Thursday, October 31, 2024

H121 AKU SEDANG DIUJI

H121 MAU APA DI SISI USIA MU

Bismillah...

Assallamu'allaikum...
Mau Apa Di Sisa Usiamu ?!
Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah ta’ala berkata kepada seseorang,
“Berapa usia anda…?”
Orang itu menjawab, “Enam puluh tahun..”
Al-Fudhail kembali berkata,
“Bila demikian adanya, engkau berjalan menuju Rabbmu sejak 60 tahun silam, dan tak lama lagi akan tiba kepadaNya…”
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un…” ucap orang itu.
“Tahukah engkau makna ucapan tadi..?” tanya Al-Fudhail.
Beliau melanjutkan, “Maknanya adalah aku hamba Allah dan hanya kepadaNya aku kembali…”
“Barangsiapa mengetahui bahwa ia hamba Allah dan akan kembali kepadaNya, maka hendaklah ia memahami bahwa dirinya kelak akan dihisab (pada hari kiamat)”
“Barangsiapa mengetahui bahwa dirinya kelak akan dihisab (pada hari kiamat), maka hendaklah ia memahami bahwa dirinya akan ditanya”
“Dan barangsiapa mengetahui bahwa dirinya kelak akan ditanya, maka hendaklah ia mempersiapkan jawaban pertanyaan”
“Bagaimanakah caranya…?” tanya orang itu.
Al-Fudhail menjawab, “Sederhana sekali…
“Engkau memperbaiki sisa umur yang ada, niscaya dosa-dosamu yang telah lalu akan diampuni.
Adapun jika engkau masih saja berbuat salah di sisa usia, maka engkau akan disiksa karena dosa yang lalu dan dosa yang sekarang…”
(Jami’ul ‘Ulum wal Hikam: 2/383)
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
أكثرهم للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا
“(mukmin yang cerdas) adalah mereka yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik persiapannya untuk akhirat…”
(Hasan, HR Ibnu Majah: 4249, ash-Shahihah: 1384 al-Albani)
Cerdas menempatkan dunia sebagai jembatan menuju akhirat.
Bukan sebagai tujuan hidupnya.
Hendak diisi apa sisa usia kita…?!

Tuesday, October 29, 2024

H123 MAJLIS KONVOKESYEN KE 19 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AS SULTAN ABDULLAH 29 OKTOBER 2024

Syukur Alhamdulillah hari ini berlangsung Majlis Konvokesyen anak bongsu ku,Humammad Nabil Farhaan di Universiti Malaysia Pahang asSultan Abdullah (UMPSA)  meraih gelar Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia Dengan Kepujian.

Limpahan syukur juga kerana setelah selesai sesi praktikum di tahun akhir terus diterima bekerja di tempat tersebut.Maksudnya telah pun beroleh pekerjaan sebelum majlis konvokesyen.

Kini lengkaplah perjalanan kehidupan pengajian anak-anak ku.Syukurlah kesemua lima orang anak-anak ku telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan kesemuanya telah pun bekerja.

Si Sulung lulusan Ijazah Kejuruteraan Eletrikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,anak kedua lulusan Ijazah Kejuteraan Kimia Universiti Teknologi Mara,anak ketiga Ijazah Kedoktoran Perubatan Universiti Malaysia Sabah,anak keempat Ijazah Pendidikan Universiti Malaya dan si bungsu.

Hanya kepada Mu,Ya Tuhan ku yang selayaknya menerima pujian kerana kehebatan Mu mengatur perjalanan hidup hamba-hamba Mu.Dalam kelemahan dan kejahilan ku sebagai seorang bapa mendidik mereka,Kau tetap berikan yang terbaik kepada mereka,Alhamdulillah!

Semoga mereka kelima-limanya tetap akan menjadi hamba-hamba Mu yang terbaik di dunia dan akhirat dan juga menjadi anak-anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya,AMIN YA RABB!

Bekam

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam." (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami')

Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Sesungguhnya cara berubat yang paling baik ialah hijamah (berbekam)." (Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Hendaklah kamu semua melakukan bekam di bahagian tengkuk kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit." (HR At Thabrani)


http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/07/bekam.html
Jom Kita Kuruskan Badan

Friday, October 25, 2024

Serangan Jantung & Minum Air Suam

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69).

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/07/madu_11.html

AMALAN HARIAN - taajjud

 

AMALAN HARIAN
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
☝️ Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
☝️ Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin.
☝️ Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
☝️ Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
☝️ Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
☝️Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.
☝️ Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.
☝️Allah swt janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.
☝️ Allah swt janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.
☝️ Allah swt janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
☝️ Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
☝️ Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
☝️ Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.
☝️ Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.
☝️ Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam..
Semoga Bermanfaat.... 🤲🕋




Thursday, October 24, 2024

Serangan Jantung & Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung


Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit

HUKUM BERDOSA TAK BELAJAR 3 ILMU FERDHU AIN


KITAB NUR AL-FAHMI (CAHAYA KEFAHAMAN)
ASAS-ASAS FARDHU AIN : USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
GALERI ILMU SDN BHD (2013) : RM20.00

Wednesday, October 23, 2024

Monday, October 21, 2024

BILA MAKAN TELOR SETIAP HARI


 

SERUAN YAHYA SINWAR










Tatkala ditembak, takkan sesekali pun aku menyerah
Hanya si pengecut akan mudah mengaku kalah
Aku tidak dirugikan apa-apapun
Andai mati, aku syahid; itu satu kemuliaan
Andai hidup, aku unggul; itu satu perjuangan
Betapa pun ton bom dijunamkan
Mungkin meleburkan jasadku
Mungkin menamatkan hayatku
jiwaku tak pernah mati
Jiwaku tetap takkan menyerah
Walau sebesar zarrah.
🌹☝️🌹
Buatmu Abu Ibrahim Yahya bin Sinwar, Mujahid Agung Ummah.
 

Y4hY4 Sin W4r bermimpi perjalanan Syahidnya.
Dalam buku yang ditulis oleh beliau yang berjudul DURI & CENGKIH ( الشوك والقرنفل ) telah digambarkan oleh Asy Syahid bagaimana kematian yang akan diperolehinya.
“Sekarang telah tiba waktunya wahai ibuku: sesungguhnya aku menyaksikan dirimu akan menyerang tempat mereka (Zion’s), aku akan membunuh mereka dengan mudah seumpama biri-biri, kemudian aku akan gugur syahid. Aku menyaksikan selepas itu aku berada dipangkuan baginda Rasulullah SAW didalam syurga dengan segala nikmatnya. Baginda Rasulullah SAW menyambutku ‘selamat datang buatmu, selamat datang buatmu’ “.
وفيت وعدك والله أوفى بوعده
Berbahagialah buatmu wahai pejuang.
Kami mencemburuimu
Moga bertemu kita di syurga nanti.

KISAH HIDUP AN-NAWAWI

Kisah Imam Nawawi, tidak jemu diulang dengar.. sangat² memberikan inspirasi.., masyaAllah.. Terjemahan & penjelasan yg sgt baik dari Ustaz Adi Hidayat, seorang yg cukup cerdas & luas ilmunya juga.. masyaAllah. Moga Allah sentiasa juga memberi 'himmah' -semangat- yg sama jua buat kita semua dalam mencari ilmuNya demi mencari makrifah & redhaNya 🤲🤲🤲 

⚔⚔⚔ AZAM KU DI USIA 64 TAHUN 1446H / 2025M ⚔⚔⚔

                       TARIKH            BERAT         GULA         TEKANAN DARAH                      16/06/2025          95.2 kg          ...