Sunday, November 30, 2025

“Hidup Untuk Solat, Bukan Solat Bila Sempat” – Muhasabah Semula Tujuan Hidup Dalam Mencari Keberkatan Rezeki

 Manusia hari ini semakin laju mengejar dunia, sehingga banyak yang terlupa bahawa hidup ini bukan sekadar bekerja, mengurus jadual, mengejar gaji atau membina harta.

Hakikat sebenarnya, seluruh perjalanan hidup seorang Muslim ialah untuk mendirikan solat, tunduk kepada Allah, dan menjaga hubungan dengan Pencipta. Inilah asas yang menentukan keberkatan hidup dan inilah yang sering kita terbalikkan.

Ramai merasakan kerja adalah keutamaan, manakala solat pula hanya dilakukan “bila sempat”. Hakikatnya, hidup untuk solat, bukan solat ketika lapang.

Solat bukan diselit dalam jadual hidup manusia; tetapi jadual hidup manusialah yang sepatutnya mengikut solat.

Hidup untuk solat, bukan kejar pangkat

Allah SWT menjelaskan tujuan hidup untuk solat dalam kehidupan dengan sangat jelas dalam firman-Nya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”
(Surah Adz-Dzariyat: 56)

Ayat ini menjawab persoalan besar: kenapa kita hidup? Jawapannya bukan untuk menjadi kaya, bukan untuk menjadi terkenal, bukan untuk mengejar pangkat tetapi kerana kita dicipta untuk beribadah.

Dan ibadah paling besar, paling utama, dan paling awal yang akan ditanya pada hari kiamat ialah solat.

Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَالْكُفْرِ وَالشِّرْكِ تَرْكُ الصَّلَاةِ
“Pembatas antara seseorang dengan kufur dan syirik adalah meninggalkan solat.”
(HR. Muslim)

Hadis ini menunjukkan betapa solat itu bukan sekadar kewajiban, tetapi tali penghubung antara hamba dengan keimanan. Bila solat longgar, hati menjadi keras, hidup terasa sempit, keberkatan hilang perlahan-lahan tanpa disedari.

Namun masyarakat hari ini sering berkata, “Sibuk bekerja… solat lewat,” atau “Meeting tak habis-habis…” atau “Drive tengah jalan… tak sempat.”

Sedangkan solat bukan perkara kecil. Solat ialah kompas hidup. Siapa yang menjaga solat, Allah jaga seluruh urusan hidupnya. Siapa yang meremehkannya, hidupnya mudah jadi hilang arah.

Allah SWT berfirman lagi:

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”
(Surah Al-An’am: 162)

Ini asas utama: hidup untuk solat – bukan solat bila hidup mengizinkan.

Bila manusia betulkan semula prioriti ini, banyak perkara dalam hidup akan kembali seimbang. Hati menjadi tenang, rezeki menjadi berkat, kerja berjalan lancar, hubungan keluarga menjadi lembut dan damai. Kerana bila hubungan dengan Allah dijaga, Allah jaga segala hubungan lain.

Rezeki halal belum tentu berkat

Realitinya, rezeki halal sahaja belum cukup. Ramai yang gaji besar tetapi hidup tidak tenteram, rumah tidak bahagia, hati tidak tenang. Sebab itu ulama mengatakan:

“Rezeki halal belum tentu berkat. Tetapi rezeki berkat pasti halal.”

Berkat itu datang bila hubungan dengan Allah dijaga. Dan penjagaan itu bermula dengan solat.

Sebab itu ulama menyebut mengenai kebesaran hidup untuk solat:

“Lihat pada solat seseorang, itulah gambaran keadaan hidupnya.”

Jika solat berat → hidup terasa berat.
Jika solat laju → hidup menjadi kelam-kabut.
Jika solat dijaga → hidup juga terurus.
Jika solat dilambatkan → rezeki terasa sempit.
Jika solat diprioritikan → Allah permudah segala urusan.

Solat bukan sekadar ibadah; ia ubat hati, pelindung daripada maksiat, benteng daripada kemurungan, dan sumber kekuatan jiwa. Solat menghidupkan ruh. Seseorang yang kuat solatnya akan kuat imannya, akan lembut hatinya, akan tinggi akhlaknya.

