Tuesday, April 30, 2024

AMALAN MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR


 

12 MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH DAN WAKTU LARANGAN MANDI


Rahsia kenape perlu menjaga keberkatan rezeki -


 

SEDEKAH MENGHILANGKAN KEPANASAN KUBUR


 

PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTARNYA


 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


 

PENGHUNI NERAKA


 Panasnya level api neraka tidak sama di dunia .

Neraka jahanam je sementara tapi bukan duduk sehari dua dalam tuh yang lain semua kekal abadi .Semoga jentik hati bila lihat 7 jenis Neraka ini kita berusaha baiki diri dan akhlak , jauhi maksiat ,jauhi perkara haram-couples bersentuhan tanpa ada ikatan sah. layan porno / lucah , jaga aurat ,wajib jaga batas lelaki perempuan , jaga solat dan berubah sedikit demi sedikit .Sayangilah diri sendiri 

Pernah ada dengar tadabbur surah Al-Anbiya oleh Nouman Ali Khan, panasnya api neraka Jahannam tu, sampaikan orang yang paling ringan seksaannya merasakan seksaan mereka tu sudah paling dasyat.
Yang paling ringan tu, dia hanya sekadar terkena angin panas je dari api neraka, bukannya masuk neraka lagi. 
😢

KETIKA BERWUDUK NIATKANLAH

TANDA-TANDA KEMATIAN

ZIKIR AGAR MATA TIDAK SAKIT/BUTA

SAYANGI DIRI MU

*EMPAT KALI ANDA AKAN TERSINGKIRKAN DALAM KEHIDUPAN*

 *Satu : Sejak usia 58 sampai 65 tahun*,

Tempat Kerja akan menyingkirkan Anda.
Kehebatan apapun karier dan jawatan Anda, & sehebat apapun kekuasaan Anda saat bekerja, Anda harus kembali menjadi Manusia Biasa.
Jadi jangan terpaku pada cara berpikir & rasa kekuatan serta keunggulan pada masa lalu ketika Anda bekerja, lepaskan semuanya, *Agar Anda Boleh Merasa Selesa !!!*
*Dua : Sejak usia 65 sampai 75 tahun,*
Masyarakat secara bertahap menyingkirkan Anda.
Semakin sedikit teman, & kenalan yang bergaul dengan Anda, & hampir tidak ada yang mengenal Anda ketika Anda pergi ke tempat kerja semula.
Jangan katakan bahawa Saya dulu adalah ..., Saya dulu pernah ..., Karena Anak muda sudah tidak mengenali Anda lagi ..., *Jangan Canggung !!!*
*Tiga : Sejak usia 75 sampai 85 tahun*,
Keluarga secara bertahap Menyingkirkan Anda. Sekalipun Anda memiliki banyak Anak & Cucu, hampir sepanjang waktu Anda hanya boleh tinggal bersama Isteri/Suami, atau Hidup sendirian.
Sekalipun Anak-anak datang berkunjung sesekali bertalian hubungan kekeluargaan,
*Jangan terlalu Berharap kpd mereka ......*
Mereka boleh jarang datang, karena Mereka juga punya kehidupan Mereka sendiri ...
*Empat : Dalam usia 85 sampai 95 tahun*,
Bumi akan melenyapkan Anda. Seseorang yang Anda kenal ada yang akan pasti meninggalkan Anda selamanya.
*Jangan sedih Saat ini, Jangan Sedih. Karena Cara Hidup seperti ini, Semua Orang akan Menjalani sepertinya !!!*
*Jadi Ingat ... !!!,*
*Sejak Usia 58 Tahun +......*
*Mari Kita Hidup dengan Baik selagi Kita masih dalam keadaan Sehat ...!!!*
*Makanlah saat Anda mau Makan,*
*Minumlah saat Anda mau Minum, Bermainlah saat Anda ingin Bermain*
*Pergilah jalan-jalan ke mana yg Anda suka*
*_""REUNION""_, &* *Lakukan Apa yang Ingin Anda lakukan .......*
*Serta makin banyaklah berbuat Kebaikan & mendekatkan diri pada Allah*
*INGAT ... !!!*
Satu-satunya hal yang tidak akan membuat Anda tersingkir ketika Tua adalah :
*Grup WA.*😄😄
*Oleh karena itu, Komunikasikan lebih banyak dalam Grup, tampillah untuk membuat keberadaan, tunjukan kehadiran, berbahagialah & bercanda, bertukar pengalaman dll*

