Tuesday, April 30, 2024

KHASIAT BARLI CINA


Pernah jumpa bijirin yang bentuknya  bulat  berbelah  di tengah  saiznya kecil?  Gambarnya seperti di bawah tu.  Kalau nak tahu itulah Barli Cina. 

Seorang rakan Muslimah yang berbangsa cina  pernah memberitahu mak long bahawa Barli Cina  dapat melegakan penyakit batu karang. Kebetulan suami sahabat mak long adalah seorang penderita penyakit tersebut.

Barli cina boleh di dapati di kedai - kedai ubat cina.   Basuh barli tersebut berapa kali sebelum di rebus.  Tambahkan gula batu. rebus sampai biji barli masak. ( Pissst ... Mak long masukkan sehelai daun pandan untuk cover bau kedai ubat cina ).  sejukkan dan minum selalu..

# manusia hanya mampu berdoa berikhtiar namun yang menyembuhkan adalah Allah jua.
Sumber : Blog Mak Long

No comments:

Post a Comment

HIDAYAH DAN RAHMAT ALLAH ADA DI MASJID - BERSEGERALAH KE MASJID

Jom kita serapkan bicara Illahi ini ke dalam urat nadi kehidupan seharian kita sebagai hamba Nya @ kepentingannya kepada kita semua??!! A...