Friday, April 18, 2025

TANDA-TANDA KITA DI DALAM ISTIDRAJ

 TANDA-TANDA KITA DI DALAM ISTIDRAJ

Ketika ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala membiarkan kita..
1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedekah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah ALLAH.
7. Menganggap remeh perintah-perintah ALLAH.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syariah.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh daripada bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain daripada memperbetulkan salah silap sendiri.
Namun ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tetap memberikan...
1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan berterusan.
3. Dikagumi dan disanjung ramai orang.
4. Tidak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tidak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.
Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ..
Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pada hamba-Nya yang sengaja berpaling dari perintah-perintah ALLAH. ALLAH menunda segala bentuk azab-Nya.
Daripada Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika kamu melihat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari ALLAH."
Wallahu Ta'ala A'lam.
In sha ALLAH. Sama² kita muhasabah.
Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

UMUR 85 TAHUN TETAPI HANYA 15 TAHUN