Friday, May 22, 2026


 


 

25052026 HARI WUKUF




 

NOTA 1πŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒMY NEW ME MY NEW DIARYπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“Œ

03.30 am
BANGUN
6869
15 MINIT SENAMAN KAKI
MANDI
QIAMULLAIL

5.30 AM
AFFYA SAHIYYA
GERAK KE MASJID UTK SUBUH
                   
BALIK DARI MASJID
SURAH YASSIN
SURAH AS SAJDAH
HYPRO + RESNO
SOLAT DHUHA
AKTIVITI PAGI

10.30 AM
REHAT / SARAPAN
QIULLAH

12.30 AM
MANDI 
1,00 PM GERAK KE MASJID (ZOHOR 1.17 PM)

4.15 PM GERAK KE MASJID (ASAR 4.40 PM

7.10 PM GERAK KE MASJID (MAGHRIB  7.28 PM  ISYA 8.43 PM)

BALIK DARI MASJID
NUETRA
6869
SIAPKAN RENDAMAN
BEDAK SEJUK

11.00 PM - TIDUR

                   MINUM SAFRON/KULIT KAYU MANIS
                   AKTIVITI PAGI

10,30 am    MAKAN PAGI
                   PROBIOTIK
                  JARDIANCE
                  COq10
                  NEUROCHARGES
                  LUTEIN GUMMIES
                  REHAT / QIULLAH

12.30 am    MANDI & KE MASJID (ZOHOR 1.23 pmA A)
SURAH AL BURUJ
SURAH AL INSAN

KURMA OAT ADINA
PHARMATEEN
HYPRO


4.00 pm :  MANDI DAN KE MASJID (ASAR 4.26 pm)
SURAH AD DUKHAN

7.00 pm :   MANDI DAN KE MASJID (MAGHRIB 7.28 pm)
(ISYA  8.37 pm)
SURAH AL MULK
SURAH AL WAQIAH


SEBELUM TIDUR
RENDAM  3 BIJI KURMA
RENDAM SAFRON (TARIKH GANJIL)
RENDAM ARABIC GUM (TARIKH GENAP)
RENDAM KULI KAYU MANIS / KETUMBAR  etc
BEDAK SEJUK & TIDUR

AKTIVITI PAGI
AHAD - RUMAH BENGAH
ISNIN - RUMAH FATIN
SELASA - BRISWALK / ZIARAH UMMI
RABU - RUMAH KU (DALAM PAGAR)
KHAMIS - RUMAH KU (LUAR PAGAR)
JUMAAT - ZIARAH PUSARA ABI / KEMASKAN DALAM RUMAH
SABTU - BRISWALK / ZIARAH UMMI 




NOTA 2πŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒNOTA DIRI 2B ✍️CABAR DIRI 14 HARI CUT SUGARπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“Œ

22052026 to 0506202
BERDISIPLIN MENJAGA KESIHATAN
CABAR DIRI UNTUK CUT SUGAR 2 MINGGU

Di fasa usia menua ini aku perlu kekal sihat (dengan izin Allah swt)
 fizikal dan juga mental kerana tugas dan tanggungjawab ku sebagai hamba kepada Allah swt dan umat kepada Rasululah saw masih 
banyak yang tertunggak dan terabai.

Disiplin diri wajib menjaga/mengawal pola pemakanan ku.

Stop - gula putih
Stop - kueh mueh @ tepung putih
Stop - makanan diproses - burger,mee,bihun @ pasta
Stop - junk food @ kekacang.
Stop - ais @ minuman berais

Start - puasa sunat dan intermittent fasting
Start - senaman diri/brisk walk berkala di Kolam MADA
Start - aktif aktiviti gardening
SESENDUK NASI PUTEH SAHAJA SETIAP KALI MASA MAKAN

Insha Allah!


  TARIKH                 BERAT          GULA         TEKANAN DARAH         B M I
  TARGET                88.0 kg            5.0           NOT MORE 140/90      92.1/2.96 
18/07/2025    KOLESTEROL  4.8 (LIMIT 5.2) ALHAMDULILLAH
09/05/2026               91.7               15.3             133 / 77 / 73                   30.1

CABAR DIRI CUT SUGAR 15/05/2026 to 29/05/2026  (2 minggu}
1 / 14       22 / 05     14.0
2 / 14       23 / 05     11.4
3 / 14       24 / 05     12.9
4 / 14       25 / 05     
5 / 14
6 / 14
7 / 14
8 / 14
9 / 14
10 / 14
11 / 14
12 / 14
13 / 14 
14 / 14  
 14/ 14             

Wednesday, May 20, 2026

✍️NOTA SEORANG AKU πŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“Œ

✍️✍️✍️TIME TO DEACTIVATE MY SOCIAL MEDIA LIFE - NOW,BETTER LATE THAN NEVERπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“Œ


GUNAKAN SISA-SISA WAKTU INI SEBAIK MUNGKIN


 MEDIA SOSIAL PUNCA SEGALA MASALAH DI AKHIR ZAMAN INI


########################################

Cepatnya masa beredar.Datang dan berlalu pergi.Pagi,tengahari,petang dan malam pastu dah esok pagi.Pejam celik pejam celik dah berubah hari baru,minggu baru,bulan baru,tahun baru dan seterusnya melanjutkan lagi usia kita menghampiri noktah kehidupan di dunia ini.

