Saturday, May 03, 2025

AKIBAT 3 HARI TANPA HANDPHONE

Satu kajian terbaru di Jerman mendedahkan bahawa berehat daripada penggunaan telefon pintar selama tiga hari sahaja sudah cukup untuk memberi kesan besar kepada cara otak berfungsi, terutamanya dalam kalangan anak muda.
Penyelidik dari jurnal Computers in Human Behavior melibatkan sekumpulan peserta berusia antara 18 hingga 30 tahun. Sepanjang tempoh 72 jam, mereka diminta untuk mengurangkan penggunaan telefon pintar secara drastik sambil menjalani imbasan MRI dan ujian psikologi bagi memantau sebarang perubahan dalam otak.
Hasilnya mengejutkan. Kajian itu mendapati berlaku perubahan ketara dalam corak pengaktifan otak, khususnya melibatkan sistem neurotransmitter yang berkait dengan keinginan, ganjaran dan kawalan impuls. Ini bermaksud, otak boleh ‘diset semula’ hanya dengan menjauhkan diri seketika daripada skrin telefon.
Penemuan ini menunjukkan bagaimana penggunaan telefon pintar yang berterusan boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kita, dan bagaimana ‘detoks digital’ walaupun untuk beberapa hari, mampu memberi manfaat kepada kesihatan mental dan keseimbangan neurologi.

No comments:

Post a Comment

SIAPA AKU? SIAPA RASULULLAH SAW?

📖 Surah Al-fajr Ayat 23-30   🎙️ Ustadz Abdul Qadir  Aku berkata ini adalah rumah ku tetapi Rasulullah SAW bersabda : Almasajid baiti mukmi...