7 AMALAN DI HARI JUMAAT
Bismillah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Shalallahu ‘ala Muhammad
.
Fadhilat yang khusus diamalkan pada hari Jumaat.
.
1. Sesiapa yang membaca "Ya Muhaimin 100x" selepas mandi Jumaat, maka Allah SWT akan memberikan kewibawaan dan kemuliaan.
.
2. Sesiapa yang membaca Surah Al-Qadr 7x di antara dua azan pada hari Jumaat, maka Allah SWT akan melunaskan segala hutangnya.
.
3. Sesiapa yang berzikir "Ya Baatin" 33x selepas solat Jumaat, maka Allah SWT akan menjadikannya dalam kalangan ahli batin.
.
4. Sesiapa yang selepas solat Jumaat membaca "Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas" masing-masing 7x tanpa mengubah posisi duduknya (tasyahhud akhir) dan tanpa berkata-kata sebelumnya, maka Allah SWT akan menjaganya daripada segala keburukan sehingga Jumaat berikutnya.
.
5. Sesiapa yang selepas solat Jumaat membaca:
"ALLOOHUMMA AKFINIY BIHALAALIKA 'AN HAROOMIKA WAGHNINIY BIFADLIKA 'AMMAN SIWAAK",
maka segala keperluannya akan dipenuhi sehingga hari berikutnya.
.
6. Sesiapa yang berdoa "YAA GHONIYYU YAA MUGHNIIY 40X", dan setiap 10 bacaan ditambah "AGHNINIY", ketika doa untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua, maka Allah SWT akan melapangkan rezekinya.
.
7. Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW selepas Asar hari Jumaat sebanyak 80x, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya selama 80 tahun. Jika pembaca tidak mempunyai dosa sebanyak itu, maka kelebihan tersebut akan diberikan kepada kedua ibu bapanya dan Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.
.
Terdapat riwayat bahawa sesiapa yang membaca selawat dengan sighah ini:
"ALLOOHUMMA SHOLLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN NABIYYIL UMMIY WA ‘ALAA AALIHI WASOHBIHI WA SALLIM TASLIIMAA"
selepas Asar hari Jumaat, maka akan ditulis baginya pahala ibadah selama 80 tahun.
.
"Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, maka Allah SWT akan menyelesaikan segala urusannya, mengampuni semua dosanya, melunaskan hutangnya, dan selawat tersebut menjadi sebab dia memperoleh syafaat Nabi SAW. Dia juga akan berada paling dekat kedudukannya di sisi Nabi SAW pada hari kiamat."
.

No comments:
Post a Comment