Kerana itulah Waktu Solat Malaysia sentiasa mengingatkan umat Islam bahawa solat adalah pusat kehidupan seorang Muslim. Masa solat bukan sekadar maklumat, ia peringatan daripada Allah:

“Inilah masa kamu kembali kepada-Ku. Inilah masa kamu tenangkan hati.”

Bayangkan, Allah yang mencipta kita, tahu kita sibuk, tahu kita penat, tetapi tetap memanggil hamba-Nya lima kali sehari. Adakah panggilan itu untuk menyusahkan? Tidak.

Allah memanggil kerana Dia mahu memberi ketenangan. Allah memanggil kerana Dia mahu memberi rezeki. Allah memanggil kerana Dia mahu menghapuskan dosa. Allah memanggil kerana Allah rindu suara hamba-Nya.

Hari ini, mari kita muhasabah. Jadikan hidup untuk solat sebagai prinsip hidup. Atur jadual kerja ikut waktu solat.

Latih diri supaya azan terdengar hati terus bergerak dan tetapkan prinsip hidup untuk solat dalam diri. Bila solat menjadi tiang hidup, dunia akan menjadi ringan, akhirat menjadi terjamin.

Semoga Allah permudahkan kita menjadi hamba yang menjaga solat dan terapkan prinsip hidup untuk solat dalam diri supaya dapat menjaga tujuan hidup yang sebenar. Ameen.

Saturday, November 29, 2025


 

Solat taubat Kena buat selalu. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu InsyaAllah tanda taubat ALLaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu..
Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang..
Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah..
Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati..
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar.
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

 

Friday, November 28, 2025

DOA ELAK PIKUN


 

KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN DALAM RUMAH


 

H083 PRIA 60+: MAKAN 3 JENIS BUAH INI SETIAP HARI

UNTUK ENERGI,VITALITAS & PERFOMANCE RANJANG ALAMI

1. DELIMA (jus delima)
2. PISANG (for kalium etc)
3. JUS CHERI GELAP (1 jam sebelum tidur)



5 Buah Yang Baik Untuk Kesehatan GINJAL

Wednesday, November 26, 2025

H085 TENANGLAH WAHAI HATI - USTAZ MUHADIR HAJI JOLL


JOM BACA : 001 / 85.00
TENANGLAH WAHAI HATI : USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
(100 NASIHAT DARIPADA KITAB NASHA'IH AL-'IBAD)
GALERI ILMU SDN BHD (2025) : RM85.00

Tuesday, November 25, 2025

Himpitan & Azab Kubur: Sejauh Mana Amalan Harian Mampu Menyelamatkan Dari Seksaan Alam Barzakh?

 Azab Kubur adalah sebuah hakikat yang sering disebut dalam hadis sahih, namun ramai antara kita hanya mendengarnya tanpa benar-benar memahami kedalamannya.

Dalam kehidupan moden hari ini dengan kesibukan kerja, rutin harian dan tekanan hidup, kita mudah melupakan perkara yang paling pasti dalam hidup: kematian.

Sedangkan alam kubur adalah destinasi pertama yang akan menentukan perjalanan akhir kita.

Kesedaran mengenai azab kubur bukan untuk menakutkan, tetapi untuk membangunkan jiwa agar kembali kepada Allah dengan hati yang lembut serta amal yang bersih.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

اِسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
“Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini sahaja sudah cukup menunjukkan betapa azab kubur bukan perkara remeh atau sekadar cerita yang diwarisi; ia adalah ancaman nyata yang diperakui Nabi SAW dan wajib diyakini setiap Muslim.

Azab kubur bermula dengan himpitan

“Perkara pertama yang akan berlaku selepas seseorang itu dikebumikan adalah himpitan kubur.”

Inilah pesan Rasulullah SAW dalam banyak riwayat. Para ulama menjelaskan bahawa azab kubur tidak semestinya datang dalam bentuk siksaan yang kelihatan oleh mata, tetapi ia adalah kesempitan, tekanan dan perasaan dihimpit yang teramat dahsyat sehingga tidak dapat dibayangkan oleh manusia hidup.

