Tuesday, December 17, 2024

MINDA RAMADHAN AL BUTI DAN JATUHNYA BASHAR AL ASSAD

Menurut Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti.
Mereka yang bekerja sehingga tidak ada waktu untuk solat jemaah di masjid, tidak ada waktu untuk menuntut ilmu agama dan tidak ada waktu untuk mengajar anak & isteri ilmu agama adalah
1) Manusia yang tidak yakin dengan rezeki yang Allah telah jamin untuk hambanya sejak azali lagi.
2) Mereka juga manusia yg cuba merampas tugas Allah Taala iaitu memberi & menjamin rezeki isteri dan anak anak mereka.
3 )Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah Allah taqdirkan & tentukan keatas mereka dari rezeki akan berlaku.
Kata Sidi Ibnu Ataillah As Sakandari.
اجتهادك فيما ضمن لك، وتقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة منك.
Terlalu bersungguh sungguhnya kamu mencari rezeki yang telahb dijamin & ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi, sedangkan kamu lalai akan perkara yg dituntut dari kamu utk kamu lakukan seperti solat, zikir, baca al quran & sebagai nya adalah dalil kepada butanya mata hati kamu.
Kemudian Syeikh Al Buti membuat satu perbandingan.
Seorang pekerja bekerja dgn majikannya. Maka, majikan itu mengatakan kepada si pekerja
" Sesungguh nya aku telah menjamin gaji kamu setiap bulan sebanyak Rm sekian sekian, tugas kamu hanyalah menjalankan tugas sebagai pekerja & laksankan apa yang aku wajibkan".
Lihatlah, bukankah pekerja itu dianggap sebagai gila bila mana dia terlalu sibuk bertanya pasal gaji nya, ditanya olehnya
"Adakah gaji aku sudah sedia ada?
Bilakah akan masuk gajiku?
Benarkah nilai yg dijanjikan?
Dimanakah? Siapakah?
Sedangkan gaji nya itu telah dijamin oleh majikan nya?
Dalam masa yg samandia terlupa dan lalai dalam melaksanakan tugasnya sebagai pekerja!

USTAZ AHMAD AL QARNI

BASHAR AL ASSAD JATUH PADA 8 DISEMBER 2024

No comments:

Post a Comment