SOLAT

 Betapa indahnya jika setiap kali kita menunaikan solat, kita juga meluangkan waktu sejenak untuk berzikir dan berdoa.

Adakah anda tahu, banyak dari kita yang terus bangkit selepas solat tanpa mengucap zikir atau berdoa?
Kami telah bertanya kepada beberapa orang mengapa mereka tidak mengamalkan wirid atau doa selepas solat.
Jawapan yang sering diterima ialah mereka tidak tahu apa yang patut dibaca. Namun, sebenarnya ia amat mudah.
Untuk permulaan yang ringkas, anda boleh mengamalkan langkah berikut:
1. Ucapkan "Alhamdulillah."
2. Istighfar sebanyak tiga kali.
3. Amalkan Tasbih Fatimah, iaitu mengucap tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali.
4. Baca Ayat Kursi.
5. Baca Surah Al-Fatihah.
6. Berdoalah dengan khusyuk.
Ini adalah cara yang paling asas dan mudah untuk anda amalkan setelah menunaikan solat.
Berdoa bukan sekadar ritual, tetapi ia merupakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
Sungguh merugikan jika kita melepaskan peluang untuk berwirid dan berdoa selepas solat, kerana Allah sendiri telah berjanji akan mengabulkan permintaan kita.
Sumber : dari penulis asal untuk posting di fb page Viral Johor

"Saf Pertama: Antara Doa Nabi dan Sifat Acuh Tak Acuh Kita"

"Saf Pertama: Antara Doa Nabi dan Sifat Acuh Tak Acuh Kita"
Pagi ini, suasana selepas Subuh terasa sangat tenang. Sambil menghirup udara pagi yang masih sejuk, saya sempat duduk sekejap mendengar tazkirah ringkas daripada Imam. Beliau membacakan satu hadis pilihan yang membuatkan saya termenung jauh melihat saf-saf kosong di depan mata.
​Pernah tak kita perhatikan suasana masa nak boarding kapal terbang atau naik feri?
Walaupun kita dah ada nombor tempat duduk, ramai yang tetap sanggup beratur panjang awal-awal lagi. Kita nak jadi yang terawal masuk supaya dapat susun beg dengan senang, dapat tempat yang selesa, dan perjalanan terasa lebih teratur. Kita faham bahawa siapa yang datang awal dan ikut peraturan, dia akan rasa lebih tenang.
​Tapi, bila masuk bab solat berjemaah, kenapa "Priority Boarding" di saf pertama itu selalu kita biarkan sepi?
Kadang-kadang, kita lebih selesa bersandar kat tiang belakang, tunggu iqamah baru nak bangun terhegeh-hegeh.
​Janji Nabi SAW buat 'Front-Liners'
Imam bacakan matan hadis daripada Al-Irbadh bin Sariyah RA:
​أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي عَلَى الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ ثَلَاثًا، وَعَلَى الثَّانِي وَاحِدَةً
​"Bahawa Rasulullah SAW bersalawat (mendoakan rahmat dan keampunan) ke atas saf yang pertama sebanyak tiga kali, dan ke atas saf yang kedua sebanyak satu kali." (HR. An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
​Kenapa Sampai 3 Kali?
Bayangkan, Nabi SAW doakan kita tiga kali ganda lebih banyak berbanding orang di saf kedua.
Kenapa mahal sangat harga saf pertama ni?
​Disiplin Adalah Ibadah: Orang di saf pertama bukan sampai secara kebetulan. Mereka lawan rasa malas dan dah bersedia sebelum imam sebut "Allahuakbar". Ini bukan soal nasib, ini soal ketegasan jiwa.
​Peraturan yang Membina Karakter:
Macam kita beratur naik feri, solat pun ada peraturan. Saf kena penuhkan yang depan dulu. Kalau peraturan dalam rumah Allah pun kita acuh tak acuh, macam mana kita nak jaga disiplin dalam urusan dunia?
​VVIP Allah: Di lapangan terbang, orang sanggup bayar mahal untuk jadi VVIP. Tapi di masjid, pangkat "VVIP" itu diberikan kepada mereka yang ada azam untuk duduk paling depan menghadap Pencipta.
Hidup ini ibarat sebuah perjalanan. Kalau kita sentiasa pilih untuk jadi yang terakhir, untuk "tunggu dan lihat", maka kualiti hidup kita pun mungkin sekadar biasa-biasa.
Tapi kalau kita didik diri untuk jadi "Orang Saf Pertama" yang awal buat kebaikan dan tepat pada janji, maka keberkatan hidup kita pun akan luar biasa, sehangat doa Nabi yang disebut tiga kali itu.
​Lepas ni, kalau nampak saf depan kosong, jangan tolak-tolak orang lain. Itu "tiket emas" anda. Jangan biar ia terlepas!

