Friday, February 28, 2025


 

HATI-HATI SEMASA MEMBACA AL QURAN - 3






 

ERTI BACAAN QUNUT


 

HATI-HATI SEMASA MEMBACA AL QURAN - 2

















 

 


BACA AL QURAN RUMAH JADI BERKAH


 

HATI-HATI SEMASA MEMBACA AL QURAN - 1





IBADAH HARIAN BULAN RAMADHAN BERMULA MALAMNY DAN BERPUASA ESOK SIANGNYA





 

AMALAN SUPAYA TIDAK HAUS SEMASA BERPUASA


 

MERASA DOSA TERLALU BANYAK - LAKUKAN INI


 

42 KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW

 Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

AMALAN PEMULA MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN





SATU HARAPAN YANG LUAR BIASA, apabila melihat bagaimanakah sikap orang soleh terdahulu sebelum & selepas Ramadhan, lantaran mengetahui kemuliaan bulan ini sebagaimana dinukilkan dalam karya mahsyur oleh Imam Ibnu Rejab رحمه الله berjudul Lathoiful Ma'arif:

"Adalah mereka (para salaf) berdoa kepada Allah selama 6 bulan (sebelum) supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan & 6 bulan lagi (selepas) supaya Allah menerima amalan mereka"
Salah satu doa masyhur yang sangat indah, diucapkan oleh Yahya bin Abi Kathir رحمه الله, turut dicatatkan dalam karya yang sama:
أللهم سلمني لرمضان
ALLAAHUMMA SALLIMNI LIRAMADHAAN
“Ya Allah, sampaikanlah diriku kepada bulan Ramadhan,"
وسلم رمضان لي
WA SALLIM RAMADHAANA LII
"Serahkanlah Ramadhan kepadaku (agar aku mampu beramal di dalamnya),"
وتسلمه مني متقبلا
WATASALLAMHU MINNII MUTAQABBALAA
"Dan jadikan amalanku di dalamnya (sebagai) amalan yang diterima (di sisiMu)”
Menghampiri Ramadhan 1446H, semoga keberkatan bulan yang mulia ini dikurniakan kepada kita semua menerusi tiga permohonan yang selayaknya dipanjatkan pada waktu² mustajab doa dengan penuh penghayatan & pengharapan.



AMALAN MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN
Disusun pada malam pertama Ramadan selepas Maghrib:
Membaca Surah Al-Fath lebih penting untuk membacanya dalam solat sunnah mutlaq.
Kita solat sunnah mutlaq 4 rakaat, sama ada dengan 1 tasyahhud 1 salam atau setiap 2 rakaat 2 tasyahud 2 salam. Sambil bacaan pada setiap rakaat 1/4 surat Al Fath
Selesai 3 malam berturut - turut - turut akan menjadi lebih baik (Asy Syeikh Abdulqodir Al Jilani)
Niat saya: “Doakan saya kepada Allah Ta’ala (2 rakaat) dan berdoalah untuk saya kepada Allah ta’ala (4 rakaat)”. Kalau tak hafal, boleh baca Al Quran selagi boleh elakkan gerakkan lengan 3X berturut-turut
Seperti yang di riwayatkan oleh Al Imam Al Khatib Asy Syarbiniy dalam kitab Tafsir Sirojul Munir dengan kaitan dengan Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang solat (sunnah mutlaq) empat rakaat pada malam pertama Ramadan, kemudian dia membaca surat Al Fath, dia (akan) menghabiskan satu tahun penuh dengan kekayaan. Atau dalam sejarah lain dia menghabiskan setahun penuh dalam kebaikan"
Dan dlm penerangan Imam Qurthubi :

“Barangsiapa yang membaca surat Al Fath dalam solat sunnahnya pada malam pertama Ramadan, Allah Swt memeliharanya pada tahun tersebut”
Yaa Allah


sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan, jadikan kami dari orang-orang yang memperbanyakkan ibadah padanya, dan jadikan kami dari orang-orang yang Engkau bebaskan dari api neraka.. Amin amin ya rabbalalamin
🤲
PS: Surah Al-Fath
1 minit lagi rakaat pertama ayat 1 - 10
2 minit lagi... 2 minit lagi... Rakaat kedua ayat 11 - 17
Cuba lihat, lihat, lihat Cuba lihat, lihat, lihat rakaat ketiga ayat 18 - 26
HOREAM! HOREAM! Rakaat keempat ayat 27 - 29
Sumber Buku:( Kanzun Najah Was Surur)
📚
Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad wa'ala ali saiyidina Muhammad yang pertama dan yang terakhir, dan yang tertinggi hingga ke hari kiamat



KANDUNGAN SILIKA DALAM AIR MINERAL

 


