NOTA HATI MENGGAPAI REDHA ILLAHI
Saturday, May 23, 2026
Friday, May 22, 2026
NOTA 1πππMY NEW ME MY NEW DIARYπππ
03.30 am :
BANGUN
6869
15 MINIT SENAMAN KAKI
MANDI
QIAMULLAIL
5.30 AM
AFFYA SAHIYYA
GERAK KE MASJID UTK SUBUH
BALIK DARI MASJID
SURAH YASSIN
SURAH AS SAJDAH
HYPRO + RESNO
SOLAT DHUHA
AKTIVITI PAGI
10.30 AM
REHAT / SARAPAN
QIULLAH
12.30 AM
MANDI
1,00 PM GERAK KE MASJID (ZOHOR 1.17 PM)
4.15 PM GERAK KE MASJID (ASAR 4.40 PM
7.10 PM GERAK KE MASJID (MAGHRIB 7.28 PM ISYA 8.43 PM)
BALIK DARI MASJID
NUETRA
6869
SIAPKAN RENDAMAN
BEDAK SEJUK
11.00 PM - TIDUR
MINUM SAFRON/KULIT KAYU MANIS
AKTIVITI PAGI
10,30 am MAKAN PAGI
PROBIOTIK
JARDIANCE
COq10
NEUROCHARGES
LUTEIN GUMMIES
REHAT / QIULLAH
12.30 am MANDI & KE MASJID (ZOHOR 1.23 pmA A)
SURAH AL BURUJ
SURAH AL INSAN
KURMA OAT ADINA
PHARMATEEN
HYPRO
4.00 pm : MANDI DAN KE MASJID (ASAR 4.26 pm)
SURAH AD DUKHAN
7.00 pm : MANDI DAN KE MASJID (MAGHRIB 7.28 pm)
(ISYA 8.37 pm)
SURAH AL MULK
SURAH AL WAQIAH
SEBELUM TIDUR
RENDAM 3 BIJI KURMA
RENDAM 3 BIJI KURMA
RENDAM SAFRON (TARIKH GANJIL)
RENDAM ARABIC GUM (TARIKH GENAP)
RENDAM KULI KAYU MANIS / KETUMBAR etc
RENDAM KULI KAYU MANIS / KETUMBAR etc
BEDAK SEJUK & TIDUR
AKTIVITI PAGI
AHAD - RUMAH BENGAH
ISNIN - RUMAH FATIN
SELASA - BRISWALK / ZIARAH UMMI
RABU - RUMAH KU (DALAM PAGAR)
KHAMIS - RUMAH KU (LUAR PAGAR)
JUMAAT - ZIARAH PUSARA ABI / KEMASKAN DALAM RUMAH
SABTU - BRISWALK / ZIARAH UMMI
NOTA 2πππNOTA DIRI 2B ✍️CABAR DIRI 14 HARI CUT SUGARπππ
22052026 to 0506202
BERDISIPLIN MENJAGA KESIHATAN
CABAR DIRI UNTUK CUT SUGAR 2 MINGGU
Di fasa usia menua ini aku perlu kekal sihat (dengan izin Allah swt)
fizikal dan juga mental kerana tugas dan tanggungjawab ku sebagai hamba kepada Allah swt dan umat kepada Rasululah saw masih
banyak yang tertunggak dan terabai.
Disiplin diri wajib menjaga/mengawal pola pemakanan ku.
Stop - gula putih
Stop - kueh mueh @ tepung putih
Stop - makanan diproses - burger,mee,bihun @ pasta
Stop - junk food @ kekacang.
Stop - ais @ minuman berais
Start - puasa sunat dan intermittent fasting
Start - senaman diri/brisk walk berkala di Kolam MADA
Start - aktif aktiviti gardening
SESENDUK NASI PUTEH SAHAJA SETIAP KALI MASA MAKAN
Insha Allah!
TARIKH BERAT GULA TEKANAN DARAH B M I
TARGET 88.0 kg 5.0 NOT MORE 140/90 92.1/2.96
18/07/2025 KOLESTEROL 4.8 (LIMIT 5.2) ALHAMDULILLAH
09/05/2026 91.7 15.3 133 / 77 / 73 30.1
CABAR DIRI CUT SUGAR 15/05/2026 to 29/05/2026 (2 minggu}
1 / 14 22 / 05 14.0
2 / 14 23 / 05 11.4
3 / 14 24 / 05 12.9
4 / 14 25 / 05
5 / 14
6 / 14
7 / 14
8 / 14
9 / 14
10 / 14
11 / 14
12 / 14
13 / 14
14 / 14
14/ 14
Thursday, May 21, 2026
Wednesday, May 20, 2026
✍️✍️✍️TIME TO DEACTIVATE MY SOCIAL MEDIA LIFE - NOW,BETTER LATE THAN NEVERπππ
GUNAKAN SISA-SISA WAKTU INI SEBAIK MUNGKIN
MEDIA SOSIAL PUNCA SEGALA MASALAH DI AKHIR ZAMAN INI
########################################
Cepatnya masa beredar.Datang dan berlalu pergi.Pagi,tengahari,petang dan malam pastu dah esok pagi.Pejam celik pejam celik dah berubah hari baru,minggu baru,bulan baru,tahun baru dan seterusnya melanjutkan lagi usia kita menghampiri noktah kehidupan di dunia ini.