Mohd Haris Faiza 

BACALAH AL QURAN

 


Semalam, saya menerima satu mesej yang sangat panjang daripada seorang wanita.

Bahasanya sederhana, ayatnya tidak puitis rapi, ada satu kalimah diulang ulang. Tetapi sarat dengan rasa yang lama dipendam.
Dia bercerita tentang hidup yang bermula terlalu awal, tentang ujian yang datang bertimpa-timpa, dan tentang bagaimana selama puluhan tahun dia belajar bertahan — bukan kerana dia kuat, tetapi kerana dia tiada pilihan lain.
.
.
Dia sedar dia bukan lagi berada di tahap sabar yang tenang, tetapi di tahap tahammul — sekadar bertahan supaya tidak tumbang.
Yang paling menyentuh hati saya ialah satu perkara:
dia rasa bersalah setiap kali dia meluah.
.
Walaupun dia memilih orang, walaupun niatnya hanya untuk mencari kekuatan, dia tetap dihantui soalan —
“adakah aku membuka aib? adakah aku gagal bergantung pada Allah?”
Mesej itu membuatkan saya terdiam lama.
-
Saya teringat kisah Sayyidah Khaulah binti Tha’labah.
Seorang wanita yang datang kepada Nabi ﷺ dalam keadaan hati yang sangat berat, mengadu tentang rumah tangganya dan kata-kata suami yang menekan jiwanya.
Allah tidak menyuruh beliau diam.
Allah tidak menafikan perasaannya.
.
Sebaliknya Allah menurunkan ayat dalam Surah al-Mujadalah, yang bermula dengan maksud:
“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengadu…”
Ayat itu seolah-olah memeluk hati wanita-wanita yang terlalu lama bertahan.
Bahawa bila seorang wanita meluah bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk terus hidup dan terus kuat — Allah mendengar.
.
.
Saya juga teringat kisah Saidina Hanzalah al-Usayyidi, seorang sahabat Nabi ﷺ.
Beliau pernah mengadu imannya naik turun — kuat bila bersama Nabi, lemah bila kembali kepada kehidupan seharian.
Nabi ﷺ tidak menyalahkannya.
Baginda menenangkan dan mengingatkan bahawa itu fitrah manusia.
Kita bukan malaikat.
Kita ada masa kuat, dan ada masa sangat letih.
-
Dari kisah-kisah ini, saya belajar satu perkara penting:
mengadu kerana keperluan hati bukan kegagalan iman.
Meluah untuk mencari sokongan bukan tanda kurang redha.
.
Dan rasa bersalah yang hadir selepas itu selalunya tanda hati masih hidup dan masih mahu menjaga hubungan dengan Allah.
-
Saya kongsikan ini bukan sebagai nasihat, cuma sebagai refleksi dan pengalaman sendiri — tentang perkara kecil yang membantu saya bertahan dengan lebih lembut.
Saya ada satu balang kesyukuran.
Apa saja nikmat, walaupun kecil dan ringkas — yang baru saya sedar atau yang selama ini terlepas pandang — saya tulis dan masukkan ke dalam balang itu.
.
Sebab bila kita terlalu lama bertahan, kita mudah lupa bahawa kita sebenarnya sudah memberi dan melalui lebih daripada biasa.
-
Saya juga ada sebuah buku.
Bukan diari yang cantik, cuma buku conteng.
Apa saja yang bermain di fikiran saya tulis di situ — perkara tentang takdir yang saya belum faham, rasa yang saya tak pandai luahkan dengan kata-kata.
Saya tulis dengan rasa, seolah-olah Allah pasti membaca dan lebih tahu.
Kadang saya tulis saja apa soalan atau kadang macam bengang apa². Saya tak faham. Tapi saya amat yakin Allah baca dan faham itu. Nanti Allah fahamkan hikmah kemudian.
-
Dan saya cuba isi hari-hari dengan majlis ilmu, perlahan-lahan.
Bukan untuk jadi sempurna, tetapi supaya hati ada tempat berpaut dan fikiran ada arah.
Bila larut dalam ngaji, hati jadi sibuk dengan ilmu, dan beban dalam kepala perlahan-lahan reda.
.
Namun ada juga saatnya, kita sudah terlalu penat menjelaskan.
Penat meluah.
Penat minta difahami.
Seolah-olah dunia tidak lagi mengerti bahasa hati kita.
Seolah-olah kita menjerit di tengah lautan — suara ada, tapi tak sampai ke sesiapa.
-
Dalam keadaan begitu, saya teringat satu perkongsian Ustazah Halimah Alaydrus tentang Selawat Adrikni — selawat orang yang sedang tenggelam, yang sudah tidak tahu hendak meminta bagaimana lagi.
“Adrikni, ya Rasulullah…”
Tolong aku, wahai Rasulullah…
.
Bila kita banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ,
kita tidak perlu terlalu lelah menyusun hajat satu persatu.
Kerana selawat itu sendiri mendekatkan kita kepada Baginda,
dan Nabi ﷺ sendiri yang menyampaikan hajat hamba kepada Allah.
Dan kita bertanya perlahan dalam hati —
adakah Allah pernah menolak hajat kekasih-Nya, Nabi Muhammad ﷺ?
-
Maka bila dunia terasa terlalu bising,
dan hati terasa terlalu sunyi,
dekatilah Nabi Muhammad ﷺ.
Ucapkanlah Selawat Adrikni,
dan perbanyakkanlah juga selawat-selawat lain,
sebagai tanda cinta, sebagai tempat berpaut,
sebagai cara paling lembut untuk berkata:
“Ya Allah, aku sudah penat… tapi aku masih mahu kembali kepada-Mu.”
الصَلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ
خُذْ بِيَدِيْ قَلَّتْ حِيْلَتِيْ أَدْرِكْنِيْ
“Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu, wahai junjunganku Rasulullah.
Peganglah tanganku, sedikit sekali upayaku, maka temukanlah aku.”
-
Jika hari ini kita belum mampu memahami semuanya,
jika hati masih berat dan langkah masih perlahan,
biarlah selawat menjadi bahasa kita kepada Allah.
Kerana Allah Maha Mendengar.
Dan Allah tidak pernah mensia-siakan
hamba yang datang kepada-Nya
dengan hati yang jujur dan penuh harap.
-
Tulisan ini bukan untuk yang sudah kuat,
tetapi untuk yang sedang belajar bertahan dengan lebih lembut.
Jika ia sampai ke hati seseorang,
moga ia menjadi asbab lega dan jalan pulang.
Doakan wanita kuat itu.
Dan kita saling berempati.
-
Begitulah,
Menulis bukan sebab sempurna tapi sebagai hambaNya.

