Wednesday, April 30, 2025

SESUNGGUHNYA KETIKA INI AKU SEDANG DIUJI






 


Sesungguhnya ketika ini aku sedang diuji dan sesungguhnya aku telah larut ke dalam ujian itu kerana kelemahan dan kejahilan ku.

Aku menghabiskan banyak masa di hadapan laptop dan desktop melayan sosmed mengumpulkan info ugama tetapi tidak di amalkan ibarat seperti seorang penjual kayu api yang fokusnya mengumpul dan mengumpul kayu api padahal jumlah yang dikumpul itu dah berat.Tak akan mampu untuk ditanggungnya dan dibawa ke pasaar untuk dijual.

Bodohnya aku menunda-nunda detik untuk berTAUBAT sedangkan detik SAKARATUL MAUT tidak sesekali akan di tunda.

Sesungguhnya tahap uiian Mu adalah dibatas kesanggupan ku kerana KAU tak akan menganiaya dan menzalimi hamba-hamba Mu.

Aku kena kembali ke masjid,melazimi berada di masjid kerana di sana aku akan lebih berada di kalangan jemaah yang sekitar usia ku yang berbagai masalah akibat usia tu dan itu wajar untuk muhasabah diri ku.


Akan aku cerap kata-kata dari hamba Mu itu untuk aku bangun semula melangkah gagah mendekati Mu dengan membaiki lagi kualiti solat ku

No comments:

Post a Comment