𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗦𝗔
Sabda Rasulullah SAW:
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Riwayat al-Bukhari (10) dan Muslim (40)
Dalam sebuah riwayat yang lain, Rasulullah SAW memperincikan lagi maksud ini kepada meninggalkan dosa dan maksiat. Sabda Rasulullah SAW:
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبَ
“Dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan kesalahan dan dosa.”
Riwayat al-Tirmizi (1261), Ibn Majah (3934) dan Ahmad (23004).
Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :
والمراد بهذا الحديث الحض على ترك أذى المسلمين باللسان واليد والأذى كله
Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.
Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62)
Dalam buku Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menyebutkan enam langkah untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah iaitu;
1. MUSYARATAH
Musyaratah adalah penetapan syarat-syarat bagi diri sendiri.
Seseorang yang ingin memperbaiki diri harus menetapkan syarat-syarat bagi dirinya, berkomitmen untuk menegakkan kewajipannya, dan melakukan amalan yang berfaedah.
Selain itu mereka juga perlu meninggalkan dosa-dosa besar dan kecil.
2. MURAQABAH
Langkah memperbaiki diri yang kedua adalah muraqabah, iaitu pengawasan diri dengan keyakinan bahwa Allah melihat setiap apa yang dikerjakan seseorang.
Dengan muraqabah, kesedaran akan muncul dan seseorang akan selalu menjaga segala ucapan, tingkah laku, dan perbuatannya agar sesuai dengan apa yang disarankan oleh Allah dan Rasul-Nya.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” (QS. Qaf ayat 16)
3. MUHASABAH
Muhasabah ertinya introspeksi diri iaitu bermuhasabah untuk mengetahui kesalahan-kesalahan yang diperbuat sehingga dengan demikian timbul kesedaran untuk memperbaiki diri.
Umar bin Khathab pernah berkata “Hisablah dirimu sebelum dihisab oleh Allah, dan timbanglah diri dan perbuatan kalian itu sebelum ditimbang oleh Allah”.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hasyr ayat 18)
4. MUAQABAH
Muaqabah ertinya pemberian hukuman terhadap diri sendiri secara positif. Ketika melakukan perbuatan dosa maka seseorang itu segera menghukum diri sendiri dengan melakukan amalan yang lebih utama meskipun terasa berat, seperti berinfaq dan sebagainya.
5. MUJAHADAH
Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah. Cara yang paling mudah untuk mengamalkan mujahadah adalah sentiasa berusaha untuk mengingati Allah SWT.
6. MUATABAH
Muatabah adalah menyesali dan mengecam diri sendiri karena kekurangan dalam beribadah kepada Allah. Muatabah juga bermaksud taubat iaitu meninggalkan dosa-dosa yang dilakukan dan bertekad untuk tidak akan mengulanginya lagi.
Justeru itu, adalah diharapkan kita dapat menerapkan enam langkah tersebut terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita dapat memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah agar iman kita dapat dipertingkatkan dari sehari ke sehari dengan izinNya.

KESIMPULANNYA : TERNYATA MENINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT ITU LEBIH SUKAR DARI MENGERJAKAN APA YANG DISURUH NYA.

No comments:
Post a Comment