HUKUM LELAKI TIDAK MEMAKAI BAJU

TANDA2 KEMATIAN MENURUT PARA ULAMA

TIPS BACAAN AL-QURAN

TIPS BACAAN AL-QURAN
Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),
‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.
‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,
‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.
‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.
‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.
‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.
‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.
‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.
‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.
‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).
‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.
‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.
‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.
‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.
‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.
‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,
‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.
‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.
‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.
‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.
‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.
‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.
‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)
‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)
‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.
‎قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.
‎وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.
‎فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.
‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,
‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)
‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.
‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.
‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.
‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.
‎تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.
Terjemahan oleh: BroSyarief.

tips untuk jadi cantik sepanjang masa


 Pagi tadi saya terbaca tips untuk jadi cantik sepanjang masa. Dan bagaimana untuk kekal muda walau kita sebenarnya dah renta.

Betapa bersungguh-sungguh usaha dan susah payahnya kita kalau nak kekal jelita sampai tua. Ada ketika sampai kita buat pula benda yang dilarang agama.
Ngam-ngam saya baca post tu selepas terdengar Ustaz Nouman Ali Khan punya ceramah masa dalam kereta pagi tadi.
Ustaz huraikan tentang Surah An Nur.
Dalam Surah An Nur ni ada satu arahan khas pada lelaki. Dan pada perempuan.
Pada lelaki disuruh untuk menundukkan pandangan.
Pada perempuan pula disuruh untuk tidak bercantik berlebih-lebihan.
Tapi kata Ustaz masalahnya satu. Fitrah.
Orang lelaki fitrahnya suka dan tertarik pada benda yang cantik. Orang perempuan pula fitrahnya suka untuk kelihatan cantik.
Lalu kenapa dalam Surah An Nur arahan ini diletakkan.
Sebab ia tentang itulah. Nur. Cahaya.
Allah yang wujudkan fitrah itu. Tapi Allah juga yang meletakkan larangan ke atasnya.
Supaya orang yang kuat menjaga cahayanya akan menjaga apa yang diarahkan Tuhan ke atas dia. Sebab kita kena faham sifat cahaya. Ia perlu dijaga. Ia boleh malap bila-bila masa. Malah boleh padam jika tidak dijaga.
Kerana itu buatlah pilihan yang bijaksana. Ada batas-batas di setiap pilihan kita. Apa yang benar dan mana yang tipu daya. Mana yang nikmat sebentar dan mana yang lebih lama.
Lelaki yang faham akan menjaga mata.
Wanita yang faham akan cuba bersederhana.
Jika terlalu mengikut kata. Jika diturut semua rasa. Bimbang jadi hedonisme. Cuma perasaan kita saja yang utama. Cuma ingin kita saja perlu dikota. Cuma kehendak kita saja mesti dilaksana. Kita akan semakin mengejar dan mengejar seronoknya dunia.
Apa pun yang sedang diusaha niatkanlah untuk Tuhan dengan taat.
Supaya kita dibantu untuk membuat pilihan dengan tepat.
Menjadi tua. Tidak lagi bertenaga. Tidak lagi muda belia. Tidak lagi lincah ke sini sana. Juga fitrah yang Allah cipta. Juga nikmat untuk diraikan manusia. Supaya kita mula sedar tentang nilai masa.
Usia makin meninggalkan kita.
Baki kita tak lagi lama....

nak jumpa nabi dalam mimpi?