 IPS TURUN BERAT BADAN &

SEJUKKAN BADAN
Resepi ni kalau amal hari hari boleh bantu
turunkan berat badan. Selain tu, boleh
sejukkan badan. Cuaca panas sekarang ni
sesuai sangat la minum air ni untuk sejukkan
badan.
🌿Ni Bahan & Cara buat resepi ni.
1. Rendam 1/2 batang Kayu Manis Ceylon
(KMC) dalam segelas air mendidih.
2. Bila air kayu manis ceylon dah sejuk,
masukkan 1 sudu kecil biji chia seed. Biarkan
selama 30 minit.
3. Perankan 1 hiris lemon dan sedikit madu
asli.
Dah boleh di minum...
🌿Banyak jugak Khasiat lain untuk minuman nie
📌Antara kelebihannya :
- turunkan berat badan
- cegah sembelit
- mengawal kencing manis
- turunkan darah tinggi
- melawan kanser
- turunkan tahap kolesterol
meningkatkan kesuburan
- melegakan batuk dan selesema
- menguatkan kardiovaskular
- meningkatkan tenaga dan metabolisme
- menguatkan tulang dan gigi
- menyihatkan dan melembabkan kulit
- mencegah tanda penuaan
- memudarkan parut jerawat
- meningkatkan pengeluaran susu ibU dan
membekalkan omega-3.
Tengok banyak kan khasiatnya. Korang tryla
yer mana tahu sekarang 100KG Ips ni dh
boleh pakai baju size S@M. Korang try la
yer.
In Shaa Allah, ikhtiar dengan petua tradisional..


 


✍️ Keutamaan sholat taubat
* menghapus dosa-dosa kecil
* mendekatkan diri pada Allah
* menguatkan niat untuk tidak mengulangi
kesalahan
* menenangkan hati 
Lihat Sedikit

 “Kamu jangan takut, panggillah Aku, Aku akan berlari kepadamu.”

