Wednesday, April 30, 2025

SESUNGGUHNYA KETIKA INI AKU SEDANG DIUJI






 


Sesungguhnya ketika ini aku sedang diuji dan sesungguhnya aku telah larut ke dalam ujian itu kerana kelemahan dan kejahilan ku.

Aku menghabiskan banyak masa di hadapan laptop dan desktop melayan sosmed mengumpulkan info ugama tetapi tidak di amalkan ibarat seperti seorang penjual kayu api yang fokusnya mengumpul dan mengumpul kayu api padahal jumlah yang dikumpul itu dah berat.Tak akan mampu untuk ditanggungnya dan dibawa ke pasaar untuk dijual.

Bodohnya aku menunda-nunda detik untuk berTAUBAT sedangkan detik SAKARATUL MAUT tidak sesekali akan di tunda.

Sesungguhnya tahap uiian Mu adalah dibatas kesanggupan ku kerana KAU tak akan menganiaya dan menzalimi hamba-hamba Mu.

Aku kena kembali ke masjid,melazimi berada di masjid kerana di sana aku akan lebih berada di kalangan jemaah yang sekitar usia ku yang berbagai masalah akibat usia tu dan itu wajar untuk muhasabah diri ku.


Akan aku cerap kata-kata dari hamba Mu itu untuk aku bangun semula melangkah gagah mendekati Mu dengan membaiki lagi kualiti solat ku


 

JAUHNYA KITA DENGAN RASULULLAH

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,

2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Semua reaksi:
Rohana Daud






 

