Sunday, December 21, 2025

DOA MALAM 1 REJAB

Malam ini, 21 Disember, adalah malam 1 Rejab 1447H.
Malam di mana doa-doa yang dilangitkan insya-Allah tidak akan tertolak.
Maka, berdoalah…
Antara isi doa untuk Malam 1 Rejab:
1. Ya Allah, izinkan aku meninggal dunia dalam keadaan yang baik, tanpa bermaksiat kepada-Mu.
2. Ya Allah, cabutlah nyawaku dalam keadaan husnul khatimah, dengan kalimah syahadah di bibirku.
3. Ya Allah, lapangkanlah kuburku dan terangi ia dengan cahaya-Mu.
4. Ya Allah, aku memohon naungan-Mu di Padang Mahsyar.
5. Ya Allah, ringankanlah pertanyaan ke atas diriku di alam Barzakh (kubur).
6. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beribadah, dan hidupkanlah aku dalam keadaan yang sama.
7. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada rasa takut, cemas dan kengerian pada Hari Pengadilan.
8. Ya Allah, letakkanlah buku catatan amalku di tangan kananku.
9. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang menerima kitab amalan mereka dengan penuh kegembiraan.
10. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang beruntung di Mizan.
11. Ya Allah, bantulah aku melintasi titian Sirat sepantas kilat.
12. Ya Allah, janganlah Engkau berikan amalan solehku kepada orang lain.
13. Ya Allah, pertemukanlah aku dengan keluargaku di dalam Jannah.
14. Ya Allah, janganlah Engkau pertontonkan kesalahan dan dosaku di hadapan orang lain pada Hari Pengadilan.
15. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang aku lupa dan dosa yang tidak aku sedari sebagai dosa.
16. Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang bersih.
17. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dengki, cemburu, kebencian, ujub, riya’ dan hasad.
18. Ya Allah, kurniakanlah aku kemampuan untuk memaafkan orang lain dan jadikanlah orang lain memaafkan kesalahanku.
19. Ya Allah, kurniakanlah aku tutur kata yang lembut dan peliharalah lidahku daripada dusta, ghibah dan menyakiti hati orang lain.
20. Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran yang indah.
Aamiin Allahumma Aamiin 🤲♥️

No comments:

Post a Comment