 

DOA KUAT TENAGA BATIN


 

MENCERAP MUKJIZAT AL QURAN

PESANAN PEDOMAN MUHASABAH DIRI

PESANAN SYEIKH PROF DR ALI JUM'AH

 Kata Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah :

"Antara tips bagi orang yang banyak berbuat dosa-dosa besar, pemaksiat dan susah nak beramal kebaikan adalah dengan perbanyakkan bersalawat kepada Nabiﷺ. Kerana salawat adalah satu-satunya amalan yang terus di angkat ke langit; di terima Allah walau siapa pun yang berselawat, walau besar mana dosanya..
Dan dengan syafaat Nabi dan rahmat Allah, melalui salawat juga kita akan diberi kekuatan meninggalkan maksiat, menjadi lebih taat, jiwa lebih tenang dan makin dekat dengan Allah.
Jadi bagi sesiapa yang rasa diri susah beramal dan terlalu banyak berbuat dosa, ataupun jumpa orang yang sebegitu, jangan kita benci dan sisih mereka, sebaliknya kita suruh mereka agar perbanyakkan bersalawat.."
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه

12 Khasiat Habbatus Sauda (Nigella Sativa)


 

Khasiat Dan Cara Nabi Minum MADU


 

Kelebihan Minyak Zaitun Yg Ramai Tak Tahu


 

4 RAHSIA KEIMANAN HASSAN AL BASRI


 

LUAS DAN INDAHNYA ALAM BARZAH


 

LELAKI SOLATLAH DI MASJID


 




Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Berarti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!
Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:
1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat
2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN
3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh
4. JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita
5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat
6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur
7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)
8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya
9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu
10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya
11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati
13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu
14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain
15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!
16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu
17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu
18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain
19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat
20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa
21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu
22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat
Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.
Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan.
Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.

 

ZIKIR NABI AYUB AS


 

KHASIAT DAN MANFAAT KULIT AYU MANIS

BUKTI MANFAAT KAYU MANIS

Tidak ramai mengetahui rahsia kayu manis yang berasal dari Caribbean, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.

Rempah itu sudah digunakan sejak 2000 Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu kering, serbuk dan penggunaannya sebagai minyak pati serta makanan tambahan.

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu 'cassia' dan 'ceylon', kedua-duanya mempunyai khasiat berbeza.

Beberapa kajian menunjukkan sebatian dalam kayu manis mempunyai ciri-ciri antioksida, antikeradangan, antidiabetik dan antimikrob yang boleh memberikan perlindungan daripada penyakit barah serta kardiovaskular.

Saintis menemui beberapa bukti kemungkinan manfaat kayu manis ini terhadap kesihatan.

i. Memulihkan jangkitan kulat

Minyak kayu manis boleh membantu merawat beberapa jenis jangkitan kulat.

Kajian makmal pada 2016 mendapati minyak kayu manis berkesan menghalang jangkitan 'fungus candida' yang boleh menjejaskan aliran darah.

Ini berkemungkinan ciri antimikroba pada rempah berkenaan.

i. Mempengaruhi paras gula dalam darah

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kayu manis cassia dapat menurunkan paras gula dalam darah.

Ia turut mendedahkan 60 pesakit kencing manis yang mengambil enam gram (g) kayu manis setiap hari di antara 40 hari hingga empat bulan, mempunyai tahap glukosa, trigliserid, kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol yang rendah.

iii. Mencegah Alzheimer

Penyelidik mendapati ekstrak pada kulit kayu manis dipanggil CEppt mempunyai bahan yang boleh menghalang pertumbuhan gejala penyakit berkenaan.

Kajian terhadap haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku peningkatan kemampuan berfikir.

Bagaimanapun, tidak semestinya keseluruhan kayu manis ini sesuai digunakan bagi tujuan pencegahan penyakit Alzheimer.

iv. Melindungi daripada HIV

Pada 2000, kajian ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh membantu melindungi daripada jangkitan HIV.

Keberkesanan itu terdapat pada pucuk dan buah kayu manis.

Dalam kajian makmal pada 2016, saintis mendapati ekstrak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-HIV.

Namun begitu, ia tidak bermaksud makanan yang mengandungi kayu manis boleh merawat atau mencegah HIV.

Tetapi ekstrak rempah itu boleh menjadi sebahagian daripada terapi jangkitan berkenaan.

v. Menurunkan kesan makanan tinggi lemak

Kajian penyelidik pada 2011 merumuskan diet yang tinggi 'rempah antioksidan' termasuk kayu manis boleh membantu mengurangkan tindak balas negatif tubuh kepada makanan tinggi lemak.

