Tuesday, February 11, 2025

MAXIMUM AND TARGET HEART RATE ZONE?


HEART RATE atau PULSE RATE (kadar nadi) adalah bilangan berapa kali jantung berdegup (kontraksi) dalam seminit.

Pemeriksaan heart rate ini adalah menjadi tanda vital atau sangat penting dalam setiap pemeriksaan doktor. Banyak penyakit yang doktor boleh senaraikan jika anda datang ke klinik / kecemasan hospital dengan nadi yang tidak normal, samada terlalu lambat (bawah 60 kali perminit) atau cepat (lebih 100 kali perminit).

Normalnya heart rate kita sedikit perlahan atau rendah apabila sedang berehat dan akan meningkat apabila melakukan sebarang aktiviti ataupun dalam keadaan panik atau stres. (Ini kita bahas di topik lain ya).

πŸ€”
 Doktor, nadi saya 50 perminit? normal tak?

✔
 Normal jika anda adalah seorang atlet dan bacaan nadi tersebut diambil waktu berehat.

πŸ€”
 Kenapa nadi orang aktif sukan (runner, footballer, atlet, dll) cenderung memiliki nadi yang rendah pada waktu rehat?

✔
 Kita yang sihat dan bukan atlet, normal heart rate (dewasa) adalah 60-100 kali perminit.

πŸ”΅
 Bagi atlet, pada waktu mereka melakukan latihan atau aktiviti yang lasak/ berlebihan, jantung mereka perlu bekerja lebih daripada normalnya. Jantung perlu pump darah atau cardiac output yang lebih agar darah dapat sampai ke seluruh organ hingga ke hujung2 jari kaki dengan lebih cepat sesuai dengan aktiviti. Keadaan ini memaksa heart rate menjadi lebih cepat.

πŸ”΅
 Kebanyakkan mereka memiliki nadi dalam 40-60 perminit tanpa ada gejala (misalnya pening, sakit kepala, pengsan, sakit dada) pada waktu rehat, dan meningkat kepada 150 perminit pada saat melakukan aktiviti lasak/berlebiha . Dan ianya menjadi normal atau biasa buat mereka.

πŸ”΅
 Tetapi sama sekali tidak normal atau biasa kepada kita yang bukan atlet atau ada penyakit tertentu.

Cuba bayangkan jika normal heart rate seorang atlet pada waktu rehat adalah dalam 80-100 perminit, so kalau dia beraktiviti, boleh jadi heart rate dia sampai 200 perminit. Wehh ni boleh shock! Boleh berhenti jantung tiba-tiba! Bahaya.. 
😱


πŸ”΅
 Para atlet atau mereka yang aktif bersukan melakukan latihan seperti itu mungkin sudah lebih dari 1 atau 2 tahun, bahkan ada yang 10 tahun. Maka keadaan jantung mereka sudah bekerja keras agak lama dan menjadikan ianya biasa bagi mereka.

πŸ”΅
 Dalam post saya sebelum ini sudah menunjukkan terdapat kajian yang mendapati serangan jantung pada usia muda kerana keadaan jantung yang membengkak abnormal kerana faktor kerja keras jantung tersebut, memicu penyakit Hypertrhopic Obstructive Cardiomyopathy.
.
.
πŸ€”
 Doktor, apa penyebab lain kenapa nadi menjadi perlahan (bradycardia)?
- Penyakit jantung
- Gangguan elektrolit (garam) (eg Hypokalemia)
- Hipothermia
- OSA (Obstructive sleep apnea)
- Kesan sampingan ubat (misalnya ubat darah tinggi Beta Blocker).
- Penyakit hipotiroid.
- Kecederaan kepala menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.

πŸ€”
 Doktor, apa penyebab lain kenapa nadi menjadi lebih cepat (tachycardia) ??
- Merokok
- Minum coffee
- Beraktiviti
- Panic attack, stress,
- Demam
- Sesak nafas
- Perdarahan (blood loss)
- Penyakit tertentu (eg. penyakit jantung, penyakit hipertiroid, anemia) dan juga kesan sampingan ubat.
.
.
Kebanyakkan mereka yang aktif berlari atau berbasikal sekarang cenderung ingin mendapatkan heart rate yang tinggi, semakin cepat dan tinggi, maka semakin sihat jantung ibaratnya.
❌
 Ini salah.

✅
 Maximum heart rate seseorang sangat bergantung pada umur seseorang.

Baiklah, apa yang cuba saya kongsikan kali ini adalah menarik sedikit, kita belajar bagaimana nak tahu maximum heart rate dan target heart rate seseorang.

πŸ€”
 Bagaimana caranya?

1️⃣
 Maximum heart rate = 220 - umur

Contohnya, Umur anda 35 tahun, maka 220 tolak 35 bersamaan 185, iaitu heart rate 185 adalah maksimum untuk jantung anda berkerja/ berdegup dalam seminit. dont go beyond that!

2️⃣
 Target heart rate zone (seperti fat burning zone, aerobic, anaerobic dan maximum zone) pula antara popular dikalangan atlet/runner kerana ingin sentiasa sihat/fit memang harus capai target heart rate zone ini.

Caranya, kira 60-80% dari maximum heart rate anda.

Contohnya, max heart rate 185 per minit.
Maka 70% x 185 = 130 perminit adalah Target Heart rate zone anda.

Jika anda mempunyai penyakit tertentu seperti ''3 serangkai'' atau seorang perokok, doktor mungkin akan menyarankan untuk target heart rate hanya 50% atau lebih sedikit.

***Jadual max heart rate dan target heart rate ada diruangan komen untuk rujukan lebih cepat.

''Teruskan berlari, tetapi harus pandai jaga DIRI. Jaga diri bermaksud anda jaga JANTUNG sendiri.''
.
.
"Sama-sama belajar"
Medical Mythbusters Malaysia.

No comments:

Post a Comment