KEDUA-DUANYA ADA KANDUNGAN SILIKA.
Evian Mineral Water 500ml
Harga lebih daripada RM5
Spritzer Mineral Water 550ml
Harga kurang daripada RM2
Jenama Evian sememangnya mahal kerana ia diimport daripada Perancis, sebab itulah harganya menjadi terlalu mahal. Tidak dinafikan kandungan magnesium dan kalsium yang didapati dalam air ini adalah amat tinggi. Tetapi ada satu hal penting yang sukar didapati dalam mana-mana air mineral iaitu silika. Jenama Evian dan
Spritzer ialah antara jenama air mineral yang mempunyai kandungan tersebut.
Sebenarnya produk tempatan kita yang bernama Spritzer lebih tinggi kandungan silika berbanding jenama Evian.
Spritzer = 60mg/L
Evian = 14mg/L
Apa itu silika?
Silika kebiasaannya ditemui dalam bentuk kristal yang boleh didapati dalam makanan dan air yang boleh diserap oleh badan. Salah satunya adalah air mineral semulajadi selain sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.
Kebaikan mineral silika amat penting untuk pembentukan kolagen dalam badan. Kalau selalu ambil silika, rambut, kuku ataupun kulit akan jadi lebih sihat. Sistem pencernaan pun akan bertambah baik disebabkan zat daripada air mineral ini akan diserap oleh bakteria baik.
Saya kongsikan kandungan mineral yang terdapat pada kedua-dua air ini diruangan komen. Boleh lihat sendiri perbezaannya…
Sumber : MalaysianFoods 

Thursday, February 27, 2025

PETUA UNTUK JANTUNG TERSUMBAT


 

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Sumber : Cypreme-HQ

 

DOA NABI DI AWAL RAMADHAN


 


 

DOA AMALAN DARI NABI SUPAYA SEMBUH DARI SAKIT


 

Tuesday, February 25, 2025

Friday, February 21, 2025

DOKTOR MALA KONGSI JUMLAH AIR SEBENAR YANG TUBUH PERLUKAN

 Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

Kebanyakan orang kalau bercakap mengenai cara mereka menjaga kesihatan badan, rata-rata akan menjawab mereka bersenam dan menjaga pemakanan.

Namun, antara cara mudah untuk mengekalkan kesihatan badan adalah melalui pengambilan air anda. Kebiasaannya, anda pasti akan mendengar nasihat bahawa anda perlu minum dua atau tiga liter air sehari.

Tetapi, seorang doktor yang cukup terkenal di media sosial iaitu Doktor Malar telah pun berkongsi jumlah sebenar air yang perlu diminum oleh seseorang itu untuk setiap hari.

SK

Selain itu, Doktor Malar turut berkongsi mengenai pengambilan mineral yang diperlukan dan yang amat penting untuk tubuh badan kita semua.

Jumlah Air Yang Perlu Diminum

Menurut Doktor Malar, jumlah air seseorang itu perlu minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) dan didarabkan dengan 0.03.

Jumlah yang anda dapat melaluinya akan menunjukkan jumlah air dalam liter yang anda perlu ambil untuk setiap hari.

Contohnya, 49kg x 0.03 akan mendapat jumlah 1.47. Jumlah itulah yang diminum oleh seseorang yang mempunyai berat 49kg.

Disebabkan pengiraan tersebut, anda tidak perlulah untuk minum air sebanyak dua hingga tiga liter atau lapan gelas sehari. Cukuplah minum mengikut keperluan badan anda saja.

Pengambilan Mineral

"Apa yang tubuh anda perlukan adalah mineral-mineral untuk organ serta otot dalam tubuh badan kita," katanya.

Menurutnya, orang ramai sering terlepas pandang tentang keperluan mineral zat besi dan zink.

Jelasnya, jika anda kekurangan kedua-dua mineral tersebut, anda berkemungkinan akan mengalami anemia, keguguran rambut, kuku rapuh dan juga kulit yang kusam.

"Saya tak sarankan kamu ambil supplement zink atau zat besi. Melainkan doktor yang prescribe," ujarnya.

Sebaliknya, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan mineral tersebut secara semula jadi melalui makanan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Seterusnya, mineral lain yang diperlukan badan anda adalah magnesium dan menurutnya, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 hingga 400 miligram magnesium setiap hari.

Sekali lagi doktor itu tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil supplement. Beliau telah menyenaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan mineral itu.

Antara makanan tersebut adalah dark chocolatepeanut butter dan juga kacang badam.

"Kalau tak cukup magnesium, selalu orang rasa sakit-sakit urat, tarik-tarik dekat betis, selalu susah nak tidur malam dan peroid yang terlalu sakit," katanya.

Kemudian, beliau juga turut mengatakan bahawa orang ramai juga memerlukan silika yang merupakan mineral penting untuk pembinaan kolagen.

Doktor Malar berkata kolagen dianggap sebagai tulang rangka dan silika adalah sebuah komponen yang menguatkan rangka kolagen dan juga memberi keanjalan.

Silika adalah penting untuk kesihatan tulang, sendi, kulit, rambut dan juga kuku yang kukuh. Orang ramai memerlukan kira-kira 10 hingga 25 miligram silika untuk sehari.

Menurutnya lagi, silika boleh didapati di dalam air mineral, pisang, beras perang dan juga kacang hijau.

Jadi, untuk memastikan tubuh badan anda sihat, anda perlulah minum air secukupnya dan juga memastikan anda mengambil mineral-mineral berkenaan setiap hari.



KESIMPULANNYA : dengan berat badan ku hampir 100 kg ini aku hanya memerlukan 2 botol besar air mineral (150 ml) jenama Spritzer (ada kandungan silika) per hari.

10 Tips Solat Penuh 5 Waktu

  Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib menunaikan solat. Namun, akibat terlalu banyak godaan dan halangan duniawi membuatkan sese...