Wednesday, January 22, 2025

ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH


 Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

 الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَر 

Maksudnya: “Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.” Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Zaman sekarang bukan lagi zaman berlumba-lumba untuk dunia. Bukan lagi zaman untuk bermegah-megah dengan harta yang ada.

Kerana kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman.Ubahlah kehidupan kita daripada untuk dunia kepada untuk akhirat.

Ceramah Ustaz Shamsuri Ahmad


No comments:

Post a Comment

UMUR 85 TAHUN TETAPI HANYA 15 TAHUN