Wednesday, January 08, 2025

TIME TO MOVE : STARTING NOW


Hanya 2 minggu saja lagi usia ku akan mencecah titik 64 tahun Masihi dan 5 Syaaban nanti pula akan mencecah 66 tahun Hijrah - paras usia yang dah terlalu tua dan PASTInya baki usia yang masih ada terlalu sedikit. 

Peruntukan masa untuk aku di dunia ini juga PASTI semakin minima sedangkan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba Allah swt dan umat Rasulullah saw masih banyak plus lagi bebanan hutang ibadah masa lalu yang banyak dan masih terbiar kerana kejahilan dan kelemahan iman ku.


Buku-buku/Kitab-kitab dalam Kamar Minda ku pun masih banyak yang belum ku jamah isi kandungannya dan memanfaatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.Banyak masa ku habiskan dengan sia-sia melayani laman-laman sosial.

Plan of action

1. Aku mesti bertegas dalam pengurusan masa.Aku mesti kedekut mana terhadap hal-hal lagha di media sosial.Minimkan masa melayan wasap,facebook,youtube dan tik tok.Maksimkan masa dalam beribadah ,membaca buku-buku/kitab-kitab dan mendengar ceramah-ceramah ugama yang telah lama aku muatturun dan simpan di dalam harddisk komputer dan cakera keras.

2. Penjagaan kesihatan :
- Kawal pemakanan.
- Hentikan junk food,ais dan makanan bergula.
- Bersenam.
TIME TO MOVE : STARTING NOW

No comments:

Post a Comment

SIAPA AKU? SIAPA RASULULLAH SAW?

📖 Surah Al-fajr Ayat 23-30   🎙️ Ustadz Abdul Qadir  Aku berkata ini adalah rumah ku tetapi Rasulullah SAW bersabda : Almasajid baiti mukmi...