Kata Imam Ghazali :
لا تصح العبادة، الا بمعرفة المعبود.
Tidak sah ibadat kecuali kita kenal Tuhan yang kita sembah.
2) Wajib mempelajari sifat-sifat yang wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil bagi Allah, sifat yang harus bagi Allah.
3) Wajib mempelajari cara-cara kita nak buat amal soleh, ini duduk dalam ilmu feqah, nak mengesahkan amal soleh kita.
4) Wajib kita mepelajari ilmu tasawwuf atau disebut ilmu akhlak yakni ilmu yang berkaitan dengan sifat-sifat kecelaan yang mesti dihindari, dan sifat-sifat kepujian yang perlu kita hiasi dalam diri.
- Perkataan wajib disini ialah wajib fardhu ain, iaitu :
ما يثاب على فعله و يعاقب على تركه
Barang yang apabila kita buat dapat pahala, tinggal dapat dosa.
- Bererti setiap masa yang kita lalui tanpa berusaha untuk mempelajari ilmu fardhu ain, maka selama itulah kita duduk dalam dosa.
- Kesimpulan, manfaatkan waktu kemuncak maghrib isyak, untuk manfaat akhirat kita, belajar ilmu fardhu ain aqidah, feqah, tasawwuf.
- Moga Allah memelihara kita daripada azab api neraka.
No comments:
Post a Comment