Al Baqarah ayat 186
“Jika hatimu hancur dan putus asa, ingatlah Aku, Aku selalu ada untukmu.”
Az Zumar ayat 53
“Jika kamu merasa tak ada jalan keluar dari masalahmu, datang kepada-Ku, Aku berjanji akan menerangi kegelapanmu.”
Al Ahzab ayat 43
“Kamu jangan sedih ya, Aku selalu bersamamu dan selalu ada untukmu.”
At Taubah ayat 40
“Letakkan Aku dalam hatimu, maka Aku akan meletakkan kamu dalam hatiku.”
Al Bawarah ayat 152
“Aku sangatlah dekat denganmu.”
Al Baqarah ayah 186
“Kerana kamu adalah milik-Ku.”
Al Baqarah ayat 156
“Aku bersumpah akan mencintaimu dengan cara yang berbeda.”
Al Ahzab ayat 43
“Maka itu, cintai Aku”
Al Imran ayat 31


 TILIK DIRI SENDIRI DAN MUHASABAHLAH

💁‍♀️Adakala kita sering rasa nk marah bila anak tak nk dengar ckp‼️
Bila kita suruh baca buku📚📕📘 dia buat tak peduli
Dia pilih utk tgk tv🖥📺 atau main
Suruh baca quran📖 dia buat tak peduli
Suruh solat dilambat2kan ‼️
Semua tu membuahkan rasa marah 😡dlm hati
Tapi pernah tanya diri sendiri
Kenapa begitu ❓️❓️❓️❓️
Kita lihat kenapa sebentar lagi
TG Hj Amsyari Jais pernah berpesan ramai orang tidak tahu prioriti apa yg perlu dipelajari bila terasa terbuka hati nk berjinak2 dgn agama 🤷🏻‍♀️🤦‍♀️‼️😢
Suka buat yg sunat tp meninggalkan yg wajib 🤷🏻‍♀️🤷🏻‍♀️🤷🏻‍♀️‼️
Anih kan🤷🏻‍♀️❓️
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
🤷🏻‍♀️APA YG ANIH
TAHU TAK yg ramai kita buat mcm ni ‼️
Kita bila mula berhijrah nk jd baik perkara no l kita pi bljr adalah belajar tajwid utk betulkn bacaan quran📖
💁‍♀️Lepas makin hebat sikit
mula masuk
❎️klas tadabur dan
❎️klas tafsir
Tau tak semua ini perkara SUNAT ‼️‼️‼️❓️
Kecuali hukum belajar ilmu tajwid jd wajib utk membetulkan bacaan alfatihah utk sahkn solat
YANG MANA YG WAJIB❓️❓️❓️❓️
💁‍♀️Bila berhijrah sedikit sgt org yg betul2 mula berhijrah dgn menuntut ilmu FARDHU AIN
Sedangkn ilmu fardhu ain ini wajib atas kita yg mukallaf
Ramai yg sedihnya sampai mati tak tahu apa itu fardhu ain❓️❓️❓️❓️
Sedangkan ia ilmu yg sgt mulia yg fardhu atas semua fardhu yg wajib setiap org kita belajar
Tak belajar tak kenal Allah
👉🏼ibadah jd debu2 berterbangan
SIA2🤷🏻‍♀️‼️‼️‼️‼️
Ilmu Fardhu ain itu 3 cabang
🟥Tauhid ialah ilmu tertinggi iaitu bab mengenal
🤎Allah
🧡rasul
💛malaikat
💚kitab
🩵hari qiamat
🩷Qada qadar
👉🏼Bab rukun iman n akidah
Ini utk dptkn iman
Tanpa ilmu tauhid ini mcmana nk capai iman nk dpt kunci syurga❓️❓️❓️🤷🏻‍♀️
🟥Feqah adalah
🤎ilmu bab solat puasa zakat haji
Untuk sahkan ibadah bab rukun syarat sah dll
🧡muamalat
💛munakahat
💚jenayah
🟥Tasawuf bab baiki masaalah hati n semua sifat mazmumah perlu dibuang diganti dgn sifat mahmudah
Buang sifat riya ujub takabur utk jd org yg baik agar dpt mati husnulkhotimah
Bab taubat
Ibadah sunat Contoh
Ada orang suka solat
🤎Dhuha
🧡Tahajud
💛Witir
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Tapi pelik org ini tak suka solat 5 waktu🤦‍♀️😢‼️
Kes ni nmpk mcm pelik tp ini lh hakikat yg berlaku bila didahului yg sunat meninggalkn yg wajib
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