Nabi SAW menggambarkan himpitan kubur dengan mengisyaratkan jarinya saling merapat, menunjukkan betapa tulang rusuk manusia akan saling menghimpit. Baginda juga menyebut:

لَوْ نَجَا أَحَدٌ مِنْ ضَمَّةِ الْقَبْرِ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ
“Jika ada seseorang yang selamat daripada himpitan kubur, tentu Saad bin Mu‘adh akan selamat. Tetapi tiada siapa pun akan terlepas.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Namun para ulama menyatakan himpitan kubur bagi orang soleh bukanlah azab kubur, sebaliknya seperti “pelukan kasih sayang bumi”, sebagaimana seorang ibu memeluk anaknya yang lama dirindui.

Tetapi bagi mereka yang hidup dalam maksiat, kezaliman atau dosa tanpa taubat, himpitan kubur berubah menjadi permulaan kepada azab kubur yang lebih berat.

Mungkar & Nankir: Soalan alam kubur yang menentukan nasib

Ramai hanya mendengar nama dua malaikat ini, namun tidak memahami hakikatnya.

Hadis sahih menyebut bahawa setelah manusia ditanam dan ditinggalkan oleh ahli keluarga, dua malaikat berwajah gelap dan suara menggerunkan akan datang dan bertanya:

مَنْ رَبُّكَ؟ وَمَا دِيْنُكَ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ؟
“Siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Dan siapa Nabimu?”

Jawapan ini tidak boleh direka, tidak boleh dihafal secara lidah. Jawapan hanya lahir daripada hati yang hidup dengan iman.

Sesiapa yang gagal menjawab, maka bermulalah azab kubur yang paling menakutkan, pukulan malaikat, kubur disempitkan dan dibuka pintu neraka sebagai bayangan siksaan akhirat.

Amalan yang menyelamatkan daripada azab kubur

Baginda SAW memberi beberapa jalan agar kita terselamat daripada azab kubur. Antaranya adalah menghidupkan hati dengan zikir, menjaga solat, membaca Al-Quran, menjauhi ghibah, zina, riba, khianat dan dosa-dosa yang sering dipandang ringan.

Sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ
“Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama daripada akhirat.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Jika selamat di kubur, maka selamatlah perjalanan menuju akhirat. Namun jika seseorang menerima azab kubur, maka azab itu hanyalah permulaan kepada hari yang lebih dahsyat.

Justeru, hidup beramal bukanlah pilihan sampingan, tetapi keperluan yang menyelamatkan kita daripada sesuatu yang lebih besar daripada kematian itu sendiri.

Antara amalan yang disebut para ulama boleh meredakan azab kubur ialah:
• memperbanyakkan taubat,
• menunaikan hak manusia,
• menghindari dosa rahsia,
• membaca Surah al-Mulk setiap malam, berdasarkan hadis riwayat al-Tirmizi yang menyatakan surah ini menjadi “penyelamat daripada azab kubur.”

Mendengar tentang azab kubur kadang-kadang membuatkan kita rasa takut, tetapi ketakutan itu adalah rahmat Allah agar kita kembali kepada-Nya sebelum terlambat.

Hidup ini sementara; keseronokan, kesibukan, hartanya, semuanya akan ditinggalkan. Apa yang dibawa ke kubur hanyalah amal.

Apabila jasad dibaringkan di liang lahad, segala gelaran, jawatan, pengaruh dan kemewahan tidak lagi bermakna. Maka mempersiapkan diri daripada azab kubur adalah salah satu tanda akal yang sihat dan hati yang sedar.

Akhirnya, kita adalah tetamu alam barzakh. Dan sebagai tetamu, kita tidak boleh pergi dengan tangan kosong.

