Dialog di dalam video clip ini benar-benar membuat aku tersentak.Terjaga dari lamunan mimpi kehidupan.Betapa selama ini aku teralit dengan mehnah kehidupan sehingga terlupa untuk memanfaatkan masa yang ada dan gagal untuk memanfaatkan nafas/umur yang ada ini untuk mengumpul bekal untuk perjalanan yang jauh untuk bertemu Allah swt.
"Emang lu yakin kita sampe rumah?"
Seringkali kita mengangguh-nangguh melakukan ibadah.Contohnya solat bila dah terdengar azan berkumandang dari masjid atau pun henpon menandakan telah masuk waktu solat.Ketika itu pula kita sedang dalam perjalanan,sedang asyik menonton tv,sedang asyik melayan medsos atau pun sedang melakukan pekerjaan/urusan penting yang mahu kita selesaikan segera terlebih dahulu,
Lalu hati kita berbisik, sekejap lagilah 5 atau 10 minit lagi solat,Bukannya lama pun.
Bagaimana kalau di minit ke 3 atau minit ke 7 kita telah bergelar arwah?
Kita bertangguh untuk bertemu Allah swt tetapi Malaikat Maut tepat masanya,tidak bertangguh untuk datang bertemu kita - pintu taubat telah tertutup,Limit ibadah sebagai persiapan bekalan kita telah sampai.
Kita pun pergi ke alam baqa dengan membawa hutang 1 waktu solat apatah lagi jika dicampur tambah dengan longgokan solat-solat lama yang tak sempat dah di qadha kerana juga bertangguh melunaskannya.
PESANAN ABAH GURU SEKUMPUL




No comments:
Post a Comment