💁‍♀️Jadi org yg mula nk berhijrah tp pi tuntut ilmu tajwid tafsir tu tp tak belajar ilmu fardhu ain itu ibarat org yg pi solat dhuha witir iaitu perkara sunat tp tak solat 5 waktu yg wajib ditinggalkan
Itu sgt jelas ‼️‼️‼️
🤷🏻‍♀️Ada kes plk kita dah sedar pun bab bljr fardhu ain tapi kita buat tak peduli 😢😭‼️
Kita ada hati nk tanya awat anak aku tak nk dgr ckp aku
TILIK LH DIRI SENDIRI
Kita dah turut ka perintah Allah❓️
Allah suruh kenal Dia kita buat tak tahu jer 🤷🏻‍♀️‼️😭
Kita tak ambik pusing
Kita mcm percaya tak percaya betulkah ada risiko2 besar tak bljr fardhu ain ni
Betulkah. ❓️❓️❓️❓️
Betul ke niiii❓️❓️❓️❓️❓️
Masih bertangguh2
Tahu tak setiap saat ditangguh dicatat dosa besar
Masa meniti
Dosa makin bertimbun
Dah lah nk luruhkn dosa pun tak mudah
Didtgkn pelbagai ujian sbb tak sedar2 😭😭😭😭😭‼️
Tp masih tak nk mula 😢
Jd jgn hairan anak kita tak
dgr ckp kita
Apa yg nk dihairankn klw kita rasa anak derhaka pd kita
Kita pun berani derhaka pd Allah
Astaghfirullah
Kita tak nmpk perkara ini
Tak kenal Allah ini dicop derhaka n musuh Allah 🤦‍♀️‼️😢
MUDHARAT tak belajar fardhu ain
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
🟥 Tidak kenal Allah adalh dosa paling besar yg dicatat 24 jam selagi tak bljr sifat 20 utk mengenal Allah / MAKRIFATULLAH
Syarat makrifatullah utk dapat IMAN YG SAH
❤️Sayyidina Abdullah ibnu Abbas menghuraikan
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Orang yg beriman sempurna iaitu makrifatullah iaitu mengenal Allah adalah orang yg memenuhi 3 syarat dibawah
♦️1. Ikhtikhod yg jazam iaitu ikhtikhod yg putus yg tidak berubah dah sampai mati
♦️2. Ikhtikhod Mengikuti jln yg sebenar jln ahlisunnah waljamaah
♦️3. Ada dalil ringkas iaitu dalil ijmali
Jika tiada dalil yg ringkas maka dia dikatakan mempunyai pegangan ikhtikod
ikut2 an iaitu iman taklid
💚Ada 2 pendapat ulama tentang orang2 yg iman ikut2an ini
♦️1. Ada ulama kata sah iman ini
♦️2 Ada ulama yg kata iman ini tak sah dan klw mati maka mati kafir 😱‼️
🩷Pandangan yg muktamad kata iman ini sah tp tak termasuk dlm org mukmin yg ada iman sempurna
🩵Klw ada 3 syarat baru jd mukmin iman sempurna
Bukan susah pun ‼️
Utk nk kluar drp keadaan khilaf ini maka WAJIB belajar ilmu TAUHID utk mengenal Allah sehingga ada dalil utk jd pegangan‼️💁🏻‍♀️
🟥Tidak bljr ilmu tauhid dan makrifatullah tidak boleh jawab soalan kubur
Sesiapa yg tidak dpt jawab akan disiksa
Yg boleh jawab sebenarnya akidah nya yg tolong ia jawab
Dan
🟥Orang tak makrifatullah adalah musuh Allah
Blh dgr kuliah ttg ni 👇🏻👇🏻👇🏻
🟥 Org yg tak makrifatullah blh tercabut nyawa dlm keadaan tercabut iman berakhir dgn mati kafir
🟥 Org yg tidak bljr ilmu feqah n tak makrifatullah amal soleh tidak terpakai dan amal soleh sia2 tak dpt jadi peneman dlm kubur . Boleh dgr kuliah ttg ini
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
🟥Org tak bljr fardhu ain sgt kerugian besar sbb pahala dicatat setiap saat bila sudah makrifatullah dan ada ikhtokhod yg jazam.ttg ujud Allah serta berdalil
Jom lh jangan bila masuk kubur baru menyesal yg tiada kesudahan😭😭😭😭😭‼️
Tak pyh susah2 link dah disediakan tak pyh cari2 lg
Mula je jom bismillah
Ku mulakan......
⬇️⬇️⬇️⬇️🙋🏻‍♀️