Ujian darah terhadap enam individu yang mengambil hidangan mengandungi 14 garam campuran rempah menunjukkan aktiviti antioksidan meningkat 13 peratus, tindak balas insulin menurun 21 peratus dan trigliserida juga menurun 31 peratus.

vi. Mencegah barah

Sebatian organik 'cinnamaldehydes' pada kayu manis berkemungkinan mempunyai ciri-ciri antitumor dan antibarah.

Kajian terhadap tikus yang mengidap barah menggunakan ekstrak kayu manis mendapati tahap tekanan oksidatif lebih rendah pada sel melanoma.


Harian Metro Disember 6, 2020 


Kulit Kayu manis yg dijjual ada dua jenis.. Cinnamon dan cassia (ceylon). Lbh kurang serupa tetapi berbeza dr sudut ketebalan dan gulungan..bergulung elok cam kita gulung ketayap or surat khabar tu cinnamon tetapi klu tebal..gulung dr dua dua sudut tu cassia.. Cassia tidak elok utk kesihatan sbb ada kandungn toksid yg biasa dibuat racun tikus..

Kulit kayu manis cassia dan cinnamon...rupa lbh kurang rasa sama cuma cinnamon lbih lembut dn agak brbulu dan cassia keras seprti kayu, bau pun sama..tp ada satu perbezaan iaitu jumlah COUMARIN (bahan kimia semulajadi) dlm kedua2nya...

Cinnamon : Ceylon atau Cassia?

Kayu manis adalah rempah yang sangat popular.

Bukan sahaja lazat, manfaat kesihatan yang banyak juga mengagumkan.

Kayu manis murah dan banyak terdapat di kebanyakan pasar raya.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa terdapat dua jenis utama rempah ini.

Kedua-duanya sihat, tetapi satu mengandungi toksin yang berbahaya jika anda makan terlalu banyak.

Artikel ini menerangkan perbezaan antara Cinnamon Ceylon dan Cinnamon Cassia.

Apa itu Kayu Manis?

Kayu manis adalah rempah yang dicipta dari kayu dalaman pohon Cinnamomum.

Jalur kulit dalamnya dikeringkan sehingga mereka menggulung ke dalam gulungan yang dikenali sebagai tongkat kayu atau quill. Ini kemudian boleh menjadi bubuk atau dijadikan ekstrak.

Ciri unik rempah ini berasal dari minyak dan sebatiannya yang penting, terutamanya cinnamaldehyde.

Kompaun ini memberikan rasa manis dan aroma kayu manis, dan juga bertanggungjawab terhadap banyak manfaat kesihatannya.

Cassia Cinnamon

Kayu cassia berasal dari pohon cassia Cinnamomum, juga dipanggil Cinnamomum aromaticum.

Ia berasal dari China Selatan dan juga dikenali sebagai kayu manis Cina.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa subspesies yang kini berkembang secara meluas di Asia Timur dan Selatan (2).

Cassia cenderung menjadi warna coklat-merah gelap dengan batang tebal dan tekstur yang lebih kasar daripada kayu manis Ceylon.

Kayu cassia dianggap berkualiti rendah. Ia sangat murah dan jenis yang paling biasa digunakan di seluruh dunia. Hampir semua kayu manis yang terdapat di pasar raya adalah pelbagai Cassia.

Cassia telah lama digunakan dalam masakan dan dalam perubatan tradisional Cina. Kira-kira 95% minyaknya adalah cinnamaldehyde, yang memberi Cassia rasa yang sangat kuat, pedas .

Kayu manis cassia adalah pelbagai yang paling biasa. Ia mempunyai rasa yang lebih kuat daripada Ceylon dan 95% minyaknya adalah cinnamaldehyde.

Kompaun ini memberikan rasa manis dan aroma kayu manis, dan juga bertanggungjawab terhadap banyak manfaat kesihatannya.

Ceylon Cinnamon

Ceylon, atau "kayu manis sejati," berasal dari Sri Lanka dan bahagian selatan India.

Ia diperbuat daripada kulit dalaman pokok veranda Cinnamomum.

Ceylon berwarna cokelat dan mengandungi banyak batang yang ketat dengan lapisan lembut. Ciri-ciri ini memberikan kualiti dan tekstur yang sangat wajar.

