Buatlah persiapan untuk pecutan 10 malam akhir Ramadan. Jika boleh tangguhkan atau kurangkan seminima mungkin urusan dunia.
Kerana inilah fasa paling bernilai dalam setahun bagi seorang mukmin.
Rasulullah ﷺ sendiri berubah cara ibadahnya apabila masuk 10 malam terakhir.
1. Sunnah Nabi ketika 10 malam terakhir
Daripada Aisyah r.a:
“Apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah ﷺ menghidupkan malamnya, mengejutkan keluarganya, bersungguh-sungguh dalam ibadah dan mengikat kainnya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Ulama menjelaskan maksudnya:
Nabi kurangkan urusan dunia
Nabi tingkatkan ibadah dengan bersungguh-sungguh
Nabi bangunkan keluarga untuk ibadah
2. Kerana adanya malam yang lebih baik dari 1000 bulan
Allah berfirman:
“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr: 3)
Seribu bulan bersamaan lebih 83 tahun ibadah.
Bayangkan — satu malam ibadah yang ikhlas boleh mengatasi ibadah seumur hidup.
Sebab itulah orang soleh sangat takut jika terlepas 10 malam terakhir.
3. Kata-kata ulama tentang 10 malam akhir
Imam Ibn Rajab berkata:
“Wahai orang yang lalai sepanjang Ramadan, jangan sia-siakan sepuluh malam terakhir.”
Hasan Al-Basri berkata:
“Jika kamu tidak mampu bersaing dengan orang soleh sepanjang tahun, maka bersainglah dengan mereka pada sepuluh malam terakhir.”
4. Pecutan ibadah yang boleh dibuat
Antara amalan yang sangat dianjurkan(buat dengan bersungguh-sungguh):
Walaupun sedikit tetapi istiqomah.
Baca dengan tadabbur, bukan sekadar habiskan.
Menangis kepada Allah.
Rasulullah ajar doa ini:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku)
5. Muhasabah diri.
Ramai orang kuat bekerja 10–12 jam untuk dunia,
tetapi sangat berat bangun 20 minit untuk tahajjud dan Zikirullah
Sedangkan dunia hanya sementara,
akhirat pula kekal selamanya.
Alim ulama berkata:
“Orang yang benar-benar ingin Lailatul Qadar tidak tidur dengan hati yang lalai.”
10 malam terakhir ini ibarat garisan penamat Ramadan.
Ada orang pecut dan menang,
ada orang letih di tengah jalan.
Jangan jadi orang yang hanya berkata:
“Kalau aku tahu malam itu Lailatul Qadar…”
Sedangkan 10 malam itu sendiri adalah peluang yang Allah sudah bagi untuk orang-orang yang pandai menghargai dan pandai bersyukur.
No comments:
Post a Comment