DOA RUQYAH DIRI SENDIRI


 

PERKASAKAN SOLATLAH DULU SEBELUM NAK PI UMRAH ATAU HAJI


PESAN AL MARHUM PAK SU MID

"Sebelum hang pi Mekah, baiki dulu hubungan dengan Allah Taala. Ada ubi ada batas, ada hari boleh dibalas."
​"Ni dok bangga pi Mekah beratus kali pun tak guna. Abu Lahab dari kecil sampai mati duduk di Mekah pun kena laknat dengan Allah Taala"
​(Almarhum Paksu Mid)
Kata-kata hikmah Almarhum Paksu ini adalah kritikan yang sangat tajam dan mendalam terhadap kebanggaan ibadah serta penekanan pada kualiti hubungan dengan Allah SWT iaitu taqwa melebihi kuantiti ibadah atau lokasi ibadah.
​"Sebelum hang pi Mekah, baiki dulu hubungan dengan Allah Taala."
​Maksud tersurat adalah jangan tergesa-gesa menunaikan haji atau umrah jika hati dan hubungan peribadi dengan Pencipta masih rosak.
​Maksud tersirat Paksu menekankan bahawa hubungan Hablumminallah itu adalah asas. Solat, puasa, zakat dan sedekah harian yang menjadi teras hubungan dengan Allah SWT mestilah diutamakan kualitinya iaitu khusyuk dan ikhlas sebelum mengejar ibadah 'mega' seperti ke Tanah Suci.
Nasihat ini adalah peringatan bahawa perjalanan rohani yang sebenar bermula dari dalam hati, bukan di atas kapal terbang atau di Tanah Haram.
​"Ada ubi ada batas, ada hari boleh dibalas."
​Kiasan "ubi dan batas" ini adalah dari pepatah Melayu yang bermaksud setiap benda ada tempat atau batasnya, merujuk kepada tanggungjawab dan sempadan dalam kehidupan. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada sempadan yakni hukum Allah SWT.
​"Ada hari boleh dibalas" merujuk kepada hari pembalasan iaitu Hari Kiamat. Walaupun kita mungkin terlepas pandang sempadan atau batas yang ditetapkan oleh Allah SWT di dunia ini dan mungkin terlepas dari hukuman dunia (ubi ada batas), namun Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil, pasti akan menghitung dan menghukum semua amalan kita kelak.
Keadilan Allah SWT adalah sempurna, menyeluruh, dan mutlak. Tiada sesiapa pun yang dizalimi dan tiada amal yang tersembunyi.
Justeru, jangan sesekali melanggar batas hukum syarak kerana pembalasan itu pasti. Ia sebagai keperluan untuk "membaiki hubungan" dengan Allah SWT.
​"Ni dok bangga pi Mekah beratus kali pun tak guna. Abu Lahab dari kecil sampai mati duduk di Mekah pun kena laknat dengan Allah Taala."
Paksu menggunakan perbandingan yang paling ekstrem iaitu Abu Lahab seorang yang secara fizikal tinggal di Mekah dan merupakan keturunan Nabi tetapi hati dan niatnya dipenuhi kekufuran dan permusuhan.
Ini adalah kritikan pedas menegur orang yang berbangga dengan kuantiti ibadah haji dan umrah berkali-kali atau mereka yg bermaustatin di Tanah Suci namun hati mereka rosak akibat riak, sombong atau mengabaikan kewajipan lain.
Amalan yang diterima Allah SWT adalah yang paling ikhlas bukan yang paling banyak. Lokasi di Mekah tidak pernah menyelamatkan Abu Lahab daripada laknat, menunjukkan bahawa yang paling penting adalah ketaqwaan di dalam hati.
Pesanan Paksu adalah wasiat agar umat Islam kembali kepada teras keikhlasan dan kualiti taqwa kerana "nilai" seseorang itu tidak terletak pada berapa kali dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci tetapi sejauh mana dia membawa "kesucian" Tanah Suci itu ke dalam hati dan kehidupan sehariannya.
​Ia adalah peringatan tegas agar kita membersihkan hati dan amalan wajib kita terlebih dahulu kerana tanggungjawab di akhirat adalah mutlak, tidak dapat ditukar ganti dengan kuantiti perjalanan atau lokasi ibadah.
Wallahu a'lam bishawab

Monday, November 24, 2025

5 AMALAN SELEPAS SUBUH YANG RAMAI TAK BUAT,PADA HAL PEMBUKA PINTU REZEKI SEPANJANG HARI

 Subuh adalah waktu yang sangat diberkati. Ia masa para malaikat bersaksi, doa diangkat, hati tenang dan rezeki dipermudahkan.

