Tatkala ditembak, takkan sesekali pun aku menyerah
Hanya si pengecut akan mudah mengaku kalah
Aku tidak dirugikan apa-apapun
Andai hidup, aku unggul; itu satu perjuangan
Betapa pun ton bom dijunamkan
Mungkin meleburkan jasadku
Mungkin menamatkan hayatku
jiwaku tak pernah mati
Jiwaku tetap takkan menyerah
Walau sebesar zarrah.



Buatmu Abu Ibrahim Yahya bin Sinwar, Mujahid Agung Ummah.
Y4hY4 Sin W4r bermimpi perjalanan Syahidnya.
“Sekarang telah tiba waktunya wahai ibuku: sesungguhnya aku menyaksikan dirimu akan menyerang tempat mereka (Zion’s), aku akan membunuh mereka dengan mudah seumpama biri-biri, kemudian aku akan gugur syahid. Aku menyaksikan selepas itu aku berada dipangkuan baginda Rasulullah SAW didalam syurga dengan segala nikmatnya. Baginda Rasulullah SAW menyambutku ‘selamat datang buatmu, selamat datang buatmu’ “.
وفيت وعدك والله أوفى بوعده
Berbahagialah buatmu wahai pejuang.
Kami mencemburuimu
Moga bertemu kita di syurga nanti.
Kredit to Abdul Rahman Che Mat
No comments:
Post a Comment