun di Akhirat sana tidak punya istana apatahlagi rumah walaupun hanya di pinggiran Syurga?
Tidak malukah kita sepertinya hanya kaya di dunia tapi di Akhirat papa kedana?
Begitu juga dengan kenderaan.
Berlumba-lumba mahu memiliki kereta mewah.
Tengok orang tukar kereta mewah, kita pun nak tukar kereta lain. Biar kereta kita tu lebih besar, lebih mewah dan lebih canggih dari kereta orang lain. Orang pakai EV, kita pun nak pakai EV. Kita kena ikut kecanggihan teknologi katanya sebagai alternatif, ditambah pulak harga petrol dan diesel semakin tinggi. Tak cukup dengan kereta mewah, motor berkuasa besar pun kita beli. Walaupun kita tak punya masa untuk ride sana sini , motor besar tu kita dapat simpan dalam garaj pun kita dah rasa cukup puas hati. Begitu besar nafsu kita terhadap dunia ini. Kita tak cukup satu kenderaan. Kalau boleh biar ada macam-macam jenis kenderaan tersusun rapi dalam barisan , supaya kita boleh pilih mana satu yang berkenan untuk digunakan mengikut situasi dan keadaan.
Bagaimana pula halnya dengan kenderaan kita di Akhirat?
Sudahkah kita bersungguh-sungguh memastikan kita punya kenderaan untuk ditunggang di sana nanti?
Tidak bimbangkah kita cuma punya kenderaan hebat di dunia tapi di Akhirat kelak orang lain berkenderaan hebat dan bergerak laju sepantas kilat , namun kita hanya mampu berjalan perlahan sambil melihat?
Tidak malukah kita kepada ALLAH lantaran sikap kita yang siang malam mengejar kesenangan dunia sehingga mengabaikan dan melupakan kebahagiaan Akhirat?
Mari kita sentap sebelum nyawa kita direntap.
Kita sentap sebelum nyawa direntap, kita masih ada peluang berubah. Kita masih diberi kesempatan untuk perbaiki dan perbetulkan mana yang salah. Alhamdulillah.
Namun jika kita sentap setelah nyawa kita direntap, kita menangis airmata darah sekalipun meratap merayu ingin kembali semula ke dunia walau cuma seketika untuk memperbetulkan mana yang salah, ketika itu kita sama sekali tidak akan diendahkan oleh ALLAH.
Muhasabah!
Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
No comments:
Post a Comment