Sejak dari dulu jarak masa adalah sama.24 jam untuk pusingan lengkap seharian.Dari tahun 60an,70an,80an sehinggalah kini tetap sama iaitu 24 jam seharian.

Lantas mengapa kita merasa masa kini semakin cepat @ terlalu cepat beredar?

Keberkatan masa telah tiada kerana kita kini telah reda,telah tewas dengan dugaan dan godaan PENCURI MASA.

Pencuri masa terkini ialah media sosial - banyaknya masa kita habiskan untuk melayan kandongan yang ada di dalam komputer,laptop dan talipon pintar (pengguna talipon masih tak pintar)

Ralit melayan semua itu menjadikan kita tidak sedar peredaran masa lalu merasakan masa telah berlalu dengan cepat.

Kalau kita isikan masa-masa tersebut dengan ibadah contohnya membaca Al Quran tak mustahil kita akan merasa 30 minit masa yang berlalu itu terlalu lambat πŸ˜€

H264✍️PERANGKAP ISTIDRAJ

πŸ”³"Dia Tak Solat Tapi Kaya Raya? Jaga-Jaga, Itu Perangkap Paling Ngeri Bernama 'Istidraj'"
πŸ”²Pernah tak kita rasa cemburu tengok orang yang hidupnya penuh maksiat, tapi rezekinya melimpah ruah?
Dia tak tutup aurat, tapi followers berjuta.
Dia tak jaga solat, tapi duit masuk macam air.
Dia buat benda haram, tapi tak pernah kena tangkap atau sakit.
Kita mula rasa dunia ini tak adil.
Kita rasa Allah tak nampak usaha kita yang jaga halal haram ini.
Sebenarnya, Allah nampak semuanya.
Dan apa yang berlaku pada orang fasik itu adalah satu bentuk hukuman senyap yang dinamakan ISTIDRAJ.
Istidraj bermaksud Allah "bagi muka". Allah biarkan dia naik tinggi setinggi-tingginya dengan nikmat dunia, supaya bila dia jatuh nanti, sakitnya akan hancur berkecai.
Nabi Muhammad SAW memberikan definisi yang sangat tepat tentang fenomena ini.
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu melihat Allah memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka sesungguhnya itu adalah Istidraj (jebakan berupa nikmat yang disegerakan)."
Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah (Surah Al-An'am: 44):
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami bukakan kepada mereka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka..."
(Hadis Riwayat Ahmad, no. 17311 dan At-Tabarani. Status: Sahih)
Imam Al-Munawi menjelaskan bahawa Istidraj adalah satu bentuk tipu daya halus. Allah beri nikmat demi nikmat untuk melalaikan hamba itu daripada bertaubat.
Dia akan rasa: "Ah, aku buat dosa pun Allah bagi kaya. Maknanya Allah sayang aku la ni."
Itulah kemuncak kebodohan manusia.
Dia ibarat haiwan ternakan yang diberi makan rumput paling sedap dan banyak setiap hari.
Haiwan itu sangka tuannya sayang. Padahal dia sedang digemukkan untuk disembelih pada hari raya.
Jadi kawan-kawan.
Jangan cemburu dengan kejayaan orang yang langgar perintah Tuhan.
Kesenangan mereka itu palsu.
Lebih baik kita hidup sederhana tapi setiap suap nasi kita ada cop "Redha Allah", daripada hidup kaya raya tapi sedang menunggu masa untuk disembelih oleh azab Allah.
Kalau kita susah hari ini walaupun dah taat, bersangkalah baik. Mungkin itu tanda Allah nak cuci dosa kita sekarang supaya kita bersih di sana nanti.
Wallahu a'lam.
Semoga Allah merahmati kita dunia dan akhirat. Amin ya Allah
Lihat Sedikit

Tuesday, May 19, 2026

H264✍️NOTA PERINGATAN NERACA IMAN

 


10 HARI YANG DICINTAI ALLAH

 


NILAI PAHALA AMAL DICATATKAN PALING TINGGI DI DALAM SETAHUN TERDAPAT PADA 1 HINGGA 10 DZULHIJJAH DAN IA MELEBIHI AMALAN DIBULAN RAMADHAN, MELEBIHI BERADA DI MEDAN JIHAD