Ceylon kayu manis kurang biasa dan telah lama diberi harga sebagai rempah memasak. Ia agak mahal berbanding dengan pelbagai jenis Cassia yang lebih biasa.

Ia digambarkan sebagai mempunyai rasa halus dan lembut yang sesuai untuk pencuci mulut.

Kira-kira 50-63% minyak pentingnya ialah cinnamaldehyde, yang agak rendah berbanding dengan Cassia. Ini menerangkan aroma dan rasa yang lebih ringan .

Ceylon kayu manis adalah rempah yang berkualiti tinggi dan sangat berharga. Antara 50-63% minyaknya ialah cinnamaldehyde, yang menerangkan rasa ringannya.

Cassia Mengandungi Coumarin, Yang Boleh Beracun

Coumarin adalah sebatian yang terdapat secara semulajadi di beberapa spesies tumbuhan.

Ia boleh berbahaya dalam dos yang besar.

Dalam tikus, coumarin diketahui menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati dan paru-paru. Ia juga boleh menyebabkan kanser. Pada manusia, terdapat kejadian terpencil yang serupa (11, 12).

Malah, pengambilan Tolerable Daily (TDI) daripada coumarin digunakan untuk menjadi 0.2 mg / lb (0.5 mg / kg) berat badan. Ia kini dikurangkan kepada 0.05 mg / lb (0.1 mg / kg) (11).

Cassia kayu manis, tetapi tidak Ceylon, adalah sumber yang sangat kaya dengan coumarin.

Cassia mengandungi kira-kira 1% coumarin, manakala Ceylon mengandungi hanya 0.004%, atau 250 kali kurang. Ini sangat rendah sehingga sering tidak dapat dikesan (3, 13).

Melebihi batas atas untuk coumarin adalah mudah jika anda memakan banyak cinnamon Cassia. Dalam banyak kes, hanya 1-2 sudu teh boleh membawa seseorang ke had harian.

Oleh itu, jika anda secara kerap makan banyak kayu manis atau mengambil suplemen yang mengandunginya, maka ia haruslah Ceylon dan bukan Cassia.

Cassia mengandungi banyak coumarin, yang boleh menjadi toksik dalam kuantiti yang banyak. Lebih selamat untuk memilih Ceylon jika anda makan banyak kayu manis.

Mesej Utama
Kedua-dua Ceylon dan Cassia sihat dan lazat.

Walau bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk mengambil sejumlah besar rempah ini atau mengambil suplemen, Cassia boleh memudaratkan kerana kandungan coumarin.

Kesimpulannya, kayu manis ceylon adalah kualiti yang lebih baik dan lebih selamat.

Sumber : https://www.healthline.com


KAYU MANIS UNTUK MENGURUSKAN BADAN, WAJIB BACA FAKTA INI

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu Cassia dan Ceylon.

Cassia adalah kayu manis biasa yang dijumpai di pasaraya manakala Ceylon adalah kayu manis yang lebih ringan, mempunyai rasa sedikit pahit, warnanya sedikit pudar, tidak terlalu merah dan rasanya tidak terlalu “spicy”.

Kayu manis Cassia biasanya lebih murah daripada Ceylon.
Cassia selamat diambil dalam kuantiti yang sederhana namun pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Ini kerana Cassia mempunyai bahan yang dikenali sebagai coumarin. Pengambilan coumarin yang berlebihan boleh menyebabkan pendarahan, boleh rosakan hati dan boleh meningkatkan risiko kanser hati dan paru-paru.

Pengambilan kayu manis yang disarankan oleh US Department of Health adalah sebanyak 1.2 sudu teh kayu manis ialah jenis Ceylon (6g/0.2oz) sehari sebelum waktu makan sebanyak 5 hari, dan rehat selama dua hari (iaitu pada hari minggu).

Elakkan pengambilan yang berlebihan. Campurkan ke dalam minuman atau makanan anda. Pengambilan serbuk begitu sahaja tidak baik untuk kesihatan perut anda.

⚔⚔⚔ AZAM KU DI USIA 64 TAHUN 1446H / 2025M ⚔⚔⚔

                       TARIKH            BERAT         GULA         TEKANAN DARAH                      16/06/2025          95.2 kg          ...