Friday, March 13, 2026

H330 HATI KERAS HATI MATI ???

Hati keras (qaswah al-qalb) ialah keadaan rohani di mana hati tidak lagi terkesan dengan peringatan Allah, sukar menerima kebenaran, dan tiada rasa takut atau sedih atas dosa. Petanda utamanya termasuk jarang menangis kerana takutkan Allah, hati terasa kosong/jauh, serta leka dengan dunia. Ia perlu diubati dengan taubat dan zikir.

Tanda-tanda Hati Keras:
  • Tiada rasa takut: Tidak menangis atau terkesan ketika mendengar ayat al-Quran atau peringatan mengenai Allah.
  • Hati kosong: Terasa jauh dari Allah, kurang khusyuk dalam ibadah, dan rasa tenang hilang apabila mendekati al-Quran.
  • Dosa dianggap biasa: Terlalu banyak dosa kecil yang dibiarkan tanpa rasa bersalah, menjadikan hati hitam dan tertutup.
Cara Melembutkan Hati:
  1. Bertaubat dan Istighfar: Memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan.
  2. Membaca al-Quran: Mendekatkan diri dengan kalamullah untuk menyucikan hati.
  3. Menghadiri Majlis Ilmu: Mendengar tazkirah untuk memperingatkan diri tentang akhirat.

 Tanda hati mati menurut Islam ialah hilangnya sensitiviti rohani, ditandai dengan tidak merasa sedih apabila terlepas ibadah, tidak menyesal melakukan dosa, dan keras hati terhadap peringatan agama. Ia berpunca daripada kecintaan dunia berlebihan, menjauhkan diri dari al-Quran, serta rasa tenang melakukan maksiat.

Berikut adalah tanda-tanda hati mati menurut pandangan Islam:
Hati yang mati memerlukan rawatan segera dengan memperbanyakkan zikrullah, taubat nasuha, membaca al-Quran, dan mendekati majlis ilmu.
TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI
Antara tanda-tanda hati yang mati ada tujuh.
1. Berani Meninggalkan Sembahyang.
Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.
2. Merasa Tenang Walupun Setiap Hari Melakukan Dosa
Firman Allah :
كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
Artinya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)
3. Jauh Dari Al-Quran
Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.
Firman Allah :
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Artinya: “Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Qur'an bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)
4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
Firman Allah :
أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Artinya: "Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” ( An-Nahl : 108)
5. Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada
Orang Dan Mencari Salah Orang
Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا
Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)
6. Tidak Suka Mendengar Nasihat
Firman Allah :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩
Artinya: “ Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)
7.Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur
Firman Allah :
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Artinya: "Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah : 12)
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment