Friday, March 13, 2026

 


Malam ini bukan sekadar malam ganjil biasa. Ia adalah malam ke-23, dan istimewanya, ia jatuh pada malam Jumaat.

Ramai antara kita mungkin sudah mula rasa 'burnout' atau penat di fasa akhir ini. Namun, jika kita melihat jejak para Salafussoleh, malam ke-23 mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam pencarian Lailatul Qadr.
Ibnu ‘Abbās RA dalam satu riwayat pernah merenjiskan air ke muka ahli keluarganya semata-mata mahu mereka bangun beribadah pada malam ke-23 ini. Malah, Saidina Bilal bin Rabah RA juga pernah mengisyaratkan malam ini sebagai malam al-Qadr.
Mari kita ambil semangat ini. Jangan biarkan malam ini berlalu dengan tidur yang panjang sahaja. Kejutkan pasangan, bangunkan anak-anak. Biar rumah kita 'hidup' dengan zikir dan doa.

No comments:

Post a Comment

7 AMALAN DI HARI JUMAAT

  7 AMALAN DI HARI JUMAAT Bismillah Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Shalallahu ‘ala Muhammad . Fadhilat yang khusus diamalka...