BILA SEL TUBUH KITA LAPAR

Apabila badan manusia lapar, ia akan memakan dirinya sendiri, menghapuskan semua sel yang sakit dan menua.
Apabila perut anda berbunyi, tubuh badan anda bukan sekadar mengidam makanan—ia mengaktifkan salah satu proses penyembuhan paling kuat yang diketahui oleh sains. Ia dipanggil autofagi, yang secara harfiah bermaksud “memakan diri sendiri.” Tetapi jangan risau, ini bukan perkara buruk. Malah, ia adalah mekanisme detoks selular semula jadi di mana badan anda memecah dan mengitar semula komponen yang rosak atau menua dalam sel-sel anda. Anggaplah ia seperti “pembersihan musim bunga” untuk bahagian dalam tubuh anda. Apabila anda berpuasa selama beberapa jam—terutamanya selepas 14–16 jam—paras insulin dalam badan menurun. Ini mencetuskan sel-sel anda untuk beralih daripada mencerna makanan kepada membersihkan kekacauan dalaman mereka. Mereka mula memecah mitokondria yang tidak berfungsi, protein yang terlipat dengan salah, dan toksin, menjadikannya bahan yang boleh digunakan atau membersihkannya sepenuhnya. Hasilnya? Anda mendapat sel-sel yang lebih segar, lebih cekap, dan berpotensi mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan diabetes jenis 2.
Ini bukanlah idea kesihatan yang tidak terkenal—ia disokong oleh penyelidikan yang serius. Dr. Yoshinori Ohsumi bahkan memenangi Hadiah Nobel pada tahun 2016 untuk penemuan bagaimana autofagi berfungsi. Kajian menunjukkan bahawa tikus yang melalui kitaran berpuasa hidup lebih lama, menua dengan lebih perlahan, dan mempunyai tanda-tanda penyakit yang lebih sedikit. Beberapa kajian manusia juga mencadangkan bahawa amalan seperti berpuasa berselang-seli—tidak makan selama 16 jam dan makan semua makanan dalam jendela 8 jam—boleh memperbaiki kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan prestasi kognitif. Bahkan puasa 24 jam, yang dilakukan secara berkala, boleh meningkatkan pembersihan selular secara signifikan. Apa yang lebih menakjubkan ialah badan anda menggunakan semula produk hasil pecahan daripada autofagi. Asid amino, asid lemak, dan gula yang dipecah dikitar semula untuk membina sel-sel baru atau memberi tenaga kepada tubuh anda—bermaksud tiada yang dibazirkan.
Lapar, dalam kes ini, bukanlah masalah—ia adalah penyelesaian. Dalam dunia di mana makanan sentiasa ada, tubuh kita jarang berpeluang untuk mengaktifkan proses-proses purba ini. Nenek moyang kita secara semula jadi berpuasa apabila makanan sukar didapati, dan badan mereka beradaptasi untuk berkembang maju pada masa-masa tersebut. Berpuasa bukan tentang kelaparan—ia adalah tentang memberi tubuh anda rehat daripada pencernaan yang berterusan supaya ia boleh memberi tumpuan kepada pembaikan. Sudah tentu, ini bukan untuk semua orang. Wanita hamil, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, atau mereka yang mengambil ubat tertentu harus berunding dengan doktor terlebih dahulu. Tetapi bagi kebanyakan orang dewasa yang sihat, jendela berpuasa yang pendek boleh menjadi cara yang selamat dan sangat berkesan untuk menyokong kesihatan jangka panjang. Ia seperti menekan butang tetapan semula pada tahap selular.
Jadi, lain kali anda merasa sedikit lapar, jangan tergesa-gesa untuk mengambil snek. Biarkan badan anda melakukan apa yang ia direka untuk lakukan—membersihkan, membaiki, dan meremajakan dari dalam ke luar. Lapar, dalam dos yang betul, mungkin merupakan ubat semula jadi yang paling kita lupakan.
Rujukan:
Ohsumi, Y. (2014). Historical landmarks of autophagy research. Cell Research, 24(1), 9–23.
Mattson, M. P., Longo, V. D., & Harvie, M. (2017). Impact of intermittent fasting on health and disease processes. Ageing Research Reviews, 39, 46–58.
Panda, S. (2016). Circadian physiology of metabolism. Science, 354(6315), 1008–1015.
Levine, B., & Kroemer, G. (2019). Biological functions of autophagy genes: a disease perspective. Cell, 176(1-2), 11–42.
Menzies, F. M., Fleming, A., & Rubinsztein, D. C. (2015). Compromised autophagy and neurodegenerative diseases. Nature Reviews Neuroscience, 16(6), 345–357.
Longo, V. D., & Panda, S. (2016). Fasting, circadian rhythms, and time-restricted feeding in healthy lifespan. Cell Metabolism, 23(6), 1048–1059.
Yang, L., Li, P., Fu, S., Calay, E. S., & Hotamisligil, G. S. (2010). Defective hepatic autophagy in obesity promotes ER stress and causes insulin resistance. Cell Metabolism, 11(6), 467–478.
Madeo, F., Zimmermann, A., Maiuri, M. C., & Kroemer, G. (2015). Essential role for autophagy in life span extension. Journal of Clinical Investigation, 125(1), 85–93.

 

Thursday, April 24, 2025

“YANG DIKEJAR CUMA TINGGAL 1 JER,SAYA NAK KEJAR SOLAT JEMAAH”

 Redza Zainol

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.
Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.
“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”
Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.
Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.
“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.
Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.
“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”
Dia mengangguk perlahan.
“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”
Eh, terkejut saya dengar.
“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.
Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”
Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.
“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”
“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”
Aduh, saya diam terkedu.
“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”
Saya makin khusyuk mendengar.
“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”
“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.
Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.
“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”
Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.
Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari dapat mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik-baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih ya Allah.

Nota Ku

Syukur Ya Allah Kau gerakkan hati aku hamba Mu yang hina pendosa untuk membaca status FB ini..Dijentik hati ini untuk insaf dan mencermin diri kealpaan,peduli lagha ku selama ini lalu menyedari berbanding pemadu grab itu aku malahnya lebih wajar untuk merasa pentingkan masa untuk bersuluk kepada Ilahi.

Pemandu grab itu berumur 50 tahun - aku dah 64 tahun
Pemandu grab perlu memandu untuk pendapatan sara diri - aku hanya menunggu hari saja tarikh bayaran pencen bulanan tanpa perlu berbuat apa-apa.

