Thursday, June 27, 2024

5/7 TARIKH KIAMAT DUNIA SEMAKIN DEKAT MALAH MUNGKIN LEBIH DEKAT LAGI TARIKH KIAMAT KECIL KEMATIAN KITA

 Terdapat 2 kelompok hadis berkaitan umur umat Islam.

1. Umur umat Islam adalah umur umat Yahudi (2000 tahun) dikurangi umur umat Nasrani (60 tahun)
2000 – 60 = 1440 tahun

2. Umur umat Islam di sisi Allah swt ialah 1 hari (1000 tahun) lalu Allah swt tambahi lagi setengah hari (500 tahun)
1000 + 500 = 1500 tahun

Kelompok hadis ke 2 ini lebih mutawatir / popular dikalangan ulama-ulama.Lalu Sheikh Ibnu Rajab Al Hambali (seorang ulama) membuat kesimpulan :

Umur Islam di sekitar 1400 tahun dan tidak akan melebihi 1500 tahun.

Umur umat Islam bermula dari detik Nabi saw di utus sebagai Rasul hinggalah detik kejadian kiamat.Tahun ini (2024 Masihi) tahun kalendar Islam 1445Hijrah ertinya angka 1445 itu dah pun melebihi angka 1400 tahun sedangkan kalendar hijrah bermula dari tahun Nabi saw berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Nabi saw setelah di utus / dilantik sebagai Rasulullah saw telah mula berdakwah di Mekah selama 13 tahun sebelum berhijrah ke Madinah.

Ertinya umur umat Islam masa kini ialah 1445 + 13 = 1458 tahun

Ertinya baki umur umat Islam ialah 1500 – 1458 = 42 tahun (maksima)




Untuk apa info ini : 

Baki umur umat Islam dah amat sedikit.Sekitar 42 tahun saja lagi.Tanda-tanda kiamat akan semakin meriah bermunculan.Lalu jangan tunda taubat jangan tunda berbuat ibadah.Dah tak lama lagi akan terjadinya kiamat total,Wallahu aqlam).

Jangan alpa ada satu lagi kiamat yang malah mungkin lebih hampir dengan kita semua iaitu tarikh kematian kita (mungkin lagi kurang dari angka 42 tahun itu).

JOM SOLAT BERJEMAAH DI MASJID – kesempatan yang ada mungkin dah tak lebih pun dari 42 tahun lagi.

###########################################


MENGENALI FUQAHA' MUHADDITHIN IBNU RAJAB AL-HANBALI.

Nama sebenarnya adalah Abdurahman ibn Syihab al Din Ahmad ibn Rajab ibn Abd al Rahman ibn Hasan ibn Muhammad ibn Abi al Barakat Mas’ud al Hafidz Zain al Din Abu al Faraj al Baghdadiy al Dimasyqiy al Hanbaliy, terkenal dengan sebutan Ibnu Rajab.

Beliau lahir dikota Baghdad pada bulan Rabi’ul Awwal tahun 736 H, yang terdapat dalam kitab al Dzail ‘alaa Thabaqaat al Hanaabilah pada bahagian pertama cetakan al Ma’had al Faransiy.

Beliau dan ayahnya datang di kota Damsyiq dan disana dia mendengar dan belajar pelbagai ilmu pengetahuan bersama ayahnya dari Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al Khabaaz, Ibrahim ibn Daud al ‘Aththaar dan ulama ulama yang lainnya. Sedangka pada saat di Mesir dia menimba ilmu dari Abu al Fath al Maidumiy, Abu al Hazm al Qallanasiy dan Syaikh yang lainnya.

Adapun ayahnya adalah Ahmad ibn Rajab sejak kecil membesar dalam lingkungan pengetahuan ilmiah. Dia telah membaca dan mendengar riwayat riwayat hadis dari beberapa ulama dimasa kecilnya, dia juga memperdengarkan pelbagai ilmu pengetahuan kepada anak-anaknya baik dikota Damsyiq mahupun di Jerusalem, dan pada akhirnya ia menjadi ulama di Damasyiq dan banyak dikunjungi oleh murid muridnya yang ingin belajar ilmu kepadanya. Dia seorang ulama yang sangat alim dan menjaga dari hal hal yang tidak baik.

Ibnu Rajab mulai mengaji ilmu agama dari ayahnya, ia juga seorang murid yang tekun mencari ilmu, sehingga tidak menghairankan apabila beliau banyak sekali memperolehi ilmu dari ayahnya, keadaan ini semakin disokong oleh ayahnya Ibn Rajab yang tidak henti-hentinya menurunkan semua ilmu yang dimilikinya.

Sejak kecil Ibn Rajab sudah banyak menghafal hadis hadis Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam, dia juga belajar tentang riwayat al-Quran dari beberapa ulama dan pada akhirnya ia mahir dalam ilmu Fiqih, Ushul hadis, sejarah dan lainnya. Kecekapannya dapat dilihat dari kitab kitabnya yang berkualiti tinggi dan penuh dengan analisis. Kata kata yang dipilih untuk menyusun kitabnya juga sangat mengagumkan. Begitu juga apabila dilihat dari segi rasional dan istinbath hukum yang tidak berbelit belit.

Ia wafat pada bulan Rajab tahun 795 H dan mewariskan beberapa karya ilmiah yang begitu berharga dan bahan rujukan bagi umat Islam.

Disalin dari kitab Al Takhwiif min al Naar wa al Ta’riif Hal Daar al Bawaar karya Ibnu Rajab 1408 H/1988 M

- Catatan Sebelum Subuh Ke Airport Mengiringi Syeikh Tariq Sardar -
[ al-Faqir Mudir Mtdhs Darul Hadis Sabah ]

No comments:

Post a Comment