Sejak dari dulu jarak masa adalah sama.24 jam untuk pusingan lengkap seharian.Dari tahun 60an,70an,80an sehinggalah kini tetap sama iaitu 24 jam seharian.
Lantas mengapa kita merasa masa kini semakin cepat @ terlalu cepat beredar?
Keberkatan masa telah tiada kerana kita kini telah reda,telah tewas dengan dugaan dan godaan PENCURI MASA.
Pencuri masa terkini ialah media sosial - banyaknya masa kita habiskan untuk melayan kandongan yang ada di dalam komputer,laptop dan talipon pintar (pengguna talipon masih tak pintar)
Ralit melayan semua itu menjadikan kita tidak sedar peredaran masa lalu merasakan masa telah berlalu dengan cepat.
Kalau kita isikan masa-masa tersebut dengan ibadah contohnya membaca Al Quran tak mustahil kita akan merasa 30 minit masa yang berlalu itu terlalu lambat π
H264✍️PERANGKAP ISTIDRAJ
Dia tak tutup aurat, tapi followers berjuta.
Dia tak jaga solat, tapi duit masuk macam air.
Dia buat benda haram, tapi tak pernah kena tangkap atau sakit.
Kita mula rasa dunia ini tak adil.
Kita rasa Allah tak nampak usaha kita yang jaga halal haram ini.
Sebenarnya, Allah nampak semuanya.
Dan apa yang berlaku pada orang fasik itu adalah satu bentuk hukuman senyap yang dinamakan ISTIDRAJ.
Istidraj bermaksud Allah "bagi muka". Allah biarkan dia naik tinggi setinggi-tingginya dengan nikmat dunia, supaya bila dia jatuh nanti, sakitnya akan hancur berkecai.
Nabi Muhammad SAW memberikan definisi yang sangat tepat tentang fenomena ini.
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu melihat Allah memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka sesungguhnya itu adalah Istidraj (jebakan berupa nikmat yang disegerakan)."
Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah (Surah Al-An'am: 44):
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami bukakan kepada mereka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka..."
(Hadis Riwayat Ahmad, no. 17311 dan At-Tabarani. Status: Sahih)
Imam Al-Munawi menjelaskan bahawa Istidraj adalah satu bentuk tipu daya halus. Allah beri nikmat demi nikmat untuk melalaikan hamba itu daripada bertaubat.
Dia akan rasa: "Ah, aku buat dosa pun Allah bagi kaya. Maknanya Allah sayang aku la ni."
Itulah kemuncak kebodohan manusia.
Dia ibarat haiwan ternakan yang diberi makan rumput paling sedap dan banyak setiap hari.
Haiwan itu sangka tuannya sayang. Padahal dia sedang digemukkan untuk disembelih pada hari raya.
Jadi kawan-kawan.
Jangan cemburu dengan kejayaan orang yang langgar perintah Tuhan.
Kesenangan mereka itu palsu.
Lebih baik kita hidup sederhana tapi setiap suap nasi kita ada cop "Redha Allah", daripada hidup kaya raya tapi sedang menunggu masa untuk disembelih oleh azab Allah.
Kalau kita susah hari ini walaupun dah taat, bersangkalah baik. Mungkin itu tanda Allah nak cuci dosa kita sekarang supaya kita bersih di sana nanti.
Wallahu a'lam.
Semoga Allah merahmati kita dunia dan akhirat. Amin ya Allah
Lihat Sedikit
Tuesday, May 19, 2026
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
AMALAN HARIAN 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum ma...
-
Dato Seri Muhamad Sanusi Md Nor ( Menteri Besar Negeri Kedah berkata: Jika Sistem Pondok Sepenuhnya yang top di Kedah ialah " Pondok L...
-
22052026 to 0506202 BERDISIPLIN MENJAGA KESIHATAN CABAR DIRI UNTUK CUT SUGAR 2 MINGGU Di fasa usia menua ini aku perlu kekal sihat (dengan ...
-
Pepatah arab pernah mengatakan bahawa: Ψ§ΩْΨΉِΩْΩ ُ Ψ¨ِΩَΨ§ ΨΉَΩ َΩٍ ΩَΨ§ΩΨ΄َّΨ¬َΨ±ِ Ψ¨ِΩَΨ§ Ψ«َΩ َΨ± Maksudnya: “Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbu...
-
BULAN REJAB - PERKASAKAN IBADAH SOLAT BULAN SYAABAN - PERKASAKAN IBADAH AL QURAN BULAN RAMADHAN - PERKASAKAN IBADAH PUASA .....................



































.jpg)





