Tanda-tanda badan terlebih gula
Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air
2. Cepat letih dan mudah mengantuk
Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.
Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau
3. Penglihatan kabur
Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas
4. Selera makan naik tak berhenti
Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok
5. Kerap sariawan atau gigi selalu bermasalah
Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi
6. Luka lambat sembuh
Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel
7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak
Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat
8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas
Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin
9. Rasa kebas atau semut-semut di tangan dan kaki
Gula tinggi lama-lama boleh rosakkan saraf
Apa yang patut buat dulu?
Perbetulkan cara makan, amalkan makanan sihat, cuba puasa, rajin bergerak, cukup minum air, elakkan makanan yang melonjakkan gula darah, dan boleh amalkan ramuan kampung di bawah ni
Resepi alami bantu turunkan gula darah
1. Air rebus daun salam + kayu manis
Bahan :
• 7 helai daun salam
• 1 batang kayu manis
• 400 ml air
Cara buat :
• Rebus semua bahan sampai air tinggal separuh
• Tapis dan minum waktu hangat, 2 kali sehari (pagi & petang)
Manfaat :
Daun salam bantu stabilkan gula darah, kayu manis tolong kuatkan fungsi insulin
2. Air lemon infused + kayu manis
Bahan :
• 1/2 biji lemon
• 1 batang kayu manis
• 500 ml air
Cara buat :
• Hiris lemon, masuk dalam botol dengan kayu manis
• Simpan 3–4 jam dalam peti
• Minum sepanjang hari
Manfaat :
Bantu kurangkan resistensi insulin dan lancarkan metabolisme
3. Madu bawang putih
Bahan :
• 5 ulas bawang putih, diketuk
• 5 sudu besar madu asli
Cara buat :
• Campur bawang putih dan madu dalam bekas kaca
• Perap 3 hari
• Ambil 1 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan
Manfaat :
Madu bantu jaga kadar gula, bawang putih kuatkan sensitiviti insulin
4. Jus peria + limau nipis
Bahan :
• 1 biji peria (buang biji, rendam air garam 10 minit)
• 1/2 limau nipis
• 200 ml air
Cara buat :
• Kisar peria dengan air
• Tapis, perah limau nipis
• Minum 3 kali seminggu
Manfaat :
Peria ada bahan charantin yang bantu turunkan gula darah
tanda2 you ketagih pada gula!
1. Mengidam benda manis lepas makan
Baru makan tapi mesti nak cari coklat, dessert, bubble tea.
Rasa tak lengkap kalau tak ada yang manis.
2. Tenaga naik sekejap kemudian jatuh mendadak
Selepas makan makanan bergula/simple carbs → bertenaga → 1–2 jam kemudian penat, mengantuk, moody.
3. Emosi tak stabil
Tak dapat gula → cepat marah/gelisah.
Dapat gula → mood naik sekejap → jatuh balik.
4. Makan gula bila stress atau bosan
Stress → cari dessert.
Penat → cari minuman manis.
Bosan → buka peti.
5. Susah berhenti bila mula makan
Niat nak makan satu je, tapi jadi tiga.
Ini sebab dopamine loop daripada gula.
6. Sakit kepala / lemah bila cuba kurangkan gula
Macam withdrawal ringan. Normal.
7. Lemak perut naik walaupun makan tak banyak
Gula → naik insulin → simpan lemak di perut.
8. Tidur tak berkualiti
Makan manis petang/malam → insulin naik → terjaga pukul 3–4 pagi atau lapar.
No comments:
Post a Comment