Friday, May 31, 2024

H238 11 PESANAN SHEIKH DR YUSRI AL-AZHARI


11 PESANAN SHEIKH DR YUSRI AL-AZHARI

Antara panduan serta nasihat Sheikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani buat anak-anak muridnya ketika majlis pengajian umum:
مِن نَصَائِحِ وَتَوْجِيهَاتِ سَيِّدِي الدُّكْتُورِ يُسْرِي جَبْر لِمُرِيدِيهِ فِي المَجَالِسِ العَامَّةِ وَالخَاصَّةِ
١_ المُحَافَظَةُ عَلَى الفَرَائِضِ فِي المَسْجِدِ وَلَا تُفَرِّطْ فِي السُّنَنِ.
1. Melazimkan diri sembahyang fardhu di masjid dan jangan keterlaluan melakukan ibadah sunat.
٢_ وِرْدُ القُرْآنِ هُوَ الأَسَاسُ أَمَّا الأَوْرَادُ الأُخْرَى فَهِيَ لِكَيْ تَمْلَأَ وَقْتَ فَرَاغِكَ حَتَّى لَا يُوقِعَكَ الشَّيْطَانُ فِي المَعْصِيَةِ.
2. (Pilih jumlah ayat Al-Quran yang sesuai dengan keadaan diri dan kerjaya, lalu jadikannya sebagai rutin harian. Jangan sesekali 'skip' kerana) wirid Al-Quran ini ialah asas dalam hidup kita. Adapun bacaan-bacaan lain pula, Sufi menganjurkan bacaannya supaya masa lapang kamu terisi, seterusnya menyelamatkan kamu dari terjatuh ke lembah maksiat akibat godaan Syaitan.
٣_ عَدَمُ تَرْكِ قِيَامِ اللَّيْلِ وَلَوْ رَكْعَتَيْنِ.
3. Berusaha sedaya mungkin untuk tidak tinggalkan qiamullail, meskipun cuma menunaikan 2 rakaat.
٤_ عَدَمُ السَّهَرِ فِي قِرَاءَةِ الأَوْرَادِ وَتَضْيِيعِ صَلَاةِ الفَجْرِ فَلَا تُقَدِّمِ السُّنَّةَ عَلَى الفَرْضِ.
4. Tidak bersengkang mata hanya untuk membaca wirid-wirid sunat sehingga terabai solat Subuh. Oleh itu, jangan utamakan ibadah sunat berbanding yang fardhu.
٥_ كُنْ صَاحِبَ عَزِيمَةٍ فَالصُّوفِيَّةُ أَصْحَابُ عَزَائِمَ.
5. Jadilah mukmin yang punya komitmen, kerana para sufi sangat menitikberatkan pengurusan hidup, (baik dari sudut ibadah mahupun muamalah seharian).
٦_ المُسَارَعَةُ إِلَى التَّوْبَةِ عَنْ قَرِيبٍ فَإِنْ وَقَعْتَ فِي ذَنْبٍ فَتُبْ مِنْ قَرِيبٍ وَلَا تُؤَجِّلْ.
6. Taubat sesegera mungkin iaitu sejurus selepas melakukan dosa, terus bertaubat dan jangan bertangguh.
٧_ المُحَافَظَةُ عَلَى الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ لَا سِيَّمَا بِقِرَاءَةِ كِتَابِ دَلَائِلِ الخَيْرَاتِ (وَهُوَ مِنْ أَوْرَادِ مَسْجِدِ الأَشْرَافِ يَوْمِيًّا بَعْدَ المَغْرِبِ صَيْفًا وَبَعْدَ العِشَاءِ شِتَاءً).
7. Selawatlah ke hadrat Nabi ﷺ dengan tekun. Bacalah kitab himpunan selawat 'Dalail Khairat' terutamanya, (ia sudah jadi bacaan harian di Masjid Al-Ashraf).
٨_ الصَّبْرُ عَلَى البَلَاءِ وَالرِّضَا بِقَضَاءِ اللهِ وَقَدَرِهِ.
8. Sabar menghadapi bala serta redha dengan qada' dan qadar yang ditetapkan ilahi.
٩_ الاِهْتِمَامُ بِدِرَاسَةِ العِلْمِ الشَّرْعِيِّ لَا سِيَّمَا الفِقْهُ وَالعَقِيدَةُ حَتَّى تَعْبُدَ اللهَ بِطَرِيقَةٍ صَحِيحَةٍ وَعَقِيدَةٍ سَلِيمَةٍ وَالتَّمَسُّكُ بِمَذْهَبِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالجَمَاعَةِ.
9. Bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu agama, lebih-lebih lagi ilmu fiqah dan aqidah, supaya kamu dapat menyembah Allah Taala dengan cara yang betul, aqidah yang benar, melalui pegangan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.
١٠_ إِحْسَانُ الظَّنِّ بِجَمِيعِ المُسْلِمِينَ وَلَا تَدْعُ عَلَى مُسْلِمٍ مَهْمَا خَالَفَكَ أَوْ آذَاكَ.
10. (Pujuklah diri supaya bersikap) baik sangka kepada semua orang Islam, jangan sekali-kali mendoakan keburukan sesama muslim walau apapun yang terjadi. Meskipun dia pernah menyakiti kamu, teruskan husnuzon.
١١_ عَدَمُ إِضَاعَةِ الوَقْتِ فِيمَا لَا طَائِلَ كَسَمَاعِ الأَغَانِي وَالمُسَلْسَلَاتِ وَالأَفْلَامِ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَعْجِزْ.
11. Tidak mensia-siakan waktu membuat aktiviti yang tak bermanfaat seperti kerap mendengar lagu, menonton drama bersiri mahupun filem. (Namun, semua 'penyakit' ini masih boleh dirawat dengan) memohon bantuan Allah dan kamu jangan menyerah kalah.
وَاللهُ أَعْلَمُ

No comments:

Post a Comment

⚔⚔⚔ 100 DAYS TO GO @ TARGET : 1 SYAWAL 1447H ⚔⚔⚔

15.12.2025 STARTING A DAY WITH - NO ICE - NO SUGAR - NO JUNK FOOD   AWAL HARI INI AKU BERAZAM UNTUK BERUBAH,SELAGI KESEMPATAN MASIH ADA, SEL...