Friday, May 31, 2024

ANAK DURHAKA TAK ZIARAH KUBUR IBUBAPA

 


AMALAN PENERANG KUBUR


 

INVESTASI KESIHATAN SEKARANG


 

SENAMAN KESIHATAN BOBOY


 

KHASIAT TELUR


 

MANFAAT MINUM AIR HANGAT KETIKA BANGUN TIDUR


SEBELUM SOLAT


 


TIP KESIHATAN DARI AMALAN RASULULLAH SAW


 

KHASIAT DAUN MULBERI


 

KESAN DARI BERJALAN KAKI 30 MINIT


 

JANGAN JADI ORANG TUA YANG JAHAT

H238 11 PESANAN SHEIKH DR YUSRI AL-AZHARI


11 PESANAN SHEIKH DR YUSRI AL-AZHARI

Antara panduan serta nasihat Sheikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani buat anak-anak muridnya ketika majlis pengajian umum:
مِن نَصَائِحِ وَتَوْجِيهَاتِ سَيِّدِي الدُّكْتُورِ يُسْرِي جَبْر لِمُرِيدِيهِ فِي المَجَالِسِ العَامَّةِ وَالخَاصَّةِ
١_ المُحَافَظَةُ عَلَى الفَرَائِضِ فِي المَسْجِدِ وَلَا تُفَرِّطْ فِي السُّنَنِ.
1. Melazimkan diri sembahyang fardhu di masjid dan jangan keterlaluan melakukan ibadah sunat.
٢_ وِرْدُ القُرْآنِ هُوَ الأَسَاسُ أَمَّا الأَوْرَادُ الأُخْرَى فَهِيَ لِكَيْ تَمْلَأَ وَقْتَ فَرَاغِكَ حَتَّى لَا يُوقِعَكَ الشَّيْطَانُ فِي المَعْصِيَةِ.
2. (Pilih jumlah ayat Al-Quran yang sesuai dengan keadaan diri dan kerjaya, lalu jadikannya sebagai rutin harian. Jangan sesekali 'skip' kerana) wirid Al-Quran ini ialah asas dalam hidup kita. Adapun bacaan-bacaan lain pula, Sufi menganjurkan bacaannya supaya masa lapang kamu terisi, seterusnya menyelamatkan kamu dari terjatuh ke lembah maksiat akibat godaan Syaitan.
٣_ عَدَمُ تَرْكِ قِيَامِ اللَّيْلِ وَلَوْ رَكْعَتَيْنِ.
3. Berusaha sedaya mungkin untuk tidak tinggalkan qiamullail, meskipun cuma menunaikan 2 rakaat.
٤_ عَدَمُ السَّهَرِ فِي قِرَاءَةِ الأَوْرَادِ وَتَضْيِيعِ صَلَاةِ الفَجْرِ فَلَا تُقَدِّمِ السُّنَّةَ عَلَى الفَرْضِ.
4. Tidak bersengkang mata hanya untuk membaca wirid-wirid sunat sehingga terabai solat Subuh. Oleh itu, jangan utamakan ibadah sunat berbanding yang fardhu.
٥_ كُنْ صَاحِبَ عَزِيمَةٍ فَالصُّوفِيَّةُ أَصْحَابُ عَزَائِمَ.
5. Jadilah mukmin yang punya komitmen, kerana para sufi sangat menitikberatkan pengurusan hidup, (baik dari sudut ibadah mahupun muamalah seharian).
