Saturday, August 24, 2024

KEMATIAN

 Wahai diri...

Dalam kehidupan ini ada nasihat terindah.
Nasihat terindah itu bernama
KEMATIAN.
Wahai diri, ia menasihatimu:
Bahawa ia datang tanpa khabar berita....
Meski tanda-tandanya selalu sampai.
Ia menasihatiMu:
Bahawa ia hadir tak kenal usia.
Yang tua dinanti tetapi ternyata yang muda pergi mendahului tanpa mengirim khabar....
Yang sakit disangka tak lama lagi...
Ternyata yang sihat beranjak pergi.
Wahai diri, ia menasihatimu:
Jangan pernah menunda jejak takwa dan kesolehan mu!
Jika miskin, jangan menunggu kaya untuk bersedekah.
Jika sibuk, jangan menunggu lapang untuk beribadah.
Jika muda, jangan menanti tua untuk bertaubat.
Wahai diri...
Ukirlah jejak-jejak kebajikan yang abadi dalam kehidupanmu.
Di saat engkau miskin ataupun kaya.
Di saat engkau sibuk ataupun lapang.
Di saat engkau muda maupun tua.
Di saat engkau susah mahupun bahagia.
Wahai diri...
Jangan.....dan jangan pernah menunda
Sekecil apapun jejak kebaikan yang dapat kau ukir. Ukirlah sekarang juga!
Sebab nanti belum tentu hari esok itu ada...
Dan...
Jika tak mampu kau ukirkan kebaikanmu...
Setidaknya jangan kau pahatkan jejak keji dan nista dalam kisah hidupmu.
Wahai diri...
Kematian selalu menasihatiMu:
Kisah dunia hanya sepenggalan jalan.
Rumah dunia hanya sementara.
Yang hakiki adalah kisah akhiratMu.
Sesederhana itu dan semudah itu..
Tapi selalu sahaja:
“kita alpa untuk mengamalkan dan untuk mengingatinya..!!!
Wahai diri...
Nasihat itu bertebaran di mana saja.
Setiap hari kematian hadir tanpa mengenal usia.
Setiap hari ia menasihati jiwa.
Setiap hari ia menyapa dunia.
Tak jemu ia mengingatkan.
Wahai diri...
Semoga dirimu memiliki jiwa yang selalu tidak mudah terlupa...
Dan selalu penuh harapan pada akhirat...
Sesungguhnya dunia itu hanya sementara sahaja ianya hanya tempt persinggahan untuk yang tidak lupa akan akhirat.
Ya Allah,
Kurniakanlah husnul khatimah kpd kami

No comments:

Post a Comment