Ramai mengejar rezeki dengan bekerja lebih keras, tetapi lupa bahawa keberkatan rezeki sebenarnya bermula dengan selepas Subuh, ketika jiwa masih bersih dan dekat dengan Allah SWT.

Dalam Islam, ada beberapa amalan selepas Subuh yang sahih daripada hadis Nabi SAW dan ayat Al-Quran yang menjadi sebab turunnya kelapangan rezeki, dicukupkan keperluan dan dijauhkan daripada kesempitan hidup.

Ia bukan amalan pelik yang tiada dalil, tetapi amalan sebenar yang diajar oleh Rasulullah sendiri.

Berikut adalah 5 amalan selepas Subuh yang boleh diamalkan setiap hari, insyaAllah membuka pintu rezeki, menjemput keberkatan dan mendamaikan hati.

1. Membaca Surah Al-Waqi’ah, Amalan Tidak Ditimpa Kefakiran

Walaupun bukan khusus amalan selepas Subuh, Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang sangat masyhur dengan fadilat rezeki.

Ibn Mas’ud RA berkata:

“Sesiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat al-Baihaqi)

Walaupun hadis ini diperselisihkan statusnya, ulama mengharuskan pengamalannya kerana ia tergolong dalam bab fadha’il.

Amalkan membaca Al-Waqi’ah pada waktu pagi atau malam menjadi zikir yang membuka pintu rezeki dan keberkatan, terutamanya jika dilazimi setiap hari selepas Subuh sebagai amalan selepas Subuh.

2. Zikir “Ya Fattah, Ya Razzaq” – Memohon Allah Membuka Pintu Rezeki

Nama Allah Al-Fattah bermaksud Yang Membuka dan Ar-Razzaq bermaksud Yang Memberi Rezeki. Dua nama agung ini sangat berkait rapat dengan kelapangan rezeki.

Baca perlahan-lahan selepas Subuh:

يَا فَتَّاحُ يَا رَزَّاقُ
“Wahai Tuhan Yang Maha Membuka, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki.”

Tidak ada bilangan khusus, tetapi istiqamah menjadikannya amalan selepas Subuh akan memberi kesan kuat pada hati, menjadikan kita bergantung pada Allah lebih daripada bergantung pada usaha.

Amalan ini selalu dilakukan oleh para ulama kerana ia menghimpunkan zikrullah dan pengakuan bahawa rezeki datang hanya daripada Allah.

3. Membaca Tasbih “Subhanallah wa bihamdih” 100 Kali

Tasbih ini sahih daripada hadis riwayat Muslim dan sangat besar kesannya kepada kelapangan rezeki kerana ia menghapuskan dosa, sedangkan dosa adalah penghalang rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Sesiapa mengucapkan Subhanallah wa bihamdih 100 kali sehari, dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Muslim)

Satu perkara yang ramai tidak sedar:

☑ Bila dosa diampunkan, pintu rezeki terbuka.
☑ Bila hati bersih, jalan hidup menjadi mudah.

Menjadikan tasbih ini amalan selepas Subuh adalah antara kunci rezeki paling mudah tetapi sangat kuat keberkatannya.

4. Istighfar – Dalil Paling Jelas Tentang Rezeki Tidak Putus

Inilah amalan yang paling jelas disebut dalam Al-Quran sebagai sebab rezeki bertambah dan tidak berhenti.

Firman Allah dalam Surah Nuh ayat 10–12:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ

Maksud:
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan kepada kamu dengan lebat, Dan Dia akan memperbanyakkan harta serta anak-anak kamu.”

Ulul Albab, para sahabat, ulama salaf semuanya menjadikan istighfar amalan selepas Subuh kerana ia mengundang:

✔ kelancaran rezeki
✔ kemudahan urusan
✔ ketenangan hati
✔ keberkatan hidup

Baca 100 kali atau lebih:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

5. Doa Nabi Selepas Subuh – Doa Rezeki Paling Sahih

Ini amalan paling penting kerana Rasulullah SAW sendiri membacanya setiap kali selesai Subuh.

