Ketika Rasulullah saw ditanya bilakah akan berlaku kiamat,Baginda tidak menjawabnya kerana tarikh berlaku kiamat itu adalah dalam ilmu / rahsia Allah swt.Baginda Rasullah saw yang adalah kekasih Allah swt sendiri pun tidak diberitahu.Ertinya tarikh bila akan berlaku kiamat itu bukan satu hal yang perlu terlalu diberatkan dalam fikiran umat beliau.Kun Faya Kun.
Sebaliknya Rasulullah saw bertanya kembali apakah persiapan yang telah dilakukan untuk menghadapi hari kiamat tersebut?.Ertinya berbuat persiapan itu lebih penting.Berbuat amalan semampu mungkin untuk menanti kedatangan tarikh berlaku kiamat itu lebih penting dan utama.
Namun kerana rasa kasih dan sayang kepada ummat Baginda,berdasarkan ilmu yang ada Baginda memberitahu tanda-tanda yang akan muncul sebelum berlaku hari kiamat tersebuh.Tanda-tanda kecil dan tanda besar kiamat diberitahu satu persatu.
Sekarang tugas kita pula mencari tahu,mencari ilmu dan belajar menghurai tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar itu bagaimana berlakunya dan apakah sudah berlaku atau belum?
Senarai pendek tanda-tanda yang sedang dan akan berlaku sewajarnya menjana tekad dan azam untuk kita lebih giat dan memaksimakan ibadah yang berkualiti sebagai persediaan dari masa kesemasa untuk menanti kedatangan hari kiamat yang entah bila tarikhnya tetapi hakikatnya telah semakin hari semakin hampir berlaku.
Jom baca kitab-kitab ini untuk cari ilmu dan cari tahu.Kita hanya berusaha rahmat Allah swt di atas segala-galanya.
No comments:
Post a Comment