Pemandu grab itu dapat beli 1 rumah lagi dijadikan homestay - aku hanya ada 1 rumah sahaja itu pun dibeli dari pinjaman kerajaan.Potongan bulanan dari aku mula menjadi pejawat awam dan Mac 2021 baru selesai.

Pemandu grab itu dapat sentiasa solat berjemaah di awal waktu - aku ??? berantakan segalanya.

“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.” - aku juga mesti begitu!

“YG NAK DIKEJAR CUMA TINGGAL 1 JE SAYA NAK KEJAR SOLAT JEMAAH”

MY NEW ME HAVE BEEN STARTED,BETTER LATE THAN NEVER - INSHA ALLAH

Aku berkata ini adalah rumah ku

tetapi Rasulullah SAW bersabda :
Almasajid baiti mukmin 
(masjid adalah rumah orang mukmin)

SIAPA AKU ? SIAPA RASULULLAH SAW ?

Wednesday, April 23, 2025

JOM BACA DI HARI BUKU SEDUNIA 2025 HARI INI -



MOVE IT MOVE IT - MY NEW ME HAVE BEEN STARTED NOW

JOM BACA : 1 / 55.00


better late than never (mumpung masih bernafas)
23.04.2025 - 01.06.2025 = 40 HARI
23.04.2025 - 21.07.2025 = 90 HARI

JOM BACA : 2 / 101.00


MINIMIZE TIME AT SOCIAL MEDIA
(wasap,facebook,youtube and tiktok)

Tuesday, April 22, 2025

23 APRIL SETIAP TAHUN - HARI BUKU SEDUNIA

” A room without books is like a body without a soul “

World Book Day is celebrated all over the world on April 23rd, and is organized by UNESCO to promote the love of reading, writing, publishing and copyright. This day is established by UNESCO on 1995.
April 23rd was chosen as the symbolic date in the literature world as it marks the death anniversaries of famous authors like William Shakespeare etc…

World Book Day:

World Book Day is celebrated to promote awareness of reading and preserving them. In recent times we invented E-books which provide knowledge but are harmful to our vision. You and I can change this by promoting awareness of reading books. The time you spend using your mobile phone you can read a book and gain knowledge.

History of books:

The earliest forms of writing appeared on clay tablets in Mesopotamia in 3500 BCE ( 5,500 years ago ), later the books were written on fine papers and published in the traditional publishing process. But now the traces of books have been totally destroyed, the technology has grown and we invented E-books and E-audio books, which changed the era of books and made a crucial impact on human society.

Uses of books:

Books help to develop writing skills, vocabulary and improve memory, focus and also strengthen your brain.

The origin of knowledge:

Books are not only a bundle of papers but also an ultimate source of knowledge. A book in your hand can change this world, don’t hate them just because they are boring even the scientist Albert Einstein would be illiterate.

“Read the books and be the change to this world” 

7 SURAH YANG PERLU DIHAFAL SEBELUM MENINGGAL DUNIA























 

Friday, April 18, 2025

H202 NAK BERUBAH MULA DARI MANA


DETIK INI AKU BERTEKAD UNTUK BERHIJRAH MENINGGALKAN LINGKUNGAN KALIMAH 
HIDUP KUFUR NIKMAT DAN ISTIDRAJ

BEZA ANTARA UJIAN DAN AZAB (ISTIDRAJ ???) - PENJELASAN UAI

TANDA2 KITA DALAM ISTIDRAJ

 Ketika Allah membiarkan kita....

1. Sengaja meninggalkan sholat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedakah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh dari bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.
*Namun Allah tetap memberikan...*
1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.
4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.
Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ...
Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“ Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba...sementara dia masih bergelimang dengan maksiat...maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.

TANDA-TANDA KITA DI DALAM ISTIDRAJ

 TANDA-TANDA KITA DI DALAM ISTIDRAJ

Ketika ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala membiarkan kita..
1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedekah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah ALLAH.
7. Menganggap remeh perintah-perintah ALLAH.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syariah.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh daripada bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain daripada memperbetulkan salah silap sendiri.
Namun ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tetap memberikan...
1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan berterusan.
3. Dikagumi dan disanjung ramai orang.
4. Tidak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tidak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.
Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ..
Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pada hamba-Nya yang sengaja berpaling dari perintah-perintah ALLAH. ALLAH menunda segala bentuk azab-Nya.
Daripada Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika kamu melihat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari ALLAH."
Wallahu Ta'ala A'lam.
In sha ALLAH. Sama² kita muhasabah.
Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya ALLAH.

