Bayangkan, pada satu malam, selepas rumah kembali senyap, kita duduk seorang diri di meja kecil berhampiran tingkap. Lampu dapur sudah dipadam. Anak-anak sudah lena. Pasangannya sudah lama memalingkan badan, penat dengan hari yang tidak selesai-selesai.
𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗯𝘂𝘁.
Bukan kerana satu masalah besar, tetapi kerana terlalu banyak perkara kecil yang terkumpul tanpa sempat kita faham.
Di rumah, kita mahu menjadi pasangan yang tenang, ibu atau ayah yang sabar.
Di luar, dia mahu menjadi manusia yang berfungsi, yang tidak membawa beban peribadi ke wajah orang lain.
Tetapi di dalam dirinya, ada rasa seperti pokok yang mula condong. Bukan kerana ribut, tetapi kerana akarnya makin terdedah.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿, 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗮𝗷𝘂.
Menyelesaikan tugasan, menjawab mesej, memadam konflik tetapi jarang sekali duduk dan bertanya:
“𝗔𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗿𝗮𝘀𝗮?”
Malam itu, kita buka buku kosong.
Tiada niat untuk menulis cantik.
Tiada niat untuk dikongsi.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝘂𝘁.
"Allah sudah beri nikmat ini sejak umur aku 7 tahun, kenapa aku tidak gunakan sekarang?"
Perlahan-lahan, ayat demi ayat keluar.
Tentang rasa kecewa yang tidak sempat diluah.
Tentang harapan kecil dalam keluarga yang sering ditangguh.
Tentang dirinya yang letih cuba menjadi “cukup” untuk semua orang.
Menulis pada malam itu terasa seperti menanam semula akar ke tanah.
Akar yang sebelum ini terdedah, kini kembali gelap dan lembap.
Berpaut semula pada nilai yang hampir dilupakan.
Menyerap makna yang hilang di celah rutin.
Kita tidak terus rasa kuat.
𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹.
Seperti pokok yang masih condong, tetapi tidak lagi hampir tumbang.
Hari-hari berikutnya, kita terus menulis.
Bukan menulis panjang.
Ada hari, menulis satu perenggan.
𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀, 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲 𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗮𝘀𝗮𝗹.
Fikiran yang bercelaru mula tersusun.
Perasaan yang bercampur mula dikenal pasti.
Makna yang kabur mula muncul semula.
Kita mula menulis sebagai status, kita mahu Facebook menjadi cermin yang dapat kita lihat wajah sendiri berkali-kali. Perkataan yang kita tulis menunjukkan kita sudah dapat mengawal diri.
Kita menabur benih ilmu.
Kita menebar jala pengalaman.
Beberapa tulisan itu, tanpa dirancang, akhirnya dibaca orang lain.
Pada skrin telefon, ada yang meninggalkan mesej ringkas.
Mereka kata
“Entah kenapa, tulisan ini buat saya rasa tenang.”
“Seolah-olah awak menulis apa yang saya sendiri tak mampu luahkan.”
Ketika kita menulis untuk menyelamatkan dirinya sendiri,
akar yang dia tanam itu turut menguatkan tanah di sekeliling.
Menulis adalah fitrah.
Kita pulangkan perkataan dalam cara terbaik.
Bagaimana kita lakukan itu?
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗮𝘆𝘆𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Bagaimana caranya?
Kita belajar pada bulan Ramadan ini.
Belajar dengan cara lebih manusiawi.

No comments:
Post a Comment