Persiapkan diri untuk memperhebatkan amal pada 10 hari yang awal Dzulhijjah bermula Isnin minggu hadapan (18 Mei), kerana beramal pada 10 hari yg awal Dzulhijjah ini melebihi pahala 10 hari orang yang berada dimedan jihad, lebih besar pahala dari beramal di bulan Ramadhan. Pahala dilipat kali gandakan sebanyaknya, namun Allah SWT merahsiakan ganjarannya. Itulah hebatnya 10 hari yang awal dibulan Dzulhijjah sehingga Allah bersumpah dengan kelebihan pada 10 hari Dzulhijjah di dalam surah Al Fajr ayat 2.
Justeru itu, apabila masuk 1hb Dzulhijjah bermula Ahad Malam minggu ni, hidupkan solat tahjud, perhebatkan bersedekah, berpuasa sunatlah dari 1hb hingga 9 dzulhijjah, jika tidak mampu secara berterusan, maka buatlah secara berselang, namun jika kalian masih tidak mampu, maka jangan sesekali kalian lepaskan peluang berpuasa pada 9 dzulhijah kerana ia menghapuskan dosa selama dua tahun.
Kemudian perbanyakkan membaca Al Quran dan perbanyakkan dzikir ini iaitu "Subhanallah Walhamdulillah Wala ila haillallah Wallahu Akbar". Buat sebanyak-banyak kebaikan, bantu orang susah serta jaga diri perkara lagho.
TAZKIRAH PAGI-KU,
Sedarilah wahai rakan-rakan maya-ku, Allah SWT meletakkan manusia di dunia bukanlah tujuannya untuk mencari kemewahan dan kesenangan. Dunia adalah tempat sementara yang pasti akan berakhir.
Namun kebanyakkan manusia LUPA bahawa yang sementara ini akan berakhir lalu membuatkan mereka bersusah payah mengumpul harta, mengejar kesenangan seolah-oleh usia itu panjang sedang kematian boleh hadir pada bila-bila masa.
Begitu juga sesetengah manusia menilai bahawa yang berjaya itulah yang dianggap taqwa, dijaga oleh Allah, dekat dengan Allah, mendapat rahmat Allah, sedang mereka tidak melihat bahawa kesenangan itu juga dimiliki oleh orang-orang kafir.
Allah memberikan dunia pada sesiapa sahaja hambahNya samada yang baik atau yang ingkar, NAMUN Allah SWT HANYA memberikan nikmat iman kepada insan-insan yang diCINTAINYA sahaja.
Namun hakikatnya, hati manusia yang kosong akan terisi dengan impian duniawi disebabkan ia tidak mengimani akan kesenangan akhirat yang kekal abadi.
Hati manusia yang kekosongan itu juga menyebabkan talbisul iblis memenuhi ruang itu dengan mengisinya dengan angan-angan kosong, kegagalan, kesedihan serta putus asa.
Jiwa yang resah dan merasa kekurangan adalah disebabkan oleh rasa syukur tidak sampai di dalam bayangan. Maka kerana itu Nabi s.a.w menasihati agar kita semua bermuhasabah dengan cara melihat kesusahan orang lain yang jauh lebih teruk dari kita. Itu adalah tarbiyah yang paling mujarab untuk melembutkan hati dan merasi nikmat syukur agar tidak merasa merana.
Untuk memiliki jiwa-jiwa taqwa di dalam menjalani dan menempuh kehidupan yang masih berbaki, isilah kekosongan hati kita dengan amalan zikir kerana hanya zikir sahaja dapat membuatkan hati dan jiwa menjadi tenang. Memperbanyak doa adalah memperbaiki tauhid kita iaitu kita hanya mengharapkan pertolongan dari Rabul 'Alamin yang Maha Berkuasa serta mendengar rintihan hambaNya.
Melalui amalan zikir dan doanya kita dapat merapatkan kembali hubungan kita dengan Tuhan. dengan pujian-pujian yang dilontarkan itu akan mendekatkan kita kepada Rahmat Allah dan kita pasti akan diawasi dan dijaga. Dengan zikir doa inilah yang mengangkat diri seseoang itu sebagai insan taqwa yang akan dibukakan jalan untuk menuju kebahagian didunia serta kejayaan akhirat.
Sedarilah rezeki bukan hanya wang ringgit. Sihat juga adalah rezeki kerana jika sakit banyak wang akan dikeluarkan. Bahagia juga adalah rezeki kerana berapa org yg membelanjakan hartanya untuk mencari kebahagian melalui hiburan sedang ia tidak ada nilai disisi Tuhan.
Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq hidayahnya untuk kita temui pengakhiran hidup yang baik sebelum kita dijemput pulang.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI
~MRJ

✍️BERPUASA SEHARI DI HAR[ ARAFAH BERSIHKAN DOSA 2 TAHUN

Berpuasalah pada tarikh 1 sehingga 9 Zulhijjah (hari Wukuf/Arafah)

Tidak boleh berpuasa pada tarikh 10hb Zulhijjah jerana itu Hari Raya Aidil Adha

Jika tak mampu berusahalah untuk berpuasa pada tarikh 9 Zulhjjah.

Rasulullah saw dicatatkan dalam hadith Bukhari Muslim bersabda puasa sehari di hari itu dapat membersihkan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang..



✍️NOTA 1 ZULHIJJAH 1447H / 18 MEI 2026 - KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

18/5/2026 = 1 ZULHIJJAH 1447H

✍️NOTA 10 ZULHIJJAH 1