٦_ المُسَارَعَةُ إِلَى التَّوْبَةِ عَنْ قَرِيبٍ فَإِنْ وَقَعْتَ فِي ذَنْبٍ فَتُبْ مِنْ قَرِيبٍ وَلَا تُؤَجِّلْ.
6. Taubat sesegera mungkin iaitu sejurus selepas melakukan dosa, terus bertaubat dan jangan bertangguh.
٧_ المُحَافَظَةُ عَلَى الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ لَا سِيَّمَا بِقِرَاءَةِ كِتَابِ دَلَائِلِ الخَيْرَاتِ (وَهُوَ مِنْ أَوْرَادِ مَسْجِدِ الأَشْرَافِ يَوْمِيًّا بَعْدَ المَغْرِبِ صَيْفًا وَبَعْدَ العِشَاءِ شِتَاءً).
7. Selawatlah ke hadrat Nabi ﷺ dengan tekun. Bacalah kitab himpunan selawat 'Dalail Khairat' terutamanya, (ia sudah jadi bacaan harian di Masjid Al-Ashraf).
٨_ الصَّبْرُ عَلَى البَلَاءِ وَالرِّضَا بِقَضَاءِ اللهِ وَقَدَرِهِ.
8. Sabar menghadapi bala serta redha dengan qada' dan qadar yang ditetapkan ilahi.
٩_ الاِهْتِمَامُ بِدِرَاسَةِ العِلْمِ الشَّرْعِيِّ لَا سِيَّمَا الفِقْهُ وَالعَقِيدَةُ حَتَّى تَعْبُدَ اللهَ بِطَرِيقَةٍ صَحِيحَةٍ وَعَقِيدَةٍ سَلِيمَةٍ وَالتَّمَسُّكُ بِمَذْهَبِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالجَمَاعَةِ.
9. Bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu agama, lebih-lebih lagi ilmu fiqah dan aqidah, supaya kamu dapat menyembah Allah Taala dengan cara yang betul, aqidah yang benar, melalui pegangan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.
١٠_ إِحْسَانُ الظَّنِّ بِجَمِيعِ المُسْلِمِينَ وَلَا تَدْعُ عَلَى مُسْلِمٍ مَهْمَا خَالَفَكَ أَوْ آذَاكَ.
10. (Pujuklah diri supaya bersikap) baik sangka kepada semua orang Islam, jangan sekali-kali mendoakan keburukan sesama muslim walau apapun yang terjadi. Meskipun dia pernah menyakiti kamu, teruskan husnuzon.
١١_ عَدَمُ إِضَاعَةِ الوَقْتِ فِيمَا لَا طَائِلَ كَسَمَاعِ الأَغَانِي وَالمُسَلْسَلَاتِ وَالأَفْلَامِ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَعْجِزْ.
11. Tidak mensia-siakan waktu membuat aktiviti yang tak bermanfaat seperti kerap mendengar lagu, menonton drama bersiri mahupun filem. (Namun, semua 'penyakit' ini masih boleh dirawat dengan) memohon bantuan Allah dan kamu jangan menyerah kalah.
وَاللهُ أَعْلَمُ