Daripada Ummu Salamah RA, Nabi SAW berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا
وَرِزْقًا طَيِّبًا
وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksud:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.”
(Riwayat Ahmad)

Inilah antara amalan selepas Subuh yang paling kuat dalilnya, paling mudah diamalkan dan paling besar kaitannya dengan kelapangan rezeki.

Ramai mencari rezeki melalui kerja yang tidak berhenti, tetapi hakikatnya keberkatan rezeki bermula daripada amalan selepas Subuh. Waktu Subuh adalah saat rahmat turun, malaikat menyaksikan doa diangkat dan pintu rezeki dibuka oleh Allah SWT.

Amalkan:

  1. Surah Al-Waqi’ah
  2. Ya Fattah Ya Razzaq
  3. Tasbih 100 kali
  4. Istighfar
  5. Doa Nabi SAW

Istiqamah lebih penting daripada banyaknya amalan. Allah tidak melihat kepada banyaknya amalan, tetapi keikhlasan dan ketekunan hamba.

Semoga Allah melapangkan rezeki kita seluas langit, mencukupkan keperluan kita seperti mencukupkan rezeki burung yang keluar pagi lapar dan pulang petang kenyang.

1 JAM SELEPAS SUBUH YANG MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP KITA

Ramai tak sedar…


Satu jam selepas Subuh sebenarnya adalah waktu emas yang boleh mengubah mood, tenaga dan rezeki sepanjang hari.

Jadi… apa yang patut kita buat dalam 1 jam yang sangat berharga ni?

1️⃣ Jangan tidur lepas Subuh

Rezeki itu luas, tapi tidur selepas Subuh boleh “tutup pintu” tanpa sedar.
Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk (lebih kurang 7.00 pagi) baru rehat.
Tubuh pun tak jadi lemau, otak pun lebih segar.

2️⃣ Mandi & segarkan diri

Mandi sebelum atau selepas Subuh memang “punchline” tenaga.
Badan rasa ringan, minda rasa fokus.
Bonus: wajah pun nampak lebih muda & fresh. Serius cuba!

3️⃣ Sarapan walau sedikit
Tak perlu heavy.
Sepotong roti pun okay, atau segelas susu/kopi.
Yang penting… bila perut dijaga, sistem penghadaman bergerak elok dan tenaga jadi stabil seharian
.
4️⃣ Paling penting: Isi hati

Baca Al-Quran.

Zikir. Selawat.

Atau pasang bacaan dari YouTube pun tak mengapa asalkan hati diberi “makanan rohani”.
Hati yang kenyang akan jadi kuat, tak mudah goyah, tak mudah lemah.

Bayangkan… hanya 1 jam.
Tapi 1 jam ni boleh buat hidup lebih teratur, jiwa lebih tenang dan langkah kita sepanjang hari lebih bertenaga.

Mulakan esok. InsyaAllah hidup terasa lebih bermakna.

SOLAT PERTAMA SETELAH NYAWA DIPULANGKAN - SOLAT SUBUH

Tuesday, November 11, 2025



H100 YA ALLAH YA TUHAN KU,TEMUKANLAH AKU DENGAN RAMADHAN TAHUN INI

DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA ZAHIR DAN BATIN,AMIN YA RABB
YA ALLAH YA TUHAN KU,TEMUKANLAH AKU DENGAN RAMADHAN 
TAHUN INI DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA ZAHIR DAN BATIN,
AMIN YA RABB!



JOM BACA : 1 / 35.00

RAMADAN GAYA RASULULLAH : GRUPBUKU KARANGKRAF
KARYA BESTARI SDN. BHD. (2025): RM35.00

JOM BACA : 2 / 54.00

RAMADHAN TERAKHIR : HISHAM AR
GALERI ILMU SDN BHD (2011) : RM19.00



JOM BACA : 3/78.00
SEPATU HIJRAH : MOHD AKHIRUDIN
GRUPBUKU KARANGKRAF SDN BHD (2017) : RM24.00

⚔⚔⚔ 095 DAYS TO GO @ TARGET : 1 SYAWAL 1447H ⚔⚔⚔

......................................................................................................................................... FO...