Pokok Jemuju atau nama saintifiknya Eryngium foetidum dari keluarga Apiaceae, merupakan pokok herba renek yang berasal dari Mexico dan Amerika Selatan tetapi ditanam di hampir seluruh dunia.
Selain dari nama jemuju, ianya dikenali juga dengan nama-nama lain seperti Jemuju ketumbar siam, ketumbar jawa, Jemuju gunung (Malaysia), Ketumbar londa, Ketumbar mungsi, Walangan (Indonesia). Juga dikenali dengan nama Long coriander, Mexican coriander, Fitweed, False coriander, Sawtooth coriander, Mexican coriander spiritweed (English), Ngo gai(Vietnam) dan Pak chi farang (Thai)
Ianya merupakan sejenis sayur yang enak digoreng bersama telur serta sayur perasa yang sering digunakan dalam masakan (seasoning and marinating). Ini disebabkan pokok jemuju mempunyai aroma atau bau yang menyerupai daun ketumbar.
Ciri rumpun pokok jemuju seakan pokok penutup bumi namun daun jemuju lebih panjang. Daunnya berwarna hijau berkilat dan bergerigi dibahagian tepi dan sedikit tajam yang terbit di sekeliling jambak dan mudah layu apabila dicabut.
Akar jemuju beraroma hambar tetapi sedikit manis, Pokok Jemuju yang tua akan mengeluarkan bunga yang bercabang serta mengeluarkan buah yang berbiji-biji tajam dengan banyak. Bunga jemuju tumbuh seperti daun kecil antara lima hingga enam helai, berduri tajam, halus tumbuh dari batang yang bercabang menegak dan agak keras.
Cara pembiakan adalah menggunakan biji-biji yang gugur setelah matang dan pokok jemuju boleh bertahan diantara dua hingga tiga tahun dalam semaian.
Di Amerika Syarikat, jemuju dijual sebagai sayur yang dipanggil sebagai ‘Culanto’ kerana bau pada daunnya yang seakan bau pepijat atau tepus kesin (pungent odour). Daun pokok jemuju perlu dikeringkan dan disimpan untuk mengekalkan rasanya.
Selain pokok jemuju ditanam sebagai perasa masakan, rambut boleh menjadi sihat dan berkilat jika dibasuh dengan daun muda pokok ini. Air rebusan jemuju juga dikatakan boleh merawat asma dan dengan menelan bijinya yang telah dihancurkan boleh mencuci darah.
Selain khasiat yang disebut di atas, jemuju juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti untuk mengubati sakit disebabkan oleh cacing atau nematode (strongyloidiasis), sakit perut, anti radang (anti-inflammatory) dan selsema. Selain itu ianya juga mampu menaikan nafsu atau selera makan, penghadaman (digestion) dan buang angin (eliminate gas)
No comments:
Post a Comment