Saturday, June 01, 2024

AMALAN YASSIN 7 MUBIN

🔲AMALAN YASSIN 7 MUBIN.........
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekelian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya". (Al-Israa’ 44)
YAASIN 7 MUBIN INI SELALU DIGUNAKAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DI FITNAH, SELALU DIANIAYA, DITIPU, ATAU DIZALIMI MANUSIA, PENDINDING DARI SIHIR, SAKA, GANGGUAN JIN SYAITAN, MENDAPATKAN SEMULA BARANG YANG HILANG, MEMANGGIL ORANG YANG LARI DARI RUMAH, TERAPI RAWATAN RUKYAH DAN LAIN-LAIN LAGI.
DALAM SURAH YAASIN,TERDAPAT TUJUH TEMPAT PERKATAAN 'MUBIN' IAITU PADA AYAT 12, 17, 24, 47, 60, 69 DAN 77.
Yasin 7 Mubin bermaksud ada 7 MUBIN didalam surah yasin...( Mubin = Nyata ).
KHASIAT AMALAN YAASIN 7 MUBIN
Kaedah Yasin 7 Mubin ini ianya menyeluruh... yakni semua mereka yang terlibat pasti kena... dari tukang sihir.. pengupah.. batu api.. tukang tunjuk rumah bomoh.. tukang rekomen bomoh hitam mana nak jumpa... pendek kata ianya menyeluruh...
Kaedah Yasin tidak memerlukan makrifat seperti kaedah lain... Biarlah Allah yang maha bijaksana menghukum... mereka yg terlibat mengikut tahap penglibatan mereka didalam perlakuan sihir dan khianat...
Sesuatu yang asal baik tetap baik natijahnya... Mereka yang mengamalkan kaedah Solat Hajat dan Yasin 7 Mubin pasti akan merasa sesuatu kelazatan dalaman yang hanya siapa pernah buat sahaja yang tahu...
1) Lakukan Solat Sunat Hajat 2 Rekaat.
2) Mulai amalan dengan BUKA KUNCI ILMU HIKMAH untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual.
3) Baca Ayat YASSIN 7 MUBIN.
اِنَّا نَحۡنُ نُحۡىِ الۡمَوۡتٰى وَنَكۡتُبُ مَا قَدَّمُوۡا وَاٰثَارَهُمۡؕؔ وَكُلَّ شَىۡءٍ اَحۡصَيۡنٰهُ فِىۡۤ اِمَامٍ مُّبِيۡنٍ
Innaa Nahnu nuhyil mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aasaarahum; wa kulla shai'in ahsainaahu fiii Imaamim Mubiin
"Sungguh, Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kamilah yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka (tinggalkan). Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab yang jelas (Lauh Mahfuzh)".
(Surah Yasin Ayat 12)
وَمَا عَلَيۡنَاۤ اِلَّا الۡبَلٰغُ الۡمُبِيۡنُ
Wa maa 'alainaaa illal balaaghul mubiin
"Dan kewajiban kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas."
(Surah Yasin Ayat 17)
اِنِّىۡۤ اِذًا لَّفِىۡ ضَلٰلٍ مُّبِيۡنٍ
Inniii izal-lafii dalaa-lim-mubiin
"Sesungguhnya jika aku (berbuat) begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata".
(Surah Yasin Ayat
23)
وَاِذَا قِيۡلَ لَهُمۡ اَنۡفِقُوۡا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّٰهُ ۙ قَالَ الَّذِيۡنَ كَفَرُوۡا لِلَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡۤا اَنُطۡعِمُ مَنۡ لَّوۡ يَشَآءُ اللّٰهُ اَطۡعَمَهٗٓ ۖ اِنۡ اَنۡـتُمۡ اِلَّا فِىۡ ضَلٰلٍ مُّبِيۡنٍ‏
Wa izaa qiila lahum anfiquu mimmaa razaqakumul laahu qoolal laziina kafaruu lillaziina aamanuuu anut'imu mal-law yashaaa'ul laahu at'amahuuu in antum illaa fii dalaalim mubiin
