Syukur Alhamdulillah hari ini berlangsung Majlis Konvokesyen anak bongsu ku,Humammad Nabil Farhaan di Universiti Malaysia Pahang asSultan Abdullah (UMPSA) meraih gelar Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia Dengan Kepujian.
Limpahan syukur juga kerana setelah selesai sesi praktikum di tahun akhir terus diterima bekerja di tempat tersebut.Maksudnya telah pun beroleh pekerjaan sebelum majlis konvokesyen.
Kini lengkaplah perjalanan kehidupan pengajian anak-anak ku.Syukurlah kesemua lima orang anak-anak ku telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan kesemuanya telah pun bekerja.
Si Sulung lulusan Ijazah Kejuruteraan Eletrikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,anak kedua lulusan Ijazah Kejuteraan Kimia Universiti Teknologi Mara,anak ketiga Ijazah Kedoktoran Perubatan Universiti Malaysia Sabah,anak keempat Ijazah Pendidikan Universiti Malaya dan si bungsu.
Hanya kepada Mu,Ya Tuhan ku yang selayaknya menerima pujian kerana kehebatan Mu mengatur perjalanan hidup hamba-hamba Mu.Dalam kelemahan dan kejahilan ku sebagai seorang bapa mendidik mereka,Kau tetap berikan yang terbaik kepada mereka,Alhamdulillah!
Semoga mereka kelima-limanya tetap akan menjadi hamba-hamba Mu yang terbaik di dunia dan akhirat dan juga menjadi anak-anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya,AMIN YA RABB!
No comments:
Post a Comment