 ISTIDRAJ itu adalah Azab Yg berupa kenikmatan.

Yang Diundur Undur Oleh ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.
Namun ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA Tetap Memberikan Kita :
1). HARTA YANG BERLIMPAH;
Padahal Tidak Pernah Bersedekah.
2). REZEKI BERLIPAT-LIPAT;
Padahal Jarang Sholat,
Tidak Senang pada Nasihat Ulama,
dan Terus Berbuat Maksiat..
3). DIKAGUMI, DIHORMATI;
Padahal Akhlak gak baik..
4). DIIKUTI, DITELADANI dan DIIDOLAKAN;
Padahal Bangga Mengumbar Aurat
Dalam Berpakaian..
5). SANGAT JARANG DIUJI SAKIT;
Padahal Dosa-Dosa Menggunung
6). TIDAK PERNAH DIBERIKAN MUSIBAH;
Padahal Gaya Hidupnya Sombong,
Meremehkan Manusia,
Angkuh..
7). ANAK-ANAK SEHAT-SEHAT,
CERDAS-CERDAS;
Padahal Diberikan Makan
Dari Harta Hasil Yang Haram
(Menipu, Korupsi, Riba', dll )..
8. HIDUP BAHAGIA PENUH CANDA TAWA;
Padahal, Banyak Orang Karenanya
Ternoda dan Terluka.
9. KARIRNYA TERUS MENANJAK;
Padahal Banyak Hak Orang
Yang Diinjak-Injak..
10. SEMAKIN TUA SEMAKIN MAKMUR;
Padahal Berkubang Dosa
Sepanjang Umur..
Hati-Hati, Karena itulah
yang Dinamakan ISTIDROJ.
RENUNGKAN AYAT INI
ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA. berfirman:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Artinya:
"Maka Tatkala Mereka Melupakan Peringatan yang telah diberikan kepada mereka,
KAMI pun Membukakan Semua Pintu-Pintu Kesenangan Untuk Mereka;
Sehingga apabila Mereka Bergembira
Dengan Apa yang Telah Diberikan
Kepada Mereka, KAMI Siksa Mereka
Dengan Sekonyong-Konyong,
maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
(QS. AL-'AN'ĀM : 44 )
RASULULLAH SHOLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ
"Jika Kamu Melihat ALLAH Memberikan Dunia Kepada Seorang Manusia Pelaku Maksiat,
Dengan Sesuatu YANG ia (pelaku maksiat) Sukai,
Maka Sesungguhnya Itu adalah ISTIDROJ."
(HR. AHMAD )
Maka Jangan Silau Dengan Kesuksesan
dan Kemegahan Yang Ditampilkan Seseorang.. !!!
Maka Waspadalah.. !!!
Bisa Jadi Dia Sedang Mengalami ISTIDROJ.
Dan pada Saatnya Nanti, ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA. ,
Tiba-Tiba Mencabut Semua Kenikmatan itu, Tanpa Dia Sadari. !!!
Sebagai Orang Beriman yang Dikasihi ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.
maka ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA. akan Selalu Menjaga Kita
dari Segala Kemaksiatan,
Tidak Dibiarkan Dalam Kesesatan. !
Jadi kalau kita sudah Beramal Sholeh,
Namun Kita Masih Diberi Ujian / Cobaan,
Maka Itulah Tanda Kasih Sayang ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA., pada Hamba-Hamba-NYA,
Berupa Keringanan Dosa dan Menuju Ampunan-NYA.
APA ITU ISTIDRAJ

⚔⚔⚔ AZAM KU DI USIA 64 TAHUN 1446H / 2025M ⚔⚔⚔

                       TARIKH            BERAT         GULA         TEKANAN DARAH                      16/06/2025          95.2 kg          ...