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Infakkanlah sebagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu," orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman, "Apakah pantas kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki Dia akan memberinya makan? Kamu benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
(Surah Yasin Ayat
47)
اَلَمۡ اَعۡهَدۡ اِلَيۡكُمۡ يٰبَنِىۡۤ اٰدَمَ اَنۡ لَّا تَعۡبُدُوا الشَّيۡطٰنَ‌‌ۚ اِنَّهٗ لَـكُمۡ عَدُوٌّ مُّبِيۡنٌ
Alam a'had ilaikum yaa Baniii Aadama al-laa ta'budush Shaitaana innahuu lakum 'aduwwum mubiin
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah setan? Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagi kamu".
(Surah Yasin Ayat 60)
وَمَا عَلَّمۡنٰهُ الشِّعۡرَ وَمَا يَنۡۢبَغِىۡ لَهٗؕ اِنۡ هُوَ اِلَّا ذِكۡرٌ وَّقُرۡاٰنٌ مُّبِيۡنٌۙ
Wa maa 'allamnaahush shi'ra wa maa yambaghii lah; in huwa illaa zikrunw-wa Qur-aanum mubiin
"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah pantas baginya. Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang jelas".
(Surah Yasin Ayat
69)
اَوَلَمۡ يَرَ الۡاِنۡسَانُ اَنَّا خَلَقۡنٰهُ مِنۡ نُّطۡفَةٍ فَاِذَا هُوَ خَصِيۡمٌ مُّبِيۡنٌ‏
Awalam yaral insaanu annaa khalaqnaahu min nutfatin fa-izaa huwa khasiimum mubiin
"Dan tidakkah manusia memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setetes mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata!".
(Surah Yasin Ayat
77)
Biasanya kalau ada gangguan sihir dibadan akan keluar angin dan akhirnya badan menjadi ringan... Kepada mereka yang secara tak sengaja terambil ilmu yang berkaitan dengan JIN pun akan merasa panas dan angin akan mula keluar perlahan ikut jalan atas atau bawah...
Ada ruam2 yg akan keluar - biasanya ini berkaitan dengan barangan sihir yg telah lama menapak didalam badan samada pernah dirawat... atau belum... Walau pun dirawat dan pesakit kelihatan sihat...mungkin ada lagi saki baki...
💞 IJAZAH UMUM AMALAN ILMU HIKMAH:
Ijazah adalah hubungan sanad, iaitu hubungan hati dengan Rasul saw atau para ulama yang membuat suatu doa atau amalan lainnya.
Jika tak ada muridnya maka murid dari muridnya, maka izin dan restu ini disebut ijazah, dan demikian sampai kini kita boleh saja mengamalkan semua doa, namun alangkah baiknya jika minta restu dulu pada orang yang mempunyai hubungan dengan pembuat doa tersebut, maka minta restu ini disebut ijazah.
◼️Sebelum mengamalkan jangan lupa untuk mengambil ijazah amalannya dari guru agar berkah ilmu yang hendak diamalkan kerana Allah Taala.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
"Saya berikan Ijazah Umum amalan ini dengan mengikhlaskan bacaan surah al fatihah kerana Allah Taala".
Taipkan <Al Fatihah> pada komen sebagai tanda telah mengambil ijazah amalannya...
◼️ BUKA KUNCI ILMU HIKMAH adalah ritual untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual sebagai Booster semua amalan ilmu hikmah agar ilmu yang diamalkan cepat nampak kesannya.
◼️Sesiapa yang ingin mempelajari Buka Kunci Ilmu Hikmah boleh mengikuti PROGRAM PENYELARASAN QUANTUM HIKMAH SECARA JARAK JAUH yang mengandungi 7 Rahsia Quantum Hikmah.
👉 Sila klik pautan whatsapp berikut:
Semoga bermanfaat...
Wassalam.

 

No comments:

Post a Comment