Orang-orang soleh terdahulu mereka begitu menjaga amal ibadah mereka kepada Allah.
Diceritakan bahawa Imam Syafie dalam sehari beliau mengkhatam Al-Quran sebanyak 2 kali bermakna 60 kali dlm sebulan..
Dan, diceritakan juga bahawa Imam Malik air wuduk solat isyaknya bertahan sehingga solat subuh selama 30 tahun.
Maka, disini apa yang kita boleh faham ialah orang-orang soleh terdahulu Allah kurniakan kepada mereka keberkatan waktu dan dengan keberkatan waktu itulah mereka dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna.
Berbeza sungguh dengan kita, banyak waktu kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang lagha.

No comments:
Post a Comment