Tuesday, May 28, 2024

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK

JAUHI MAKANAN SUBHAH

SOLATLAH DENGAN TENANG

UJIAN BILA NAK BERUBAH

H241 WAHAI ZULKIPELI SALLEH - BERUBAHLAH MULAI DETIK INI JUGA

Dalam keheningan pagi yang masih segar, saya menatap keluar jendela, memikirkan langkah pertama untuk membawa perubahan dalam diri. Terdapat satu pesan yang menggema di benak, sebuah pesan yang singgah di di fikiranku pagi ini, "Jika ingin mengubah kehidupan, mulailah dengan memperbaiki SOLAT:

1. Solat secara berjemaah 
2. Memahami makna setiap bacaan dalam solat
3. Mengutamakan solat pada awal waktu. Inilah langkah awal yang akan membawa transformasi terbaik dalam hidup."


Kata-kata tersebut mengalir dalam jiwa, mengingatkan saya bahwa perubahan itu bermula dari solat, tiang agama yang kukuh. Solat bukan sekadar urusan rutin, melainkan sebuah perjalanan rohani yang menghubungkan kita dengan pencipta.

Saya mengambil inspirasi dari firman Allah SWT: "إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ" yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (QS. Al-'Ankabut: 45). Ayat ini menegaskan pentingnya solat dalam membentuk kehidupan yang bertakwa.

Dengan azam yang dibawa sinar Dhuha, saya memutuskan untuk memulakan perubahan dengan memperbaharui niat dalam solat. Bersendirian di pagi hari, menyelami makna di setiap ayat yang dilafazkan, dan memastikan solat Dhuha saya tidak tertinggal. Ini adalah janji saya kepada diri sendiri sebagai upaya meraih redha Ilahi.

Saya berdoa dalam sujud terakhir solat Dhuha, "Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk selalu mendekatkan diri kepada-Mu melalui solat. Jadikanlah setiap gerakan dan bacaan dalam solat kami sebagai sarana untuk memurnikan jiwa dan memperbaharui komitmen kami pada ajaran-Mu. Amin."

Semoga pagi ini menjadi titik awal bagi perjalanan menuju perubahan yang abadi dan membimbing saya lebih dekat kepada Allah SWT. Amin. 

Saturday, May 25, 2024

CARA SOLAT ORANG UZUR


Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang

Friday, May 24, 2024

INSULLE COMPLETE NUTRITION 850G

 Introduction of NFA Insulle Low GI Complete Nutrition

NFA Insulle is a nutritionally complete and balanced diet specifically created for those with impaired glucose tolerance. It is intended to assist in lowering blood glucose levels through gradual and consistent carbohydrate release. It may be used as a meat substitute or as a snack in between meals.

Benefits

A good quality product

 Low GI

Suitable for diabetics.

NFA Insulle is a nutritionally complete and balanced diet for people with impaired glucose tolerance. It's made to assist lower blood glucose levels by releasing carbohydrates slowly and steadily.


Product Overview

Benefits

  • A good quality product
  • Low GI
  • Suitable for diabetics.
  • NFA Insulle is a nutritionally complete and balanced diet for people with impaired glucose tolerance. It's made to assist lower blood glucose levels by releasing carbohydrates slowly and steadily.

Ingredients:

It contains 28 essential micronutrients to support daily activities. It also contains Probiotics, Lutein, essential Omega 3 and 6 along with FOS.

Direction of Use:

It can be used as a meal replacement or as a snack in between meals.

 


Wajib Baca...
● Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.
● Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
● Tak Solat Asar masih boleh pergi gym angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
● Tak Solat Maghrib nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
● Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.
● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH.
● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW, Allah tangguhkan dulu azabNya.
Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.
Fikirkan sejenak petikan diatas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yg Allah bagi..
Semoga Kita Menjadi Hamba Yang Sedar Diri...
Aamiin...🤲

SUJUD SAHWI


 Sujud Sahwi.
Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Terlupa Doa Qunut.
Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu
HUKUM SUJUD SAHWI
Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)
Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat.
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.
“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)
Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.
CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP

Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:
1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.
*Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.
2. SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa
3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.

Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?
kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.
HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.
Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.
Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah...AAMIIN

50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

 

Munafik dari segi bahasa maksudnya iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi syarak pula munafik bermaksud seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati. Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu:

Pertama : Munafik dari segi akidah dan I’tiqad.
Kedua : Munafik dari segi perbuatan dan amalan.

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

Munafik dari segi bahasa maksudnya iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi syarak pula munafik bermaksud seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati. Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu:

Pertama : Munafik dari segi akidah dan I’tiqad.
Kedua : Munafik dari segi perbuatan dan amalan.

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Marilah kita semua menjauhi sifat-sifat munafiq. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' dengan ibadah di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”
(An-Nisaa’ 4 : 142)

"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka."
(At-Taubah 9 : 17)

Firman Allah swt;
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?. Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.“. 
(QS. Ali Imran : 144)

Ya Allah jauhkanlah kita seperti perkara di atas.

https://tentangyaya.blogspot.com/2021/01/50-tanda-tanda-orang-munafik.html